Kuetiau Hong Kong Ikut Suka

Global Apron 2024 Challenge 3: Sahur
Selalu nya kalau sahur, saya dan suami memang jarang ambik makanan yang berat. Perut tak larat nak makan makanan yang berat. Si dara pulak uzur jadi tak dapat nak berpuasa. Suami tiber request nak makan kuetiau alasan nya kerana takut kuetiau tu nanti jadi tak elok sebab dah berapa hari dia beli tapi tak terusik. Saya pulak tak nak makan yang bergoreng, nak yang berkuah supaya dapat dihirup. Terus terfikir nak buat kuetiau ala hong kong. Disebabkan masa singkat sangat, buat jer dengan bahan yang ada. Sotong masih lagi tak nyahbeku sepenuh nya. Nampak ada lebihan ayam goreng pedas, terus capai dan potong, leburkan ajer ke dalam kuali sampaikan tepung saduran ayam goreng pun tak sempat nak dibuang membuatkan kuah kuetiau saya jadi sedikit pekat tapi sedap lah pulak 😄🤭
#GlobalApron2024
Bahan-bahan :- Telur (1) + Sawi Pak Choy (1) + Ayam (1)
Kuetiau Hong Kong Ikut Suka
Global Apron 2024 Challenge 3: Sahur
Selalu nya kalau sahur, saya dan suami memang jarang ambik makanan yang berat. Perut tak larat nak makan makanan yang berat. Si dara pulak uzur jadi tak dapat nak berpuasa. Suami tiber request nak makan kuetiau alasan nya kerana takut kuetiau tu nanti jadi tak elok sebab dah berapa hari dia beli tapi tak terusik. Saya pulak tak nak makan yang bergoreng, nak yang berkuah supaya dapat dihirup. Terus terfikir nak buat kuetiau ala hong kong. Disebabkan masa singkat sangat, buat jer dengan bahan yang ada. Sotong masih lagi tak nyahbeku sepenuh nya. Nampak ada lebihan ayam goreng pedas, terus capai dan potong, leburkan ajer ke dalam kuali sampaikan tepung saduran ayam goreng pun tak sempat nak dibuang membuatkan kuah kuetiau saya jadi sedikit pekat tapi sedap lah pulak 😄🤭
#GlobalApron2024
Bahan-bahan :- Telur (1) + Sawi Pak Choy (1) + Ayam (1)
Cara Memasak
- 1
Panaskan minyak dan goreng kuetiau hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan. Saya tak campurkan kuetiau bersama telur sebelum digoreng.
- 2
Tumis bawang merah dan putih hingga wangi, (kalau nak pedas boleh letak cili boh dan kacau hingga pecah minyak) masukkan air dan biar mendidih sebentar. Masukkan sos tiram dan sos cili, kacau rata.
- 3
Masukkan ayam, kacau sebentar. Masukkan pula telur dan biarkan telur mengeras (jangan dikacau), masukkan sawi pak choy, kacau seketika. Masukkan gula dan Maggi Cukup Rasa, adjust rasa mengikut sesuai selera.
- 4
Tuang kuah pada kuetiau yang telah digoreng dan tabur cili padi, sedia untuk dinikmati.
Resipi Sepertinya
-
Kuetiau Goreng Kuetiau Goreng
Global Apron 2024 Challenge 27: CHINESE FOOD#MerdekaMonth #MalaysiaMonth🇲🇾 #HariMalaysiake61 #16SeptemberKuetiau goreng ala stail Cina tetapi saya tak letak kucai sebab takde. Merata cari tak jumpa bila nak guna tapi bila tak guna, melambak pulak. Saya gantikan udang dengan isi ayam. Cili kisar/cili boh saya gantikan dengan chili flakes jer.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :Kuey teow (1) + taugeh (1) + kicap masin (R) + sos tiram (R) + ayam (R) Dapur Yusfarisyia -
Kuetiau Goreng Zasst Kuetiau Goreng Zasst
Quick Fix ⏳Kuetiau ni digoreng pada tengahari semalam tapi baru ada kesempatan hendak menaip. Balik daripada membeli anak pokok moringa daripada penjual yang dikenali di MukaBuku. Agak jauh jugak lah rumah penjual tu daripada rumah saya. Jalan pulak sesak, sampai di rumah kepenatan. Perut pulak lapar. Ayam terlupa hendak dinyahbeku daripada freezer. Suami bagitau ada kuetiau dan sayur sawi dibeli dia semalam di dalam peti sejuk, tanda nya dia hendak saya masakkan kuetiau untuk kami makan. Ternampak ada kerang tin atas table top. "Bila masa pulak ada kerang tin ni di sini" Berkata di dalam hati sendiri sambil belek-belek tin kerang tu. Suami saya terus cakap "ha, campur sekali dengan kerang tu dalam kuetiau tu nanti. Lupa nak bagitau ayang tadi." Dalam hati berkata lagi, "Haishhh! Pelik-pelik jer jenama kerang yang orang tua ni beli. Kalau tak diturutkan nanti, dia merajuk pulak." Saya ni kalau bab-bab makanan dalam tin memang dah serik nak makan BUKAN atas pengalaman sendiri tetapi daripada sumber berita yang didengar menyebabkan saya dah tak mahu lagi makan. Kalau masak pun untuk anak-anak dan suami 😆. Goreng zasst diberi nama sebab goreng sepantas yang boleh Zasst!!! Dapur Yusfarisyia -
Bihun Goreng Sos Tomato Bihun Goreng Sos Tomato
Global Apron 2024 Challenge 2: IftarTahun ni sambut Ramadan ala kadar jer, masak seada nya. Atas faktor kesihatan membataskan aktiviti membuat kerja-kerja di rumah. Suami pulak sejenis yang tak suka makan di luar, nak tak nak pun mesti masak jugak. Kalau dah tak larat, dia lah yang masak. Syukur alhamdulillah dapat juga diharapkan. Kalau dulu pelbagai juadah dibuat, dapat sedekah kepada mak, mak mertua dan jiran. Mereka pulak akan "membalas" dengan juadah masing-masing, jadi pelbagai menu penuh di meja hingga tak termakan. Tahun ni masak 1 atau 2 jenis menu jer. Masak pun tak ler banyak portion nya kerana kurang sihat. Sedih kerana tahun ni menyambut Ramadan tanpa mak mertua yang tinggal di sebelah rumah. Terasa kurang gembira nya. Al-Fatihah untuk arwah mak mertua. 🥺#GlobalApron2024Bahan-bahan :- Bihun (1) + cendawan hitam (3) + sayur sawi (1) + cili padi (1) Dapur Yusfarisyia -
Terung Kicap Mudah Terung Kicap Mudah
Global Apron 2024 Challenge 7: Open HouseSelalu nya majlis 'open house' di rumah kami dibuat pada seminggu selepas Hari Raya. Paling akhir pun pada seminggu sebelum penghujung Syawal.Waktu begitu dah mula terasa rindu pada menu-menu pada hari kebiasaan kerana asyik menjamu dan dijamu dengan menu yang hampir sama iaitu ayam dan daging. Lauk-pauk kampung selalu nya menjadi pilihan bagi kebanyakan golongan yang berusia. Masakan yang mudah dan ringkas memang menjadi pilihan saya contoh nya terung masak kicap mudah. Digandingkan bersama nasi putih, ikan goreng, sambal belacan dan ulam-ulaman. Asyik berborak dengan anak bujang sambil memasak, lupa nak snap gambar ketika menumis 🙏🙏🙏😁#GlobalApron2024Bahan - bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Cili padi (1) + terung (1) Dapur Yusfarisyia -
Masak Lemak Putih Sayur Campur Potluck Masak Lemak Putih Sayur Campur Potluck
Global Apron 2024 Challenge 8: PotluckSelalu nya bila nak buat potluck, kita orang adik beradik akan tanya atau berbincang nak masak nasi putih atau set nasi atau set mi/bihun/kuetiau. Kalau nasi putih memang banyak menu tambahan sebab senang nak 'gu'kan dengan menu lain.Masak lemak putih ni boleh digandingkan dengan ikan goreng, ikan masin goreng, ayam goreng, sambal belacan, sambal tumis, ulam-ulaman dan banyak lagi.#GlobalApron2024Bahan - bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Cendawan (R) + ikan bilis (2) + kentang (1) Dapur Yusfarisyia -
Sup Ayam Ringkas Sup Ayam Ringkas
Global Apron 2024 Challenge 18: Rainy Day ☔️Hari ni serba serbi tak kena rasa nya. Ada-ada je yang menghalang saya daripada membuat sesuatu kerja. Asyik tergendala. Jadi nya tak tahu nak buat kerja yang mana dulu. Dengan keadaan mata yang selalu terasa pedih dan berair menyukarkan pandangan. Tapi yang pasti nya perut perlu dialas dengan makanan biar pun makanan yang ringkas dan mudah, yang penting ada untuk dimakan. Best dapat hirup panas-panas, dapat pulak makan kentang lebih jadi nasi pun cuma ambil sesudu dua jer.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Ayam (1) + buah pelaga (1) + bunga lawang (1) + cengkih (1) + cili padi (R) + halia (1) + kulit kayu manis (1) + lada hitam (R) + lada sulah (1) + lobak merah (R) Dapur Yusfarisyia -
Mi Sup Sawi Mi Sup Sawi
Global Apron 2024 Challenge 24: KUNING 💛#MerdekaMonth #Ogos #WarnaJalurGemilang 🇲🇾Lama dah tak masak mi sup. Bukan apa, anak-anak dan suami kurang gemar kalau mi sup guna mi kuning. Mereka lebih gemar mi kuning tu digoreng. Si dara saya memang dari dulu tak minat mi kuning tak kira digoreng atau dibuat menu lain. Jika darurat jer baru lah dia akan makan haha.. Hari ni saya akan paksa dia makan sebab saya tak masak nasi atau pun lauk yang lain. Ada baki sotong dalam peti ais dan lebihan ayam goreng saya leburkan sekali. Awal-awal lagi saya dah sembunyikan mi segera. Saya memang tak galakkan mereka makan mi segera tapi nak buat macam mana, si papa mereka pun hantu mi segera. 3 vs 1 memang sah lah saya yang kalah.Inspirasi daripada @dapurdee cuma saya olah guna apa yang ada jer kat dapur.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Halia (1) + mee kuning (1) Dapur Yusfarisyia -
Kuetiau Kantonis Simple Kuetiau Kantonis Simple
Global Apron 2024 Challenge 12: TiruvasiCooksnap/tiruvasi daripada adik @Sutiadi85 saya skip fish cake, isi ayam, isi ketam dan cendawan enoki. Saya ganti sotong, isi kepah, brokoli, putik jagung muda, kacang peas, tomato, jeruk lobak putih, serbuk lada sulah dan minyak bijan.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Brokoli (2) + kuey teow (1) + lada sulah (1) + minyak bijan (1) + lobak putih (2) Dapur Yusfarisyia -
Sup Mi Sua Sup Mi Sua
Global Apron 2024 Challenge 27: CHINESE FOOD#MerdekaMonth #MalaysiaMonth🇲🇾 #HariMalaysiake61 #16SeptemberCara memasak mi sua bergantung pada jenis hidangan yang akan disediakan. Mi sua biasa nya digunakan untuk membuat mi sup. Ada yang membuat hidangan di mana mi sua dimasak terus di dalam sup, menjadikan hidangan terakhir semua melekit dan pekat kerana kanji daripada mi memekatkan sup.Saya lebih suka memilih untuk memasak mi sua secara berasingan dan kemudian menghidangkannya dengan sup supaya sup nya jernih dan tidak melekit atau keruh.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Ayam (1) + daun bawang (R) + halia (R) + mee suah (2) + minyak bijan (R) + pak choy (R) Dapur Yusfarisyia -
Kacang Kuda Berempah Kacang Kuda Berempah
Global Apron 2024 Challenge 10: KudapanKalau bab kekacang ni, saya dan suami serta si bujang memang suka makan. Tetapi tidak bagi si dara saya, kata nya takut jerawat muncul lah apa lah pada hal kulit muka dia elok jer. Si bujang saya pulak, kulit muka dia memang ada jerawat kecil-kecil tapi tak banyak. Bagi dia lantak lah jerawat nak timbul ke apa lepas makan kacang janji perut dia kenyang. Soal jerawat tu belakang kira 😆 Antara kekacang yang sering ada di rumah kami ialah kacang kuda. Selalu buat kacang kuda rebus jer sebab mudah. Tapi tu lah cik suami kata "sedap tu sedap tapi lepas makan nanti perut asyik berangin jer, banyak gas."Hari ni saya buat kacang kuda versi berempah, layan tengok tv licin tinggal mangkuk jer. Suka makan bila tergigit bawang dan daun bawang yang rangup.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Daun kari (2) + jintan manis (1) + kacang kuda (3) Dapur Yusfarisyia -
Kuetiau Daging Kuetiau Daging
Resipi dalam draf juga.Kuetiaw goreng vevodo jer. Suami saya suka kuetiau yang kering dan kalau tak hitam kuetiau tu, dia akan tanya, "kicap dah habis ke?" Saya ni pulak akan jawab "abang nak makan kicap ke makan mi kuetiau?" Geram sangat asyik ikut selera dia jerrr. 🙄 Kita pun nak ikut selera kita jugak, nak kuetiau basah sedikit dan tak la gelap sangat kicap nya. Orang kalau dah hantu kicap, makan apa pun mesti nak kicap jugak. Nasib baik makan aiskrim tak bubuh kicap atau minum kopi tambah kicap. 🤣 At least jangan komplen makan jer la sebab ada orang yang tolong masakkan untuk dia. Kadang kita ni ikhlas pun jadi macam tak ikhlas bila dengar komplen macam tu. Bila kita nak masak asing-asing sebab nak juga ikut selera kita, dia pulak cakap tak payah nanti banyak kerja nak basuh itu ini. Campak-campak, siap. Hidang dan terus teman dia makan. Nanti kalau tak teman dia merajuk pulak. Sepatut nya kita yang merajuk. Haha.. Begitu lah asam garam kehidupan suami isteri, kadang tu perlu ada tolak ansur. Ada waktu perlu mengalah, mengalah lah, bukan nak sampai gaduh dan sebagai nya. Kadang tu yang mengalah tu bukan bererti dia kalah. Dia menang sebenar nya kerana berjaya melawan perasaan amarah nya tapi kalau dah dia tak mahu mengalah, mungkin lebih teruk lagi jadi nya kelak. ✌️🤭 Dapur Yusfarisyia -
Nasi Goreng Tuna Nasi Goreng Tuna
Global Apron 2024 Challenge 9: Fam FaveHari ni si dara saya rasa tak larat nak pergi kerja, perut memulas jer kata nya sejak bangun tidur. Nak mintak cuti sakit, tak cukup staff. Nak tak nak kerja juga. Saya pula, rasa pening kat mata sejak malam tadi, asyik baring jer tak dan nak masak.Tak sampai 2 jam, si dara telefon bagitau tak larat nak keluar beli makanan, nak order grabfood/foodpanda kata nya dia ada masalah nak buat transaksi online, bla.. bla.. bla.. apa ntah dah tak ingat. Hmm.. Gagahkan diri juga ke dapur, memang nak masak nasi jer untuk dimakan dengan lebihan makanan yang masih di dalam freezer cuma tak sempat nak perangatkan sebab belum dinyahbeku. Masak nasi goreng jer lah untuk dia, lagi pun nasi goreng memang favourite kami sekeluarga juga. Ada lebihan ayam panggang, saya perangatkan sebentar dengan sos pencicah nya sekali untuk dibekalkan sekali).#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Mentega (1) + beras (1) + sayur bayam (1) + telur (1) Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen