Mee daging sup

Nono “NoNo”
Nono “NoNo” @nonoaura

Permintaan anak untuk masakkan menu ni secara tiba-tiba penangan dek mee sup so dia request mama dia untuk masakkan menu ini sekali lagi. Sebab dia kata,kalau mama yang masakkan lagi sedap dari yang dijual kat luar. So, dengan gagah nya mama singgah kat kedai India untuk belikan bahan-bahan untuk mee daging sup @ mee sup daging.

Mee daging sup

Permintaan anak untuk masakkan menu ni secara tiba-tiba penangan dek mee sup so dia request mama dia untuk masakkan menu ini sekali lagi. Sebab dia kata,kalau mama yang masakkan lagi sedap dari yang dijual kat luar. So, dengan gagah nya mama singgah kat kedai India untuk belikan bahan-bahan untuk mee daging sup @ mee sup daging.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam 45 minit
4 orang
  1. 300 gmDaging
  2. 1 literair
  3. 2 inciHalia
  4. 2 bijibunga lawang
  5. 2 bijibuah pelaga
  6. 3 sudu makanChicken stock
  7. 1 suduperencah pasti sedap
  8. Bahan tumis
  9. 4 ulasbawang merah
  10. 4 bijibawang putih
  11. 2 sudu makanminyak masak
  12. Bahan-bahan lain
  13. 500 gmMee kuning
  14. Daunsup
  15. Limau kasturi
  16. Sayur sawi Jepun
  17. Kicap cili
  18. Cili flakes

Cara Memasak

1 jam 45 minit
  1. 1

    Rebus kesemua bahan-bahan tadi bersama dengan daging. Daging tak perlu dihiris dulu terus rebus untuk dijadikan air rebusan daging atau kuah mee nanti. Rebus daging hingga lembut atau empuk.

  2. 2

    Hiris bawang nipis atau kecil kemudian goreng sehingga kekuningan. Kemudian,ketepikan bawang yang telah digoreng tadi.

  3. 3

    Minyak selepas menumis bawang tadi boleh lah dimasukkan ke dalam rebusan daging tadi yang tengah mendidih.

  4. 4

    Sementara menunggu daging lembut atau empuk,boleh lah kita sediakan beberapa bahan untuk menambah kesedapan mee kita nanti apabila masak.

  5. 5

    Apabila daging sudah lembut atau empuk,angkat daging dari air rebusan dan hiris nipis atau kecil-kecil agak- agak size mudah dimakan. Kemudian boleh masukkan semula daging yang telah dihiris ke dalam air rebusan tadi.

  6. 6

    Akhir sekali, celurkan mee kuning ke dalam air panas hingga kelihatan mee tersebut lembut dan kembang sedikit dari size asal. Serta celurkan sawi jepun ke dalam air panas sebentar sahaja hingga kelihatan layu.

  7. 7

    Baiklah, semua nya dah siap dimasak dan boleh lah dihidangkan mengikut cara masing-masing..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nono “NoNo”
pada

Komen (3)

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Menarik resipi ni. Boleh Cuba 😍. Welcome to Cookpad dik 🎊

Resipi Sepertinya