Pengat Pisang Jagung Bersagu

Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
Klang, Selangor

#CookpadApron2025
#Week5
#Pisang #Jagung #Sagu
Selalunya saya buat pengat pisang kosong je campur sagu atau pengat jagung campur sagu. Kali ni saya gabungkan kedua2nya, iaitu pisang & jagung. Alhamdulillah sedap sangat..pisang yg lembut, jagung yg crunchy..tambah pulak dengan sagu, menyedapkan lagi pengat ni..kuahnya cukup lemak manis.. Sedap di makan panas2 atau sejuk2 dari peti ais..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

20 minit
5 orang
  1. 10 bijipisang -di potong kecil
  2. 2 tongkoljagung -ambil isinya
  3. 2 cawansantan pekat
  4. 2 cawanair
  5. 2 kepinggula melaka
  6. 1/2 cawangula pasir atau secukup rasa
  7. 1/2 sudu tehgaram halus
  8. 2 helaidaun pandan -di simpul
  9. Sagu
  10. 1/4 cawansagu putih
  11. 3 cawanair

Cara Memasak

20 minit
  1. 1

    Didihkan air. Masukkan sagu, kacau sekali sekala supaya sagu tak berketul

  2. 2

    Masak hingga sagu bertukar jernih. Kemudian, alirkan air pada sagu menggunakan penapis untuk buang kanjinya. Ketepikan dulu

  3. 3

    Satukan santan, air, gula melaka, gula pasir, garam, daun pandan & jagung. Kacau sentiasa di atas api sederhana hingga jagung masak

  4. 4

    Akhir sekali, masukkan pisang & sagu. Kacau sekejap, jangan sampai pisang terlalu lembik ye..tutup api

  5. 5

    Hidangkan..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
pada
Klang, Selangor
🍉 Watermelon Lover 🍉Suka buat kuih, desserts, kek & biskut bentuk tembikai 🍉🍉
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya