Pes Sambal Sedap

Pes sambal ni antara salah satu benda penting yang wajib ada dalam peti sejuk kita terutama sekali time bulan puasa. Bulan puasa ni selalunya memang bulan paling sibuk untuk kebanyakan orang terutama sekali mak-mak. Jadi sambal ni mempercepatkan proses memasak sebab cili tu memang dah sedia garing & ready to eat. Bila nak makan boleh cedok sikit banyak mana nak makan, panaskan pastu terus makan dengan nasi. Atau buat sebagai pes nasi goreng, mee goreng, bihun goreng, sambal tumis atau asam pedas, tak yah nak tumis beriya dah. 5 minit dah boleh siap semua!
Jom @acik_dapo share resipi pes awak lak! Lama dah awak tak share resipi ek 😁
Pes Sambal Sedap
Pes sambal ni antara salah satu benda penting yang wajib ada dalam peti sejuk kita terutama sekali time bulan puasa. Bulan puasa ni selalunya memang bulan paling sibuk untuk kebanyakan orang terutama sekali mak-mak. Jadi sambal ni mempercepatkan proses memasak sebab cili tu memang dah sedia garing & ready to eat. Bila nak makan boleh cedok sikit banyak mana nak makan, panaskan pastu terus makan dengan nasi. Atau buat sebagai pes nasi goreng, mee goreng, bihun goreng, sambal tumis atau asam pedas, tak yah nak tumis beriya dah. 5 minit dah boleh siap semua!
Jom @acik_dapo share resipi pes awak lak! Lama dah awak tak share resipi ek 😁
Cara Memasak
- 1
Rendam udang kering & asam jawa dalam mangkuk kecil berisi air bersih selama beberapa minit untuk melembutkannya. Bila dah lembut, buang air dan bilas bersih udang kering, dan ramas asam jawa dalam air rendamannya untuk jadikan air asam jawa, dan tapis atau buang biji & sampah sarap asam jawa. Ketepikan.
- 2
Cuci tomato bersih-bersih. Kita guna tomato Amoroso sebab saiz dan manis dia ngam. Boleh guna tomato ceri madu kalau nak sambal tu lagi manis. Nak guna tomato biasa pun boleh. Kalau tak nak tambah tomato pun takpe, tapi percayalah kalau bubuh tomato jauh lebih sedap dan tomato pun merupakan alternatif sihat bagi gula. Blend hingga lumat tomato dan udang kering.
- 3
Tumis cili kisar hingga garing. Tambah garam secukupnya, kita pakai dalam 1 sudu teh je. Bila cili dah garing, masukkan tomato & udang kering yang dah dikisar tadi. Kalau sambal agak kering lepas dah masukkan tomato & cili kering, boleh tambahkan minyak sikit.
- 4
Kacau-kacaukan biar sebati. Masukkan air asam jawa dan kacau sebati lagi. Kecilkan api dan biarkan dia mereneh kejap selama 2-3 minit sampai air kering sikit.
- 5
Bila air dah kering sikit, tutup api. Tunggu sampai pes sejuk sikit dan tak berasap lagi baru simpan dalam bekas bertutup. Masukkan dalam peti sejuk. Kalau simpan kat fridge boleh tahan sampai 2 minggu tapi biasanya banyak ni dalam seminggu dah settle dah bagi kita 😆 Kalau nak tahan lebih lama simpan kat bahagian sejuk beku, 2 bulan pun ok lagi.
Resipi Pautan
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Pes Sambal Hijau Pes Sambal Hijau
Selain daripada pes sambal merah, pes sambal hijau ni pun sejenis must-have untuk kita time bulan puasa. Time sahur kalau malas nak masak cedok je makan dengan telur goreng + nasi panas-panas fuuuhhlamaaakkk aaaiiii terus cerah bijik mata. Nak buat cicah-cicah pun onz, nak buat perencah nasi goreng pun onz. Banyak ni boleh tahan satu-dua minggu kalau makan sorang.#RamadanMonthChallenge1#RamadanPrep Rozita Jaafar Sekdek -
Pes Sambal Pes Sambal
Bila musim cuti, bulan puasa..kita buat Pes Sambal ni...senang nak masak jenis goreng-goreng,berkuah ataupun sambal...Amat menjimatkan masa... Muniroh Annuar -
Sambal Tumis Ikan Bilis Sambal Tumis Ikan Bilis
"بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ"Ramadhan PrepBulan Ramadhan hampir tiba tinggal beberapa hari je lagi .. mak-mak, ibu-ibu dah siapkan persiapan ke tu?Biasanya mak-mak/ibu-ibu akan buat persiapan seperti ibu sambal, stok pelbagai jenis sambal, pes kari, pes asam pedas dan sebagainya.Ibu baru berkesempatan buat stok sambal tumis. Buat lebih-lebih dan masukkan ke dalam beberapa bekas kemudian frozenkan. Bila nak guna, tinggal defrost dan panaskan dalam microwave je.Biasanya stok sambal ni ibu buat untuk makan sahur je. Sebabnya waktu sahur memang takde selera nak makan nasi. Tapi kalau ada sambal tumis, baik-baik tak berselera terus ada selera. Sambal tumis ni, kalau makan dengan nasi panas dan telur mata je pun dah cukup dah bagi ibu. Anak-anak pun jenis tak kisah. Apa yang ibu hidang, itu ler yang diorang makan. Senang keje ibu 🥳 Noor Atika Mahamood -
Sambal Sotong Sambal Sotong
Ada macam-macam style nak masak sambal sotong. Nak dapatkan sambal sotong yang sedap, kena basah-basah sikit, warna pun memainkan peranan. Yang penting rasanya cukup lengkap. Ada pedas, ada manis, ada masin. Lebihan sotong ring frozen semalam. Semalam buat menu sotong salut tepung. Hari ni buat sambal sotong pula. Bagi saya, sotong ring frozen ni lebih sedap dimasak sambal daripada goreng salut tepung. Rasanya seakan-akan sotong kembang. Tapi sotong ring ni lebih lembut daripada sotong kembang. Noor Atika Mahamood -
Sambal Tumis Mee Siput Meletop #phopbylinimohd #batch18 Sambal Tumis Mee Siput Meletop #phopbylinimohd #batch18
Lama dah mengidam nak makan Mee Siput dengan sambal tumis ni. Dari hari ke hari nak masak tak termasak. Harapnya sambal bole masak sendiri. Ku seru mood biar sampai. Akhirnya... bila dapat task photography menggelupur buat. Ini lah hasilnya resepi campak-campak orang malas masak 😜 Ummu Ahmad -
Sambal Belacan Mertuaku Sambal Belacan Mertuaku
Ni sambal belacan versi mentah. Favourite suami. Kalo kita suka sambal yg di goreng. Tp ni pun bedal jugak 😆 apalagi ada timun kegemaran. Done la suami pun menambah sampai 2 kali 😆 Yang ni saya buat sikit je. Dan kepedasan pun ikut kesesuaian saya yang tak berapa tahan makan pedas. Kalau yg kuat pedas tu boleh lah lebihkan cili padi. Dan kalau nk buat banyak boleh gandakan bahan. ani skmn -
Pes percik Pes percik
Yang ni memang sangat..sangat .sangat disukai oleh anak²...Lagilah bulan puasa ...Tapi bila dah ada pes ni ..memang sangat mudah ...bakar je ayam dalam oven...sambil sapu² kan pes ni....tak pun guna je kuali tak lekat tu...Untuk ikan pun boleh.. 0h Hana !! -
Nasi Lemak Sambal Tumis Udang Sempoi Sepoi Sepoi Nasi Lemak Sambal Tumis Udang Sempoi Sepoi Sepoi
Hari Jumaat lepas teringin nak makan nasi lemak. Korek peti ais semua bahan ada kecuali kacang tanah. No hal ... kita kasi onz je. Kita yang buat dia. Nasik lemak cenggini kalau beli kat luar rege mau berbelas hengget tu pun sambal maneh & nasik tak cukup santan. Buat sendiri puas hati, puas makan..#GlobalApron2024#BerasPutihSantan Rozita Jaafar Sekdek -
Sambal Tumis Cencaluk Sambal Tumis Cencaluk
GLOBAL APRON 2024 CHALLENGE 28: MALAY FOOD#GlobalApron2024COOKPAD MAGIC PANTRY:#asamjawa #belacan #buahkeras #cencaluk #gulamelakaSempena #MalaysiaMonth, GA ambil tema sempena Hari Malaysia dan minggu ni, Tema Malay Food.Saje laa mencuba resipi baru, tambah cencaluk dalam sambal tumis. Memang bertambah sedap rupanya. Tak payah tambah garam dah sebab cencaluk dah beri secukup rasa dalam sambal tumis. Boleh dibuat stok dan dimakan dengan pulut, lempeng, roti, cekodok, atau nasi lemak atau nasi putih telur mata dan renjis kicap. Tu pun dah sedap.Macam faa makan dengan lempeng bodo je. Kakak Faa -
Pes Ayam / Ikan Bakar Pes Ayam / Ikan Bakar
Meal/Food Prep and Hack[Misi 3 CookRace ]Tak lama dah Ramadhan menjelang tiba. Persediaan utama Ummi adalah pes untuk ayam @ ikan bakar . Sebab ummi dan Babah rizqi kalau bulan ramadhan sangat bernafsu dengan ayam bakar, ikan bakar.Ummi rasa susah hati sebenarnya bila ramadhan dah makin hampir. Bukan sebab nak berpuasa tapi ummi berfikir macamna nak atasi masalah air dicatu di bulan puasa ni. Masuk je petang kita dah nak beraksi memasak didapur. Nak buat itu ini untuk juadah berbuka puasa tapi sebelom 6 ptg air masih dimatikan. Jam 6 ptg baru dikasi jalan air. Disabah ni jam 6.15 dah nak berbuka puasa.Biasalah kan bila kita memasak mesti banyak nak guna air. Rasa tak puas bila mencuci dan memasak dgn air tadahan sahaja.Bagus juga ada challenge ni di cp. Ummi terus menyediakan pes2 yang ummi suka untuk memudahkan kerja di bulan puasa. Sedikit sebanyak ia sangat memudahkan kerja dan menjimatkan masa serta jimatkan penggunaan air dibulan puasa nanti.Pes ini sesuai untuk kegunaan pada ayam, ikan, sotong dan daging juga. Q'leenalee's Kitchen -
Pes Tomyam Homemade Pes Tomyam Homemade
Tomyam antara menu pilihan untuk juadah bersahur atau berbuka puasa.Kita boleh sediakan pes tomyam homemade lebih awal untuk lebih mudah memasak dibulan puasa nanti.Resepi pes tomyam yang best ni akak follow @AinMemasakNo1. Norashikin Rahmat
Lebih Banyak Resipi
Komen (5)