Laksam kuah lemak

#semangatmerdeka
#masakannegeri
Laksam merupakan masakan tradisi pantai timur khususnya di terengganu & kelantan. Cara membuat laksam unik & memerlukan kesabaran utk menyiapkannya. Di makan bersama kuah lemak & ulam2
Laksam kuah lemak
#semangatmerdeka
#masakannegeri
Laksam merupakan masakan tradisi pantai timur khususnya di terengganu & kelantan. Cara membuat laksam unik & memerlukan kesabaran utk menyiapkannya. Di makan bersama kuah lemak & ulam2
Cara Memasak
- 1
LAKSAM- Kacau semua bahan2 hingga sebati & tapiskan
- 2
Panaskan periuk pengukus hingga mendidih. Sapu penutup periuk dgn sedikit minyak & letak di dlm pengukus. Tuang 2-3 senduk adunan secara nipis & rata ke atas penutup periuk. Jangan terlalu nipis & tebal sangat. Tutup pengukus & masak selama 3-5 minit @ sehingga ia menggelembung (selain penutup periuk, boleh juga guna penutup tupperware/loyang)
- 3
Angkat & biar 1-2 minit. Cungkil sedikit tepi laksam dgn hujung sudu & gulungkan. Gunting/potong dgn pisau
- 4
KUAH LAKSAM-ikan selayang/sardin direbus dgn asam gelugur & sedikit garam. Kemudian, asingkan isi dgn tulang. Blend isi ikan dgn air rebusan tadi (saya blend separuh, tumbuk separuh) blend pula tulang ikan dgn air rebusan jgk & tapiskan
- 5
Masak santan bersama asam gelugur. Masukkan bahan2 tumbuk/blend (bawang merah, halia & lada hitam), ikan & air tulang yg di blend tadi. Sentiasa kacau supaya kuah cantik & tidak bergentel. Perasakan dgn garam. Kacau hingga kuah pekat
- 6
Utk hidangkan, letak laksam di dlm pinggan. Tuang kuah, kemudian hias dgn ulam2 & bahan2 sampingan
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Laksam Bendera Malaysia (Terengganu) (Merdeka 64) Laksam Bendera Malaysia (Terengganu) (Merdeka 64)
#secretchallengemerdeka#merdekapassportLaksam Terengganu corak bendera Malaysia ni idea saya sendiri..saya buat sempena birthday anak bujang saya hari ni..excited & ralik sgt time menyusu laksam jadi bentuk jalur gemilang ni..alhamdulillah menjadi.. walaupun tak cukup 14 baris warna merah & putih..hehe.. Biasanya saya buat laksam saya campur sedikit tepung gandum, tapi kali ni saya guna tepung beras saja..resepi olahan saya sendiri..memang lembut & gedik sgt.. anak2 teruja nak makan 😍 Nor Al Fatihah -
Laksam 🇲🇾 Laksam 🇲🇾
Laksam amat terkenal sebagai salah satu menu sarapan pagi di negeri Pantai Timur (Kelantan dan Terengganu). Kini ianya bukan hanya terdapat di negeri Kelantan dan Terengganj, malah telah diperkenalkan sebagai salah satu menu sarapan pagi di tempat-tempat lain di Malaysia.Walaupun renyah nak siapkan, tapi tetap berbaloi buat menu ni bila anak-anak berulang makan.#cppassport Rose Nani Nizah Nayan -
Buah Berendam Buah Berendam
#goldenapronPencuci mulut ini asalnya badak berendam tapi saya buat versi buah. Memang memerlukan kerajinan, kesabaran, kreativiti & ketelitian utk membentuk buah2 ini..saya tidak menggunakan sebarang acuan utk membentuk buah2 tersebut. Hanya memerlukan kreativiti & imagine utk membuatnya. Rasa manis drp inti kelapa, kenyal2 drp doh buah & lemak drp kuah, memang sedap di makan sejuk2 Nor Al Fatihah -
Kuih Tepung Puli Kuih Tepung Puli
#goldenapronKuih tepung puli merupakan kuih orang dulu2 yg berasal dari Melaka. Cara membuatnya seperti laksam tapi di lapis seperti kuih lapis..sungguh unik, sedap & lembut.. Nor Al Fatihah -
Kuih Akok Kedut Asli & Akok Kedut Pandan Kuih Akok Kedut Asli & Akok Kedut Pandan
#1post1hope #goldenapronKuih Akok Kedut merupakan salah satu kuih tradisional yang sangat terkenal di negeri Pantai Timur khususnya di Kelantan dan Terengganu... Resepi ini rasanya lemak manis sedang2 sahaja...Tekstur dalamnya lembut dan sedikit bersarang.. Dan semestinya rasa yang sangat sedap. Mawar Wilsa -
Talam Ubi Kayu Talam Ubi Kayu
Talam ubi kayu merupakan kuih tradional bagi org terengganu & sebelah pantai timur spt kelantan. Ia juga dikenali sebagai 'boko' iaitu talam @ loyang yg digunakan utk memasak kuih itu. Kalau di tempat luar, ia lebih dikenali sebagai talam ubi kayu. Cuma tekstur talam lebih firm/teguh & boleh dipotong, boko pula lebih lembik berbanding talam & di makan menggunakan sudu. Ubi dah hampir 2 minggu saya beli, akhirnya terbuat juga talam ubi kayu ni setelah sekian lama x buat. Saya kongsi kuih ini bersama jiran2..alhamdulillah jiran2 puji sedap sgt..gembira sgt rasa..😍😍 Nor Al Fatihah -
Kuah Kacang & Sayur Lodeh Kuah Kacang & Sayur Lodeh
#unique2u Kuah kacang merupakan antara menu raya wajib saya & keluarga..sebenarnya resepi kuah kacang ni diajar oleh suami saya mengikut resepi emaknya..menu sampingan yg wajib ada bersama kuah kacang ni ialah sayur lodeh..saya belajar dengan mak mentua saya..Memandangkan suami saya dah terbiasa makan begini, jadi saya ikut & teruskan buatnya menjadi tradisi saya sekeluarga pula..mengikut resepi mak mentua saya yg di ajarkan kpd suami saya, lada kering di sangai & di blend kering begitu saja..biasanya saya sangai saja kacang tanah & buang kulitnya..tapi kali ni saya ingin cuba tidak buang kulit sebab saya dengar org cakap kuah kacang lebih sedap kalau tak di buang kulitnya..ternyata mmg lebih sedap..warna kuah pun menjadi lebih terang & merah..suka buat kuah kacang pekat2 👍👍 Nor Al Fatihah -
Kek Span Tembikai Kek Span Tembikai
#goldenapronTeruja buat kek span bentuk tembikai ni...cara membuatnya memerlukan kesabaran & ketelitian..kek yg sedap, lembut & gebu Nor Al Fatihah -
Laksam Soto Laksam Soto
#semangatmerdeka #fusionantaranegeriAnak-anak saya memang suka laksam. Tapi kali ni sebab tiada stok ikan untuk buat kuah lemak, kita buat kelainan sikit laksam berkuahkan sup soto. Gabungan masakan kelantan dan johor. Soto lebih kaw dari sup biasa. Memang sedap kalau makan dengan laksam sebab tekstur laksam lembih lembut dan sedikit kenyal berbanding nasi himpit. Itu yang membuat menu ini juga sangat disukai anak-anak. Jom kita tengok resepi yang sedap ni di bawah. Liana Nick
Lebih Banyak Resipi
Komen