Cucur Udang

Cucur udang ni rasanya sedap.
Lembut di dalam dan rangup diluarnya, dengan gabungan rasa manis udang segar, dan wangi bahan-bahan ramuannya.
Boleh la cuba untuk dijadikan sarapan pagi atau hidangan hi-tea.
Bahan-bahan magic pantry:
kentang, tepung gandum, udang
#GlobalApron2024
Cara Memasak
- 1
Bahan disediakan seperti yang disenaraikan.
Cuci bersih dan potong mengikut kesesuaian.Satukan semua bahan kecuali air. Gaul rata.
- 2
Tuangkan air panas, kacau rata.
Kemudian, dengan segera, tuangkan pula air suhu biasa sedikit demi sedikit.
Dapatkan kepekatan yang tidak terlalu pekat, tidak terlalu cair. Jangan sampai adunan terlalu cair. - 3
Panaskan minyak, goreng dengan api sederhana.
Ulangi menggoreng sehingga adunan habis.
Sedia dihidangkan.
Cucur udang ni sedap juga dicicah dengan sos cili.Sekian olahan resepi dari Murni's LittleKitchenz.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera💐
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
Cucur Udang Baring Cucur Udang Baring
Sarapan simple2 je.. Udang baring yg mak saya beri masa balik kampung awal tahun lepas ada lagi sebab mak bagi banyak..tahan simpan di dlm peti.. Teringin nak makan.. Alhamdulillah suami puji sedap & lembut..anak2 pun laju makan. Suami cakap lain kali kalau dia mancing dapat udang harimau, bubuh dlm cucur..lagi sedapp..fresh2.. Nor Al Fatihah -
Pakora / cucur pakistan Pakora / cucur pakistan
#globalapron2024#challenge37#breakfastSaya sediakan cucur pakistan untuk sarapan pagi. Alhamdulillah mengenyangkan . Baru berkesempatan mencuba resepi cookpad Pakistan. Cicah pula dengan sos bawang putih.Magic pantryGandumKentangTelurCili kering Ani Delighted -
Cucur Kentang Kucai Cucur Kentang Kucai
Dapat makan cucur kentang kucai, hidang dengan teh o.Memang ngam.Cucur kentang yang rangup diluar, lembut didalam.Bila dah sejuk pun masih lembut. Kakak Faa -
Cucur Udang Cucur Udang
Challenge 9 = FAM FAVE #GlobalApron2024Hidangan minum petang atau malam dalam keluarga Yani ialah cucur atau kita panggil jemput-jemput. Bahan-bahan yang pelbagai. Kadang-kala sekadar ikan bilis & bawang. Ada juga kalau ada kentang, lobak merah akan dicampurkan sekali. Makan selepas digoreng bersama teh O atau kopi O memang asyikkk...Ok, untuk kali ini Yani kongsikan resipi Cucur udang. Bahan yang Yani pilih untuk cabaran kali ini ialah = kunyit, tepung gandum dan udang. Nur Azliani Amer -
👩🍳Cucur Udang Rangup Adabi 👩🍳Cucur Udang Rangup Adabi
Pagi ini nak sarapan cucur udang guna Tepung premix Cucur udang Adabi.Kalau guna hanya semata2 tepung premix, kurang sikit rasa sedapnya ; jadi kita tambah bawang,karot, taugeh dan kucai…hasilnya sangatlah sedap dan rangup. Mahadiah -
👩🍳Cucur Jagung Manis Kentang 👩🍳Cucur Jagung Manis Kentang
Cucur jagung manis yang paling mudah disediakan. Campur dengan secawan kentang sagat untuk menambahkan lagi bahan.Inspirasi resipi @salina_jalaludin 🌹 Mahadiah -
👩🍳Cucur Kentang Sagat 👩🍳Cucur Kentang Sagat
Berbagai jenis cucur seperti cucur bawang, cucur udang atau cucur ikan bilis boleh disediakan untuk hidangan petang.Kali ini kebetulannya saya ada stok ubi kentang. Jadi saya nak buat cucur kentang. Selalunya saya potong kentang bentuk kiub tetapi kali ini saya nak sagat supaya kentang menjadi lebih rangup. Memang cucur jadi sangat sedap bila kentang disagat. Jom cuba.. Mahadiah -
Cucur Vege Rangup Cucur Vege Rangup
Cucur sayur rangup di luar, lembut di dalam. Menggunakan sayur sayuran pilihan.. Dimakan bersama sos pencicah pedas manis. Dijadikan hidangan minum petang. Ngam! Adawiyah Mohd Sharun -
Cucur Udang Rangup Cucur Udang Rangup
Malam-malam tekak terasa nak makan cucur. Dalam freezer ada sedikit udang segar. Dalam chiller ada sayur kucai. Terus terfikir nak buat cucur udang rangup. Buka Cookpad, cooksnap resipi @airtangan_ummirizqiMusim hujan ni memang layan cucur udang cicah dengan sos cili pun sedap, gu pulak dengan kopi/teh/milo panas, layannn.. sambil tengok TV. Dapur Yusfarisyia -
Udang celup tepung rangup Nadeem Udang celup tepung rangup Nadeem
Kenangan makan udang celup tepung di Syam Restoran, Kota Bharu. Kali ini berpeluang menyediakannya untuk sarapan pagi Nadeem bersama nasi goreng black pepper. Teksturnya yang kembung dan rangup sangat sesuai untuk dicicah sos cili.#cppassport#spread_the_luv#Umie_Kelate Dr. Zie Azizah -
Cucur Bilis Cucur Bilis
Petang ni..buat cucur bilis..Tengok resepi Cucur Udang Rangup Kak Mahadiah @dapurdee,kita tiru ja...kita ganti dengan ikan bilis sebab tak ada udang,guna tepung gandum ja..Yang penting...sedap,mengenyangkan😋#Misi2CookRace Muniroh Annuar -
Cucur Bawang Sempoi Cucur Bawang Sempoi
Cucur bawang sempoi ni memang menu kegemaran saya sejak kecil. Suka sangat rasa manis2 bawang tu bila makan lagi2 bila cucur tu rangup di luar tapi lembut di dalam. Selalu jadi pilihan untuk menu sarapan kerana mudah dan cepat di sediakan. Boleh pelbagaikan bahan seperti ikan bilis, ubi kentang, udang dan lain lain. SELAMAT MENCUBA! 😊#sarapan Nor Zahida Aini
Lebih Banyak Resipi Pilihan
Komen