Roti Khurasan Sardin

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

417/2024 (1970/2K)
Global Apron Challenge 40: Tanpa Air, Tanpa Letrik
#GlobalApron2024

Sardin, kicap, sos tiram

Kegemaran anak2 kalau gi pasar malam. Uchu buat untuk bekal breakfast anak2 dan suami esok. Malam ni goreng sikit buat supper. Alhamdulillah..syedap.

Roti Khurasan Sardin

14 orang bercadang membuatnya

417/2024 (1970/2K)
Global Apron Challenge 40: Tanpa Air, Tanpa Letrik
#GlobalApron2024

Sardin, kicap, sos tiram

Kegemaran anak2 kalau gi pasar malam. Uchu buat untuk bekal breakfast anak2 dan suami esok. Malam ni goreng sikit buat supper. Alhamdulillah..syedap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
14 biji
  1. 2 tinkecil sardin (ambil ikan sahaja) ✅
  2. 5 bijiroti frankfurter (dipotong dua)/atau roti burger
  3. 14 kepingkulit popia
  4. 1 bijibawang merah saiz sederhana (didadu)
  5. 1 bijibawang holland saiz sederhana (didadu)
  6. 4 ulasbawang putih (dicincang)
  7. 1 sudu makansos tiram
  8. 1 sudu makankicap manis
  9. 2 sudu makansos tomato
  10. 1 sudu makansos cili
  11. Secubitdua garam, gula, seasoning
  12. 4urat daun sup (dihiris halus)

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Tumis bawang merah, bawang holland, bawang putih sampai kekuningan dan harum.

  2. 2

    Masukkan ikan sardin tanpa sosnya. Kacau rata.

  3. 3

    Perasakan dengan sos tiram, kicap manis, sos cili dan sos tomato. Kacau rata. Tumis sampai kering. Pecahkan ikan kasar-kasar sahaja.

  4. 4

    Masukkan daun sup. Kacau rata.

  5. 5

    Roti frankfurter di potong dua, dibelah tengahnya tanpa putus. Sumbatkan inti sardin.

  6. 6

    Bentangkan kulit popia. Sapu kulit popia dengan telur. Letakkan roti atas kepingan kulit popia. Lipat kemas. Sapukan dengan telur atau bancuhan tepung jagung dihujungnya sebagai pelekat.

    (Uchu lupa sapu telur pada kulit popia)

  7. 7

    Panaskan minyak api sederhana, goreng roti khurasan sehingga keperangan muda dan kulitnya rangup. Toskan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya