Foccacia Citarasa Malaysia

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

25k Cooksnap Marathon 📸

Cooksnap daripada cookpader @Gynainspring83 Saya guna tepung gandum biasa jer sebab tu jer tepung yang ada kat dapur. Bahan topping nya saya tukar ke citarasa Malaysia. Roti Foccacia ni memang sedap apabila dimakan ketika masih panas, rangup di luar, lembut di dalam. Apabila sejuk rasa sedikit liat tapi saya suka rasa nya. Roti ni makan seketul dua pun dah rasa kenyang.

#25kCooksnapMarathon
#MingguKelima (28 Julai - 03 Ogos) 📸 🥘🍹 🏁🏅🎉

Foccacia Citarasa Malaysia

25k Cooksnap Marathon 📸

Cooksnap daripada cookpader @Gynainspring83 Saya guna tepung gandum biasa jer sebab tu jer tepung yang ada kat dapur. Bahan topping nya saya tukar ke citarasa Malaysia. Roti Foccacia ni memang sedap apabila dimakan ketika masih panas, rangup di luar, lembut di dalam. Apabila sejuk rasa sedikit liat tapi saya suka rasa nya. Roti ni makan seketul dua pun dah rasa kenyang.

#25kCooksnapMarathon
#MingguKelima (28 Julai - 03 Ogos) 📸 🥘🍹 🏁🏅🎉

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
3-4 orang
  1. 300 gmtepung gandum biasa jer sebab tu jer yang ada (saya guna cap Ros)
  2. 1/2 sudu kecilyis kering
  3. 3/4 sudu kecilgaram pink himalaya
  4. 200 mlair suam
  5. Topping
  6. 2 sudu besarminyak sapi
  7. 2 bijibawang merah (dihiris)
  8. 2 ulasbawang putih (dihiris)
  9. Sedikitbiji jintan putih (optional)
  10. 1 tangkaidaun kari muda
  11. 1 sudu besarserbuk kari daging/ayam
  12. 1 bijicili padi merah (dipotong)
  13. SedikitMaldon sea salt flakes

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Dalam satu cawan, campurkan yis dan air. Gaul sebati dan biarkan sehingga yis berbuih. (step ni sepatut nya resipi asal tetapi saya terlupa step ni. Ya ampun 🙏) Saya satukan tepung gandum, garam dan yis kering dalam mangkuk adunan. Kacau rata, tuangkan air suam dan kacau guna senduk kayu. Kemudian uli hingga menjadi doh.

  2. 2

    Oleskan minyak zaitun di sekeliling mangkuk, letakkan doh di dalam mangkuk itu dan tutup dengan menggunakan plastic wrapping. Rehatkan selama 1 jam atau sehingga doh mengembang 2 kali ganda.

  3. 3

    Sementara itu sediakan bahan topping dahulu. Panaskan minyak sapi dan tumis bawang merah, bawang putih, biji jintan putih dan daun kari. Kacau hingga naik bau. Masukkan serbuk kari dan kacau rata. Biarkan seketika dan tutupkan api.

  4. 4

    Sejukkan bahan topping. Panaskan oven mengikut suhu 220'c (ikut oven masing-masing). Lapikkan loyang dengan baking paper/parchment paper. Keluarkan doh dari mangkuk. Dengan perlahan-lahan, bentukkan doh leper (flat) seperti doh pizza.Tidak perlu diuli kerana kita tidak mahu merosakkan bubble yang ada pada doh. Dengan menggunakan jari kedua-dua tangan anda, cucuk perlahan atas doh supaya berbentuk seperti lubang-lubang dan berlekuk. Tuangkan dan sapu rata bahan topping di atas permukaan doh.

  5. 5

    Bakar selama 30 minit atau hingga keperangan. Setelah selesai dibakar, angkat roti dan sejukkan di atas cooling rack. Tabur garam kasar laut di atas nya. Potong dan boleh lah dihidangkan. Saya tak menyabar, masih panas-panas lagi terus saya potong. Nikmat nya dapat makan ketika masih panas.

  6. 6

    Simpan di sini E-Cert dan E-Medal 25k Cooksnap Marathon.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya