Creamy Crunchy Potato

Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
Ipoh, Perak, Malaysia

#VegetarianDish #ChooseToCook #1355recipe
Kentang banyak Aznie simpan didalam peti ais. Jadi sempena cabaran Vegetarian Dish Aznie nak buat menggunakan kentang. Sedap sangat makan panas-panas, betul-betul crunchy. Creamy Crunchy Potato ni juga kita boleh buat Potato Smile. Vs cute comey-comey. Yang paling suka makan ni anak-anak la.

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

  1. 3 bijikentang saiz sederhana (300g)
  2. 2 sudu besartepung beras
  3. 1 sudu besartepung jagung
  4. 1/3 sudu kecilgaram
  5. 1/3 sudu kecillada hitam (tumbuk halus)
  6. 1 cawanais batu
  7. 3/4 cawanair
  8. Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara Memasak

  1. 1

    Kentang dicuci bersih dan belah sikit bahagian tengah.

  2. 2

    Rebus hingga kentang lembut. Bila dah empuk angkat dan rendam dalam ais + air. (yang ni lupa nak ambik gambar. nak cepat ambik anak balik sekolah. Tujuan ais batu ni supaya mudah kita nak buang kulitnya) Biar dalam 3 minit, angkat dan buang kulit. Bubuh dalam bowl.

  3. 3

    Lenyekkan kentang hingga halus.

  4. 4

    Masukkan tepung beras, tepung jagung, garam dan lada hitam.

  5. 5

    Gaul hingga tak melekat ditangan.

  6. 6

    Potong adunan kepada 2 bahagian. Kemudian kita uli memanjang. Potong guna pisau plastik. saiz ikut citarasa. Tapi jangan besar sangat biar sedang-sedang.

  7. 7

    Ambil satu adunan kita bulatkan guna tangan dan tekan guna garfu. (garfu kita celup dalam tepung supaya tak melekat ye)

  8. 8

    Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Kemudian angkat dan toskan ia.

  9. 9

    Jom makan😋

Reaksi

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Komen (5)

Wonder Ful
Wonder Ful @kak_sal
Tepung kena tmbh la ya smpai adunan tak melekat?

Ditulis oleh

Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
pada
Ipoh, Perak, Malaysia
~💕Like MASAK👩🏻‍🍳 ~💕Like MAKAN 🍰~💕Like SNAP FOTO 📸 ~💕Like SNAP VIDEO 🎥-💕❤️COOKPAD COMMUNITY~💕WE ARE FAMILY~💕
Baca lagi

Resipi Sepertinya