Laksam

Azizah Mansor
Azizah Mansor @bunga_lawang87
Bintangor, Sarawak.

Menu pembuka tirai 2021, laksam. Merupakan sejenis masakan daripada negeri Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah.

Laksam

Menu pembuka tirai 2021, laksam. Merupakan sejenis masakan daripada negeri Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan-bahan kuah:
  2. 1 kgikan
  3. 500 mlsantan pekat
  4. 10 ulasbawang merah**
  5. 2 ulasbawang putih**
  6. 1inci halia**
  7. 1sk serbuk lada hitam**
  8. 3 kepingasam keping
  9. Garam
  10. Gula
  11. Bahan-bahan laksam:
  12. 3 cawantepung beras
  13. 1/2 cawantepung gandum
  14. 5 cawanair suam
  15. 1/2sk garam

Cara Memasak

  1. 1

    Rebus ikan, ambik isi dan kisar ikan menggunakan air rebusan ikan.

  2. 2

    Kisar semua bahan bertanda**

  3. 3

    Satukan semua bahan² kuah di atas dan masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.

  4. 4

    Untuk laksam pula, satukan semua bahan dan kacau rata.

  5. 5

    Sapu minyak pada loyang dan kacau dulu adunan supaya tidak mendap, tuang sedikit adunan ke dalam loyang. Jika ada tudung periuk yang jenis nipis lagi mudah. Kukus dalam 5-10minit. Pastikan air kukusan sudah mendidih terlebih dahulu.

  6. 6

    Gulung adunan yang telah masak dan ulang proses mengukus sehingga adunan habis.

  7. 7

    Untuk menghidangkan, masukkan laksam yang dipotong nipis ke dalam pinggan, tuangkan kuah laksam secukupnya, masukkan ulam ulaman serta sambal cili. Sedia untuk dinikmati.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Azizah Mansor
Azizah Mansor @bunga_lawang87
pada
Bintangor, Sarawak.
🌼Mak anak 3.🌼Suka mencuba pelbagai resepi.
Baca lagi

Komen (3)

Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
Waa..semalam baru buat laksa kuah lemak sbb sy pun org Tganu..anak2 mtk ma die buat laksam tapi ma die mood M 😆 jadi rebus laksa beras tu je laa..makan dari pagi smpai mlm..licinn 😋

Resipi Sepertinya