Terung Bakar Air Asam

aFun ashriati
aFun ashriati @Mrs_ashriati

Fav sgt Terung bakar ni . Bakar dengan arang lagi sedap aromanya berbanding gas . Tp apakan daya nak masak terung tu 3 biji je . Berbaloi bakar dengan dapur gas shj 😋

Terung bakar ni selain bubuh air asam, perah limau kasturi, tabur garam dan cili padi pun dah cukup menyelerakan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
2 - 6 orang
  1. 3 bijiterung
  2. 3 suduasam jawa
  3. Sedikitair panas
  4. 1/2 bijibawang Holland - hiris
  5. 2-3 bijibawang merah - hiris nipis
  6. 1 bijitomato - potong dadu
  7. Cili padi
  8. Sedikitbelacan bakar
  9. Garam, gula, Ajinomoto
  10. 1 bijilimau kasturi

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Bakar terung sehingga kulit terung agak hangus sedikit, masa ni kulit terung mudah tanggal ye.

  2. 2

    Dalam bekas, bancuh asam jawa dengan air panas, agak2 nak banyak mana. Lepastu masukkan cili padi, sedikit bawang dan belacan. Ramas kasar semua bahan bersama dengan air asam. Kemudian baru masukkan tomato, baki bawang, sebatikan rasa masam manis masin air asam tersebut. Kemudian boleh siram atas terung bakar. Boleh perah limau kasturi ikut selera.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
aFun ashriati
aFun ashriati @Mrs_ashriati
pada
Fulltime Housewife 🧕Snap by GOOGLE PIXEL 3XL📸and SONY XPERIA Z5 📸LAUK BAHAGIA CARA SAYA 🫕Cooking is my passion 🧑‍🍳My 1st journal cookbook 💫My recipes Diary 🥗Coffee lover ☕Cats parents 🐈
Baca lagi

Resipi Sepertinya