Healthy Homemade Peanut Butter

Peanut butter bukan sahaja sedap dimakan begitu saja atau disapu pada roti tetapi juga kaya dengan nutrient, protein dan vitamin yang bagus untuk badan. Kalau korang perasan, makan roti yang disapu peanut butter ni memang cepat kenyang. Sebab tu peanut butter ni selalu menjadi pilihan buat mereka yang tengah diet. Selain berkesan untuk menurunkan berat badan, peanut butter juga bagus untuk menurunkan kadar kolesterol dan trigliserida LDL, menurunkan risiko sindrom metabolik, penyakit jantung, dan diabetes jenis 2. Namun, ia haruslah diambil secara sederhana dan tanpa gula jika anda ingin mendapatkan manfaatnya.
Menyentuh soal harga pula, pure peanut butter di pasaran agak mahal dan sukar untuk didapati di kedai dan pasaraya biasa. Harganya boleh mencecah RM20 dan ke atas untuk 380g. Kalau yang murah pula biasanya ada tambahan garam, gula, minyak dan bahan pengawet. Memandangkan semua harga barang pun meningkat, baik kita buat sendiri kan? Jimat pun jimat dan yang paling penting sihat. Modal pun cuma bawah RM5 dan hanya menggunakan 1 bahan sahaja.
Cara Memasak
- 1
Bakar kacang pada suhu 180°c selama 10-15 minit sehingga kacang agak keperangan. Saya bakar guna air fryer. Kalau tiada oven atau air fryer, boleh goreng atas kuali tanpa minyak.
- 2
Sejukkan kacang sebelum dikisar.
- 3
Setelah kacang agak sejuk, masukkan kacang ke dalam pengisar. Kisar kacang sehingga tekstur menjadi halus dan berkrim. Kacang ni nanti akan mengeluarkan minyak sendiri jadi tidak perlu letakkan minyak atau air. Tapi kalau korang suka, boleh saja tambahkan sesudu olive oil/canola oil atau apa-apa minyak pilihan dan boleh tambah sesudu madu/stevia atau gula mengikut citarasa masing-masing.
- 4
Setelah beberapa minit, kacang akan jadi halus dan berkrim macam ni. Masa mengisar bergantung pada jenis pengisar masing-masing ya.
- 5
Kalau tidak ada pengisar macam yang saya gunakan ni, boleh guna blender kering macam dalam gambar di bawah. Kisar lama sedikit untuk dapatkan tekstur yang lebih halus. Hasilnya nanti tetap sama.
- 6
Masukkan peanut butter yang telah siap ke dalam balang kaca dan simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan sehingga 1-2 bulan you!
- 7
Inilah hasil peanut butter homemade yang bukan sahaja sedap tapi lebih sihat dan menjimatkan.
- 8
Selamat mencuba!
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Carian Teratas bagi
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
Almond and peanut butter Almond and peanut butter
#immunebooster #kekacang kacang tanah dan kacang badam adalah salah satu kekacang yang mempunyai khasiat yang sgt tinggi.Antara khasiat yg baik ketika pengambilan kacang tanah ialah dpt membantu mencegah penyakit jantung, menurunkan bacaan kolesterol dan membina daya ketahanan tubuh badan.Tidak kurang juga kebaikan kacang badam . Selain mempunyai pelbagai khasiat, kacang badam juga dikatakan boleh mengurangkan risiko barah.Untuk memenuhi permintaan Cookpad untuk tema immunebooster, kali ni ziana share bagaimana untuk menghasilkan homemade almond and peanut butter .Mmg sedap sebab dibuat sendiri dan tiada bahan pengawet. Ziana Chesaad -
Peanut butter Peanut butter
Kak long suka yang homemade. Kali ni kak long buat peanut butter sendiri. Resepi ni sesuai untuk orang yang eat clean. #immunebooster #kacang #peanutbutter Nana Isya -
Tauhu Sumbat mamaell Tauhu Sumbat mamaell
Salah satu menu untuk rumah terbuka perayaan. Selain dari menu utama, tauhu sumbat boleh jadi menu sampingan kerana penyediaannya yang mudah dan rasa pun sedap😊. Mamaell bagi cara yang mudah , jadi masa pun dah boleh jimat disitu. Usah tunggu lama lama yer.. moh kita lihat resepi dulu moh! 👇👇👇#maratonraya#minggu6#menurumahterbuka Ell Sakimin -
Roti Gulung Chicken Floss Roti Gulung Chicken Floss
Global Apron 2024 Challenge 13: PicnicSalah satu menu yang simple untuk dibawa pergi piknik bersama keluarga atau kawan-kawan. Kalau tak nak inti sosej, boleh letak tuna atau sardin.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Mayonis (R) + roti slice (1) + sosej (R) Dapur Yusfarisyia -
Pomegranate Juice 🇯🇴 Pomegranate Juice 🇯🇴
Buah kegemaran mak saya, saya pun suka juga tetapi payah juga nak jumpa kat pasaraya. Kalau ada pun memang harga kayangan. Beruntung kalau jumpa saiz yang besar dan isi nya manis. Buah delima ni saya beli untuk mak saya minggu lepas, sengaja beli lebih sebab saya nak buat jus nanti. Setengah biji dah dimakan, tinggal lagi sebiji setengah. Terima kasih @salina_jalaludin atas inspirasi nya 😘🥰 Dapur Yusfarisyia -
Kacang Cornflakes Pedas Si Bujang Mama Kacang Cornflakes Pedas Si Bujang Mama
Kegemaran si bujang saya, lagi pedas lagi la dia suka. Setiap kali melihat menu kacang cornflakes pedas ni terus mengalir air mata mengenangkan anak bujang saya yang jauh di perantauan demi tugas.Alhamdulillah raya tahun ni (2022) dia mendapat cuti dua minggu. Gembira nya tak terkira. Lahai “si tikus mondok” dah ada di rumah 😆 biskut-biskut raya dan kacang cornflakes ni kalau tak disimpan betul-betul di tempat rahsia memang boleh habis sebelum raya. Itu lah kenangan manis dengan anak bujang saya dari zaman persekolahan hingga la sekarang.Suka makan kacang cornflakes pedas ni sejak dia bersekolah di sekolah menengah apabila ada rakan sekelas nya menjual dalam paket kecil untuk menambah pendapatan keluarga rakan nya. Bukan sahaja murid-murid sekolah yang memesan daripada rakan nya itu, malah guru-guru juga memesan nya.Ahad lepas si bujang saya balik kembali bertugas di Selangor, saya bekalkan biskut-biskut, kek-kek dan kacang cornflakes (dalam balang besar) untuk dibawa nya pulang. Bukan tak sempat nak beli kek lapis Sarawak yang dijual untuk buah tangan untuk rakan-rakan sekerja dan para “guru-guru” nya di sana kerana penjual kek lapis Sarawak rata-rata nya masih bercuti raya. Saya bahagikan kek-kek raya saya untuk mereka (4 orang). Selain kek lapis, ikan terubuk masin juga di antara yang digemari rakan-rakan sekerja dan “guru-guru” nya untuk dijadikan buah tangan dari Sarawak. Dapur Yusfarisyia -
Roti Telur Inti Peanut Butter Roti Telur Inti Peanut Butter
#bonuskekacang #dudukrumahIni misi mengosongkan peti ais masa pkp.. sebelum ni beli pakai sedikit sahaja.. semua sumbat dekat peti ais.. kebetulan peanut butter ni dulu dapat hadiah ada lagi separuh.. roti pula kelmarin beli yang besar.. dah nak expired.. jadilah resepi roti celup telur inti peanut butter.. Sue Hana -
Ayam Goreng Berempah cara saya Ayam Goreng Berempah cara saya
#goldenapron#minggu11Cara masak yang senang sekali. Dalam pek pes semua bahan cukup. Hanya masuk perasa secukup rasa saja. Cuba lah memang senang, jimat dan berbaloi. Nooraisah Setoh -
Peanut Butter Bubble Rice Bites Peanut Butter Bubble Rice Bites
#GoldenApron23Bubble rice selain di buat choco jar, ia juga boleh di buat kudapan seperti peanut butter bubble rice bites ni.. Tak perlu di bakar, hanya di sejukkan di dlm peti ais. Rasanya sangat sedap..creamy dari peanut butter, crunchy dari bubble rice & almond..anak2 sangat menggemarinya.. Nor Al Fatihah -
Popia Pisang Coklat Popia Pisang Coklat
Tengah malam terasa nak makan sesuatu yang manis. Tengok di atas table top ada buah pisang, teringat masih ada lagi baki lagi kulit popia di dalam freezer, chocolate coins pun masih berbaki, chocolate chips pula dah habis, terus teringat nak nak buat POPIS Coklat. Alhamdulillah tercapai hasrat nak makan sesuatu yang manis 😅 Dapur Yusfarisyia -
Sengkuang Dan Timun Calit Sengkuang Dan Timun Calit
Sewaktu di zaman persekolahan ini lah makanan kegemaran saya dan kawan-kawan saya. Mesti singgah beli sewaktu perjalanan pulang dari sekolah kerana gerai itu dibuka pada waktu tengahari. Dapur Yusfarisyia
Komen (3)