Laksa utara

5 orang bercadang membuatnya
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2 kgikan kembung
  2. 2 batangbunga kantan - dipotong dua
  3. 3 ikatdaun kesum
  4. 3 sdbcili kering blend
  5. 20 kepingasam gelugor
  6. 20 gmbelacan
  7. garam & serbuk perasa
  8. BAHAN ULAMAN :-
  9. 1 labubawang besar
  10. salad
  11. 1 btgtimun
  12. 3 bijitelur rebus
  13. 3 bijilimau kasturi
  14. pekLaksa sediakan seperti arahan di

Cara Memasak

  1. 1

    Bersihkan ikan, masukkan dalam periuk besar bersama 10 keping asam gelugor. Isi air hingga menutupi ikan & rebus hingga ikan lembut

  2. 2

    Bawa keluar ikan & tunggu sejuk, air rebusan jgn dibuang biarkan dlm periuk. Asingkan isi ikan dr tulang kemudian blend isi hingga hancur. ketepikan isi ikan yang telah di blend. blend tulang dengan air rebusan ikan tadi, tapis dan ambik air tulang tadi. ulang la 3 kali.. kalau arwah nenek saya dia buat sampai tulang ikan tu jadi jernih. saya tak kuasa la 😂

  3. 3

    Masukkan isi ikan yg dah di blend dengan air tulang tadi dalam periuk yang sama guna rebus ikan tadi. Masukkan bunga kantan,asam keping,daun kesum,cili giling,cili padi dan belacan. Masak dengan api sederhana,biarkan mendidih dan sentiasa panas.

  4. 4

    Bila kuah terlalu pekat, tambahkan air supaya kuah laksa jgn terlalu cair dan jgn terlalu pekat. Masukkan garam & serbuk perasa.

  5. 5

    Bawang besar, salad, timun, cili besar dimayang halus. Telur dan limau kasturi dipotong dua.

  6. 6

    Masukkan laksa dalam mangkuk dan taburkan bahan2 ulam dan siramkan kuah laksa semasa tgh panas. Siap utk dimakan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Ariey Rieyna
Ariey Rieyna @Ariey93
pada

Komen

Resipi Sepertinya