Kek Lapis Bubblegum Cheese

Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen )
Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen ) @arcticsyapex

Kek lapis kedua untuk tahun ni... Resepi dari FB Dapur Kitak

Kek Lapis Bubblegum Cheese

Kek lapis kedua untuk tahun ni... Resepi dari FB Dapur Kitak

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

3-4 jam
  1. 500 grambutter
  2. 30 gramovalet
  3. 50gula kastor
  4. 10 bijitelur gred A
  5. 250 gramcream cheese
  6. 350 gramsusu pekat
  7. 1 sudu tehesen vanila
  8. 50 gramhorlicks
  9. 100 gramcreamer
  10. 50 gramtepung aiskrim vanila
  11. 350 gramtepung pau
  12. 100 mldairy whipping cream
  13. warna biru
  14. warna kuning
  15. warna pink
  16. 1 sudu besarperisa bubblegum

Cara Memasak

3-4 jam
  1. 1

    Satukan butter,  cream cheese, gula, susu pekat, esen vanila dan ovalet dalam mangkuk mixer. Pukul sehingga kembang.

  2. 2

    Bila dah kembang, masukkan telur satu per satu. Pukul sebati.

  3. 3

    Masukkan tepung aiskrim vanila, creamer dan horlicks. Sebatikan.

  4. 4

    Masukkan tepung pau sedikit demi sedikit sehingga habis.

  5. 5

    Masukkan whipping cream. Sebatikan.

  6. 6

    Ambil sedikit adunan dan masukkan perisa bubblegum. Sebatikan. Bahagi lagi kepada 3 bahagian. Setiap bahagian letak warna kuning, pink & biru. Adunan selebihnyah letak warna putih.

  7. 7

    Lapik loyang 8×8×4 dengan baking paper. Panaskan oven 180C. Tuang 1 bahagian warna biru dan ratakan. Bakar lapisan pertama api atas dan bawah.

  8. 8

    Lapisan kedua hingga terakhir guna api atas sahaja. Tuang 1 bahagian warna pink. Ratakan dan bakar. Bila lapisan pink dah masak, sambung lapisan warna kuning pula.

  9. 9

    Sambung melapis dengan lapisan warna putih. Buat sehingga habis adunan putih.

  10. 10

    Lapis pula baki adunan warna kuning, pink & biru.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen )
pada
Aku lebih suka mem'baking' dari memasak... Sebabnya kalau baking dah ada sukatan. Kalau memasak banyak pakai term secukupnya, agak-agak, sesedap rasa... Haaa... Aku dah mula pening.... Kalau nak tengok resepi lain² boleh search blog " Syapex Kitchen "
Baca lagi

Komen (3)

0h Hana !!
0h Hana !! @hana25_7someday
Cantiknya.. teringin nk buat tp.. R tu blm mai

Resipi Sepertinya