Hati Ayam Goreng berempah

5 orang bercadang membuatnya
Murni's LittleKitchenz
Murni's LittleKitchenz @murnipandanwangi
Johor

Hidangan begini tidak memerlukan bahan yang banyak, malah sangat mudah dan ringkas penyediaannya.

Boleh tambah atau gantikan jenis sayuran yg disukai yang menjadi kebiasaan sendiri.

Bahan-bahan magic pantry:
kacang panjang, leek, sos tiram, tomato

#GlobalApron2024
#playoff

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

30 minit
2-3 orang
  1. 5-6 ketulhati ayam
  2. 1 bijibawang besar - hiris
  3. 4-5 bijicili padi - hiris
  4. 1 bijilada merah - hiris
  5. 4-5 helaikacang panjang - kerat 2 inci
  6. 2 sudu makansos tiram
  7. 2 sudu makansos tomato
  8. 1 batangleek - kerat 2 inci
  9. 1-2 bijitomato - potong 4
  10. 1 sudu tehserbuk kunyit
  11. 1/2 sudu tehgaram halus
  12. 1/4 sudu tehserbuk perasa
  13. 1 cawanminyak masak
  14. Bahan rempah:
  15. 1/2 bijibawang besar
  16. 3 ulasbawang putih
  17. 1 incihalia
  18. 1 suduketumbar - kisar
  19. 1 sudujintan manis - kisar
  20. 1/2 sudujintan putih - kisar

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Bahan disediakan seperti yang disenaraikan.
    Bersihkan dan potong mengikut kesesuaian.

  2. 2

    Tumbuk semua bahan rempah. Gaulkan semua bahan tumbuk dengan hati ayam. Masukkan juga serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa.
    Panaskan minyak, goreng sehingga masak/garing.

  3. 3

    Masukkan sos tiram, sos tomato dan semua bahan lain.
    Kacau rata kelayuan, perasakan secukupnya. Matikan api dan sedia dihidangkan.

    Sekian olahan resepi dari Murni's LittleKitchenz.
    Selamat mencuba dan selamat menjamu selera💐

Reaksi

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen

Ditulis oleh

Murni's LittleKitchenz
Murni's LittleKitchenz @murnipandanwangi
pada
Johor
"Bukan Kuantiti Menjadi Sandaran. Jaminan Kualiti Sebagai Taruhan."#iambaker #iamphoper
Baca lagi

Resipi Sepertinya