Ayam Bakar Kunyit

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Tronoh, Perak, Malaysia

126/2022/RoadtoWorldRecipes/1244
Ayam ni hakak bakar untuk dimakan dengan Nasi Lemak Biru (Si Bunga Telang) 😬. Buat sambal kosong untuk dimakan bersama-samanya. Ditambah dengan timun dan salad. Ni kalau makan dengan nasi putih pun sedap. Meratah dia sahaja pun sedap juga ☺️

Ayam Bakar Kunyit

126/2022/RoadtoWorldRecipes/1244
Ayam ni hakak bakar untuk dimakan dengan Nasi Lemak Biru (Si Bunga Telang) 😬. Buat sambal kosong untuk dimakan bersama-samanya. Ditambah dengan timun dan salad. Ni kalau makan dengan nasi putih pun sedap. Meratah dia sahaja pun sedap juga ☺️

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1jam
2orang
  1. 2 ketulpeha ayam
  2. 1 literair
  3. 4 helaidaun salam
  4. 1 batangserai (diketuk)
  5. 1 sudu tehgaram bukit
  6. 1 sudu tehserbuk kunyit
  7. 1/2 sudu tehserbuk cukup rasa

Cara Memasak

1jam
  1. 1

    Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali. Kacau sebati.

  2. 2

    Masak sehingga air rebusan kering atau hampir kering. Semasa langkah ini, peha ayam perlu diterbalik sekali dua untuk pastikan kedua bahagian masak sempurna. Tutup api.

  3. 3

    Untuk proses membakar. Boleh guna oven, air fryer mahupun arang. Tapi hakak tengah in mood suka magic pan. Kita bakar je guna ni. Cara memasak, masuk je dalam magic pan. Kena terbalik sekali dua peha ayam ni juga untuk pastikan kedua permukaan masak. Tutup api.

  4. 4

    Sedia untuk dihidangkan dengan sambal, timun dan salad. Jika dihidangkan dengan nasi pun boleh je. Ikut citarasa.

  5. 5

    Selamat mencuba 😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
pada
Tronoh, Perak, Malaysia
Passion in Cooking|Foods|PhotoVideography👩‍🍳 2024 / 2025 “TerusMelangkah3k”👩‍🍳 2023 / 2024 “Pejuang2kResipi” ✅👩‍🍳 2022 “World Recipes” (109/200) ☑️👩‍🍳 2021 “Road To 1k” ✅👩‍🍳 2020 “1Hari1Resipi” ✅👩‍🍳 2019 “Beginner Zone” ✅
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya