Terung Kicap Mudah

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Global Apron 2024 Challenge 7: Open House

Selalu nya majlis 'open house' di rumah kami dibuat pada seminggu selepas Hari Raya. Paling akhir pun pada seminggu sebelum penghujung Syawal.
Waktu begitu dah mula terasa rindu pada menu-menu pada hari kebiasaan kerana asyik menjamu dan dijamu dengan menu yang hampir sama iaitu ayam dan daging. Lauk-pauk kampung selalu nya menjadi pilihan bagi kebanyakan golongan yang berusia. Masakan yang mudah dan ringkas memang menjadi pilihan saya contoh nya terung masak kicap mudah. Digandingkan bersama nasi putih, ikan goreng, sambal belacan dan ulam-ulaman. Asyik berborak dengan anak bujang sambil memasak, lupa nak snap gambar ketika menumis 🙏🙏🙏😁

#GlobalApron2024
Bahan - bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-
Cili padi (1) + terung (1)

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 4 bijiterung ungu/terung cina
  2. Sejemputikan bilis (dicuci & ditoskan)
  3. 3 bijicili padi*
  4. 3 bijibawang merah rose*
  5. 5 ulasbawang putih*
  6. 1/2 sendukminyak masak
  7. 1/2 cawanair bertapis
  8. 7 sudu besarkicap pedas Mashuri
  9. Gula sesuai selera
  10. Maggi Cukup Rasa sesuai selera

Cara Memasak

  1. 1

    Cuci bersih terung dan dibelah dua memanjang, dipotong ikut sesuai selera. Rendamkan di dalam air bagi mengelakkan terung jadi lebam/hitam. Tumbuk bahan bertanda* hingga lumat.

  2. 2

    Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk hingga kekuningan. Masukkan terung, kacau rata. Masukkan air bertapis, kicap pedas manis, gula dan maggi cukup rasa. Gaul rata, adjust rasa mengikut sesuai selera. Masak hingga terung lembut, tutupkan api dan boleh disajikan bersama nasi putih dan lauk lain.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya