Kek Lapis Tembikai Susu Cheese

Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen )
Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen ) @arcticsyapex

Kek lapis keempat untuk raya haji nanti. Wangi tau bau kek lapis ni. Bau manis² tembikai susu. Suka la bau dia... Untuk resepi ni aku guna butter farm fresh. Kelemahan dia seketoi 200gm ja. Hang kena beli lebih kalau nak buat full resepi. Separuh resepi pun kena beli lebih seketoi... Rasa sedap gak... Resepi dari FB Dapur Kitak

Kek Lapis Tembikai Susu Cheese

4 orang bercadang membuatnya

Kek lapis keempat untuk raya haji nanti. Wangi tau bau kek lapis ni. Bau manis² tembikai susu. Suka la bau dia... Untuk resepi ni aku guna butter farm fresh. Kelemahan dia seketoi 200gm ja. Hang kena beli lebih kalau nak buat full resepi. Separuh resepi pun kena beli lebih seketoi... Rasa sedap gak... Resepi dari FB Dapur Kitak

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

3-4 jam
  1. 450 grammarjerin (aku guna butter farm fresh)
  2. 250 gramcream cheese
  3. 100 gramgula halus
  4. 30 gramovalet
  5. 10 bijitelur gred A
  6. 400 gramsusu pekat
  7. 1 sudu tehesen vanila
  8. 100 gramcreamer
  9. 350 gramtepung gandum
  10. 150 gramsusu perisa tembikai susu
  11. 3 sudu besarkodial tembikai susu
  12. secukupnyakaramel coklat cip
  13. secukupnyapewarna hijau
  14. secukupnyaperwarna kuning

Cara Memasak

3-4 jam
  1. 1

    Pukul gula, marjerin, ovalet & cream cheese sehingga kembang.

  2. 2

    Masukkan telur satu persatu sehingga habis.

  3. 3

    Masukkan susu pekat, esen vanilla & creamer. Putar sebati.

  4. 4

    Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis.

  5. 5

    Masukkan susu berperisa tembikai susu & kordial tembikai susu. Putar sebati.

  6. 6

    Bahagi adunan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama letak pewarna hijau. Bahagian ke2 letak sedikit warna hijau. Bahagian ke3 letak pewarna hijau+kuning secukupnya.

  7. 7

    Sapu bawah loyang 8×8×4 dengan marjerin & alas dengan baking paper. Panaskan oven selama 10 minit suhu 180C. Lapisan pertama bakar guna api atas dan bawah. Buat 4 lapisan untuk lapisan hijau terang. Lapisan kedua & terakhir bakar guna api atas sahaja. Bakar selama 8 minit suhu 150C.

  8. 8

    Tuang pula lapisan hijau muda. Bakar sehingga masak.

  9. 9

    Sambung melapis untuk adunan hijau+kuning. Tabur sedikit caramel chocolate chips pada lapisan ini. Tabur berselang seli. Bukan setiap lapisan hijau+kuning. Buat sehingga habis lapisan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen )
pada
Aku lebih suka mem'baking' dari memasak... Sebabnya kalau baking dah ada sukatan. Kalau memasak banyak pakai term secukupnya, agak-agak, sesedap rasa... Haaa... Aku dah mula pening....
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Komen

Resipi Sepertinya