Ayam dan Brokoli Panggang Atas Kuali Dengan Marjerin dan Mentega

2 orang bercadang membuatnya
Alia Ali
Alia Ali @alia_ali
Subang Jaya, Selangor.

Tiba-tiba dapat idea untuk masak macam ni.
Tengok semula gambar-gambar ini pun dah rasa happy.
Sebab cara masak Ayam dan Brokoli Panggang Atas Kuali Dengan Marjerin dan Mentega memang mudah dan rasa pun sedap.

#CookpadApron2025
#CA2025
#Week6
#Brokoli
#Ayam

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

30 minit
2 orang
  1. 3 ketulayam
  2. 1/4 sudu tehgaram
  3. 1/4 sudu tehserbuk Italian Herbs (parsley, oregano, basil, thyme)
  4. 1/4 sudu tehlada sulah
  5. 1/4 sudu tehserbuk lada hitam
  6. 1 sudu tehtepung jagung
  7. 1 pokokbrokoli saiz kecil (potong kecil
  8. 1/2 sudu besarmentega
  9. 1/2susu besar marjerin
  10. 5 bijicili padi saiz kecil
  11. 1 hirisanlada benggala hijau (capsicum)
  12. 2 kepingsalad (basuh dan siat kecil)

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Perap ayam yang tiada kulit dengan serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, serbuk Italian Herbs (parsley, oregano, basil, thyme) dan garam selama 5 minit. Kemudian, letakkan sedikit tepung jagung atas ayam. Sapu rata.

  2. 2

    Letak sedikit minyak atas kuali.
    Panaskan minyak. Bila minyak dah panas, letakkan ayam. Kemudian, perlahankan api.
    Sekali-sekala terbalikkan sehingga luar ayam rangup dan isi ayam masak.

  3. 3

    Selepas itu, masukkan brokoli, lada benggala hijau, cili padi dan mentega. Kacau sebentar.

  4. 4

    Sayur dah masak, masukkan pula marjerin. Kacau rata sekejap, angkat dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas dan salad. Sedap tau!

Reaksi

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen

Carian Teratas bagi

Ditulis oleh

Alia Ali
Alia Ali @alia_ali
pada
Subang Jaya, Selangor.

Resipi Sepertinya