Pasta Spiral Goreng Pedas dan Kepak Ayam Panggang

Alia Ali
Alia Ali @alia_ali
Subang Jaya, Selangor.

"Sedapnya bau," kata anak solehah bila bau Kepak Ayam Panggang yang ibu mithali masak.

"Pasta pun sedap. Rasa fresh. Mak letak oren, kan," kata anak bila makan.

Sebenarnya nak letak lebih banyak tomato ceri masa masak pasta. Tapi disebabkan tomato ceri ada satu sahaja, jadi saya ganti oren. Tak sangka guna buah oren boleh menjadikan pasta lebih lazat 😂.

1. Ayam (1 point)
3. Basil (2 point)
11. MADU - BAHAN WAJIB (2 point)
12. Mentega (1 point)
13. Oren (1 point)
14. Paprika (2 point)

#GlobalApron2024
#challenge20
#honeyiloveyou

Pasta Spiral Goreng Pedas dan Kepak Ayam Panggang

7 orang bercadang membuatnya

"Sedapnya bau," kata anak solehah bila bau Kepak Ayam Panggang yang ibu mithali masak.

"Pasta pun sedap. Rasa fresh. Mak letak oren, kan," kata anak bila makan.

Sebenarnya nak letak lebih banyak tomato ceri masa masak pasta. Tapi disebabkan tomato ceri ada satu sahaja, jadi saya ganti oren. Tak sangka guna buah oren boleh menjadikan pasta lebih lazat 😂.

1. Ayam (1 point)
3. Basil (2 point)
11. MADU - BAHAN WAJIB (2 point)
12. Mentega (1 point)
13. Oren (1 point)
14. Paprika (2 point)

#GlobalApron2024
#challenge20
#honeyiloveyou

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan-bahan kepak ayam panggang
  2. 2 ketulkepak ayam
  3. 1 sudu besarmadu
  4. 1/8 sudu tehserbuk spagetthi bolognese (campuran basil dan oregano)
  5. 1/2 sudu tehserbuk paprika
  6. 1/4 sudu tehserbuk lada hitam
  7. 1/8 sudu tehgaram
  8. 1 sudu besarmentega
  9. Bahan-bahan rebus pasta:
  10. 1 mangkukkecil pasta spiral
  11. 1 mangkukbesar air
  12. 1/4 sudu tehgaram
  13. 1 sudu besarminyak masak
  14. Bahan-bahan masak pasta:
  15. 1 suduminyak masak
  16. 3 bijibawang putih (cincang)
  17. 9 bijicili padi (saiz kecil, hiris)
  18. 1/2 sudu tehgaram
  19. 1 bijitomato ceri (hiris)
  20. 1/8 sudu tehchilli flakes
  21. 1/8 sudu tehserbuk Italian Herbs (campuran parsley, oregano, basil, thyme)
  22. 1/8 bijioren (potong dan perah jusnya)
  23. 2 kepingdaun oregano
  24. Bahan-bahan hiasan:
  25. 2 kepingsalad (basuh bersih dan siat kecil)

Cara Memasak

  1. 1

    Basuh bersih kepak ayam dengan air limau nipis. Toskan.
    Lumur rata kepak ayam dengan madu, serbuk spagetthi bolognese (campuran basil dan oregano), serbuk paprika, serbuk lada hitam dan garam.

  2. 2

    Cairkan mentega atas kuali.
    Kemudian letakkan kepak ayam. Masak dengan api kecil. Terbalik-balikkan sehingga masak.

  3. 3

    Panaskan air.
    Apabila air dah mendidih, masukkan pasta, minyak dan garam.

  4. 4

    Apabila pasta dah masak, buang air dari kuali dan ketepikan pasta di satu bahagian kuali.
    Masukkan minyak masak, bawang putih, cili padi, tomato ceri, garam dan chilli flakes.
    Masak dan kacau dengan api sederhana.
    Perah jus oren dan kacau rata.

  5. 5

    Kemudian, masukkan daun oregano dan serbuk Italian Herbs (campuran parsley, oregano, basil, thyme).
    Kacau rata, siap.

  6. 6

    Hidangkan Pasta Spiral Goreng dengan Kepak Ayam Panggang serta salad.
    Selamat mencuba!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Alia Ali
Alia Ali @alia_ali
pada
Subang Jaya, Selangor.

Komen

Resipi Sepertinya