Luk Chup

MinSha
MinSha @sasha_sabrina
Miri, Sarawak

Kalau suka suhun atau kuih kacang hijau, pasti akan suka luk chup. Warna dan bentuk menarik pulak. Geram tengok.

Simpan sini resepi untuk kenangan join event Thai Food Festival 2024 di Miri. Setiap hari sold out dan setiap hari perlu restock extra. 3 malam tak tidur sambil jaga Baby Qya yang baru 1 bulan. Alhamdulillah rezeki baby. Walaupun penat, puas hati sebab ada sambutan. Tak sangka Influencer Sufri Channel pun ada promote dan suka Luk Chup ni. Terus tak menang tangan nak keep up dengan demand. InsyaAllah akan perbaiki lagi untuk masa akan datang.

Thank you @uchu share resepi Luk Chup. Resepi Sha hilang dah sebab tak tahu buku resepi lama letak dekat mana. Jadi rujuk resepi Uchu sebab hampir sama. Bila follow baru ingat sikit2 resepi lama tu. Terus simpan di Cookpad supaya tak hilang dah dan boleh rujuk lagi next time.

Luk Chup

2 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

4-6 Jam
50 pcs
  1. Doh Kuih
  2. 150 gKacang Hijau Tanpa Kulit
  3. 200 gSantan KARA
  4. 100 gGula
  5. 1/4 sdtGaram Himalaya
  6. Salutan Jelly
  7. 5 sdtSerbuk Agar-agar
  8. 100 gGula Putih
  9. 400 mlAir
  10. Bahan Lain Yang Penting
  11. 30-40Lidi Satay Pendek
  12. 1-2Styrofoam
  13. PilihanPewarna

Cara Memasak

4-6 Jam
  1. 1

    CARA KUPAS KULIT KACANG HIJAU:

    Timbang kacang hijau dan rendam dalam air selama 24jam

  2. 2

    Gesel kacang hijau menggunakan tangan untuk tanggalkan kulit

  3. 3

    Kulit akan timbul ke atas air kerana ringan. Tuang ke dalam penapis untuk buang kulit.

  4. 4

    CARA UNTUK ADUNAN KUIH:
    Kukus kacang hijau sehingga lembut

    TM6:
    - Masukkan 1 liter air dalam bowl
    - Masukkan kacang hijau tanpa kulit dalam simmering basket

    20 Min| Varoma | Speed 2

  5. 5

    Kisar Kacang, Gula, Santan dan Garam sampai halus

    TM6:
    1 minit | speed 8

  6. 6

    Masak kacang hijau sehingga sedikit kental. Sejukkan. (Jangan risau kalau adunan lembik dan belum dapat digentel.)

    Tm6:
    15 minit | 100c | speed 2.5

  7. 7

    Bila dah betul-betul sejuk baru adunan mengeras dan mudah untuk digentel.

  8. 8

    Bahagikan adunan untuk buat bentuk pilihan masing-masing. Pastikan tidak lebih daripada 13g. Kalau berat sangat nanti adunan tak dapat melekat pada lidi satay.

  9. 9

    Cucuk bentuk pada bahagian lidi yang tumpul, warnakan bentuk dan keringkan buah di lidi pada Styrofoam.

  10. 10

    Tip:
    - Tutup adunan supaya tak terkena udara.
    - Jika adunan menjadi sedikit keras, gaul semula dengan beberapa titis air sehingga lembut.
    - Bentukkan 10 bentuk dahulu, warnakan dan terus salut dalam agar-agar supaya kuih tidak kering dan merekah

  11. 11

    Masak agar-agar, air & gula sehingga gula larut.

    TM6:
    5 Min | 120c | Speed 2

  12. 12

    Salut kuih dengan agar-agar CEPAT2 dan biarkan mengeras atas styrofoam. Ulang salut sekali lagi.

  13. 13

    Jika agar-agar mula mengeras, just panaskan semula atas api.

  14. 14

    Setelah semua selesai, simpan di dalam peti sejuk sehingga masa untuk hidang.

  15. 15

    Luk Chup boleh tahan di luar peti sejuk selama 8-12 jam.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
MinSha
MinSha @sasha_sabrina
pada
Miri, Sarawak
🍒 Cepat, Mudah & Fuss-Free🍒 Chinese & Japanese Food Lover🍒 Dessert Enthusiast
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya