Laksam

Masak laksam bawa ke rumah mertua. Keluarga belah suami orang Sarawak, tapi suka sangat makan laksam.
Laksam
Masak laksam bawa ke rumah mertua. Keluarga belah suami orang Sarawak, tapi suka sangat makan laksam.
Cara Memasak
- 1
Masukkan tepung beras, gandum, tepung ubi kayu dan garam ke dalam bekas. Satukan air panas dan air biasa.
- 2
Kemudian tuang semua air ke dalam bekas tepung-tepung tadi. Kacau rata agar tidak bergentel.
- 3
Sapu sedikit minyak pada loyang dan tuang adunan laksam, jangan tebal sangat.
- 4
Bila air kukusan dah mendidih, kukus lebih kurang 5 minit. Ulang langkah yang sama hingga habis. (Bila laksam mengelembung maknanya dah masak).
- 5
Gulung laksam.
- 6
Untuk kuah pula, ikan direbus dan di ambil isi. Kemudian kisar isi ikan dengan menggunakan air rebusan ikan dan masukkan ke dalam periuk. Kisar bahan-bahan bertanda** (bawang merah, putih & halia), masukkan ke dalam periuk isi ikan tadi. (Tulang-tulang ikan boleh dikisar & tapis ke dalam periuk yang sama).
- 7
Masukkan santan, asam keping dan serbuk lada hitam. (Jika tak ada serbuk lada hitam, boleh tumbuk lada hitam biji). Kemudian masak di atas dapur dengan api sederhana sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.
- 8
Untuk sambal, rebus cili kering hingga lembut dan kisar. Kemudian masak di atas dapur, masukkan sedikit minyak masak dan sedikit garam. Masak hingga pekat dan tutup api.
- 9
Boleh la dihidang bersama ulam-ulaman pilihan dan sambal.
- 10
Cara Menghidang: Potong/gunting laksam ke dalam pinggan. Sendukkan kuah dan tuang di atas laksam tadi. Letakkan ulam ulaman yang dihiris. Akhir sekali, letakkan sambal.
Kalu suka, boleh juga letak belacan atau jika mahu lebih masin, tambahkan sendiri secubit garam sebelum menggaul. Ini cara hidangan di Kelantan, dihidangkan sekali belacan dan garam untuk diambil sendiri semasa makan bagi disesuaikan dengan selera masing masing. Kuah ini juga boleh dimakan dengan laksa beras.
Resipi Sepertinya
-
Laksam Laksam
Menu orang Pantai Timur yang sedap, lemak dan lembut..kalau ke gerai makanan pagi, rata-rata ada jual ni dalam bungkusan plastik.Kalau nak jual tayah la berbunga2 camni lak..🤣kalau untuk menu pengantin makan beradab ok kot 🤣 tapi ni cuma standard pengantin lama je..Suami dan anak2 Uchu akan komplen kalau beli laksam terlalu tebal dan keras! Ahli keluarga boleh jadi juri. Jadi mungkin itulah hint dan kunci untuk jualan. Uchu suka buat laksamnya lembut (bukan lembik) dan tak keras.Tips:1. Pengukus mesti betul2 panas sebelum mengukus laksam supaya laksam masak bergelembung.2. Lapisan laksam hendaklah nipis sahaja.2. Santan kuah laksam dimasak tanpa pecah minyak.3. Kuah laksam jangan masam dan jangan terlebih halia. Sesetengah orang tak letak pun halia ni..serai pun tak bubuh. terpulang lah.Jika pertama kali mencuba buat laksam, cuba kukus satu lapisan nipis dahulu. Jika laksam masak bergelembung elok, tak perlu tambah air kepada bancuhan. Jika laksam dikukus tak bergelembung, padat dan nampak kering seperti tepung, boleh tambah air sedikit demi sedikit. Sesimple Loralin -
Laksam Laksam
208/2024 (1761/2K)Malam ni, abang sulong husben nak datang. So Uchu nak masak me rebus terengganu feveretnya, bahan pun siap beli dah. Kami semua akan berkumpul dan makan-makan di kebun malam ni.Uchu bgtau MIL hajat Uchu nak masak mi rebus yang juga jadi feveret MIL, tapi MIL tanya laksam la pulak..😄 Baru je Uchu masak laksam untuk MIL beberapa minggu lepas dan selepas itu pun, ada beberapa kali breakfast MIL nak makan laksam, Uchu belikan je. Kali ni MIL request laksam lagi. Tapi takpelah..Uchu masak kedua2nya..sebab Uchu rajin dan takdelah susah mana nak siapkan semua tu dengan adanya bantuan. Alhamdulillah.. Sesimple Loralin -
Laksam Bendera Malaysia (Terengganu) (Merdeka 64) Laksam Bendera Malaysia (Terengganu) (Merdeka 64)
#secretchallengemerdeka#merdekapassportLaksam Terengganu corak bendera Malaysia ni idea saya sendiri..saya buat sempena birthday anak bujang saya hari ni..excited & ralik sgt time menyusu laksam jadi bentuk jalur gemilang ni..alhamdulillah menjadi.. walaupun tak cukup 14 baris warna merah & putih..hehe.. Biasanya saya buat laksam saya campur sedikit tepung gandum, tapi kali ni saya guna tepung beras saja..resepi olahan saya sendiri..memang lembut & gedik sgt.. anak2 teruja nak makan 😍 Nor Al Fatihah -
Laksam Kelantan Laksam Kelantan
Kalau bg mkn kt ank kcik suka nii msti dia mkn laksam xnak kuah xnk pape😂da lama mamy buat ni haa...baru save sini.. mamy_kitchen89 -
Laksam sedap Laksam sedap
Craving nak makan laksam hari ni terus ON. Alhamdulillah sedapnya 🤤Masak sendiri, sendiri puji sedap🤭😄Cookpad Apron 2025 week 17Asam gelugorCili#cookpadapron2025#week17#playoff Julia ALeen Aireish -
Laksam Kedah Laksam Kedah
Day166/366/2020/Jun/14#goldenapron2020 #minggu8 #cookpadmalaysiaLaksam Kedah berbeza sedikit dengan Laksam Kelantan. Laksam Kelantan kuahnya berwarna putih namun Laksam Kedah ni kuahnya agak kekuningan sebab dimasukkan serbuk rempah kari di dalam kuahnya. Namun dari segi kulit laksam dan bahan pelengkap laksam (garnish) lebih kurang sama je 😊.Hakak masak menu ni untuk famili suami yang datang bertandang hari ahad lepas . Masak dan hidangkannya dalam kadar cepat. Jadi gambar masak pun tak berapa nak cukup 🤭🤣. Gambar utama pun sedihh sangat ehhh. Sebab hidang bagi makan, bungkus bawak balik & hantar pada jiran. Jadi yang tinggal baki adalah secoet haa😂😂😂. Nanti ada masa, hakak masak lain dan update semula yer. Untuk hari ni. Mana yang ada jela yer 😅 Salina Jalaludin -
Laksam Warisan Bujang Laksam Warisan Bujang
Laksa? Lakse? Laksam? Yee.Sayalah penggemar 3 makanan tersebut.Paling menjadi kegemaran saya adalah Laksam.Kalau di kampung saya Kota Tinggi Sedili Besar Johor, Laksam ni kami buat sebagai sarapan pagi.Jadi bila di Ipoh ni susah nk jumpa laksam so terpaksa la kite buat sendiri demi memenuhi kehendak tekak dan selera sendiri 😋 Dapur Bujang Qanda -
Laksam Terengganu (Tanpa Tepung Gandum) Laksam Terengganu (Tanpa Tepung Gandum)
Suami orang Terengganu.Tiap kali balik kampung, mesti dia minta kakaknya buatkan laksa kuah putih atau laksam. Boleh jadi murunglah pendek kata, kalau balik kampung tak pekena laksam 😂Bulan puasa jarang nampak orang jual laksam, biasanya laksa je ada di #bazarramadan. Kalau cari, biasanya orang dah beratur panjang sampai bengkang-bengkok barisan 😂Musim PKP tak boleh rentas negeri kan. Gigihkan diri buat supaya suami tak sedih bila tak dapat balik kampung. Kalau beli, alamatnya bergaduh tak cukup.Disebabkan kebanyakan kuetiau/mi laksam tu dicampur tepung gandum, saya buat sendiri je laksam. Saya suka laksam yang nipis, jadi bolehlah sesuaikan ketebalan mengikut kesukaan. Ulang buat sampai 4 kali. Sorang ambil 4 gulung. Pengsan maknya melaksam 😂#bazarramadan #goldenapron2020 #week3 Nihadriz Niha -
Laksam kuah lemak Laksam kuah lemak
#semangatmerdeka#masakannegeriLaksam merupakan masakan tradisi pantai timur khususnya di terengganu & kelantan. Cara membuat laksam unik & memerlukan kesabaran utk menyiapkannya. Di makan bersama kuah lemak & ulam2 Nor Al Fatihah
Lebih Banyak Resipi
Komen