Kuih lepat Pisang gluten free

Fatiah Haz
Fatiah Haz @Fafa93

Assalamualaikum, untuk resepi kali ini saya ingin berkongsi dengan cookpaders resepi lepat Pisang gluten free, lepat pisang walaupun dalam kategori kuih traditional dan kebiasaanya akan menggunakan campuran Pisang dan juga tepung gandum. Namun kali saya cuba untuk menggunakan tepung gluten free sebagai peganti tepung gandum. Antara tepung gluten free yang mudah untuk didapatkan ialah tepung kelapa, tepung Beras, tepung Beras pulut dan sebgainya.

Saya ingin berterima kasih dengan Uncle M.Rahman pekerja di ladang yang sentiasa berkongsi hasil tanamannya. Untuk kali ini, beliau berkongsi daun pisang dan membolehkan saya untuk membuat lepat Pisang.

Kuih lepat Pisang gluten free

18 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1jam
4 Orang
  1. 3 bijiPisang montel/Cavendish(Pisang lain juga boleh digunakan)
  2. 3 Sudu besargula kelapa
  3. 1/4 cawanTepung kelapa
  4. 1 cawantepung beras
  5. 1/2 sudu kecilgaram

Cara Memasak

1jam
  1. 1

    Pertama sekali, kupas kulit Pisang dan masukkan Pisang ke dalam bekas. Pisang perlu dilenyek terlebih dahulu sehingga halus. (Pisang lain juga boleh digunakan seperti Pisang emas dan juga Pisang berangan, sekirannya menggunakan Pisang perlu tambah kuantiti Pisang kerana Pisang emas kecil.

  2. 2

    Selain itu, sambil melakukan penyedian bahan lepat Pisang Cookpaders boleh sediakan daun pisang, daun pisang perlu dilayur atas api atau dikukus untuk memudahkan proses membungkus lepat pisang

  3. 3

    Kemudian setelah pisang mulai halus, boleh masukkan gula kelapa untuk mengantikan gula putih, dan sedikit garam dan kacau sebati.

  4. 4

    Setelah itu masukkan tepung kelapa dan juga tepung Beras. Kacau sebati

  5. 5

    Setelah kesemua bahan telah disediakan, proses untuk membungkus lepat boleh dilakukan

  6. 6

    Sediakan air kukusan, untuk mengukus kuih lepat, kuih lepat perlu dikukus selama 40 minit dengan menggunakan api sederhana

  7. 7

    Okey sudah siap lepat Pisang versi gluten free.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Fatiah Haz
Fatiah Haz @Fafa93
pada

Komen

Resipi Sepertinya