Pasta Turki (Anna Paul Turkish Pasta)

Alia Ali
Alia Ali @alia_ali
Subang Jaya, Selangor.

Hari tu, asyik lalu lalang, vtt pasta ini. Sedap tau rasanya, jadi favorite anak solehah.

Pasta Turki ini saya ambil inspirasi daripada resepi Anna Paul Turkish Pasta di Tik Tok.

Ada perubahan saya buat berbeza dengan resepi asal:

Saya guna pasta spiral, berbeza dengan resepi asal yang guna pasta bow tie.

Saya guna daging burger, tomato dengan rempah spaghetti bolognese, manakala resepi asal guna daging cincang dan juga serbuk kari.

Saya guna marjerin, berbeza dengan resepi asal yang guna campuran mentega dan serbuk paprika.

Lepas tu, resepi asal guna daun Italian Parsley (flat leaf parsley) , berbanding daun parsley yang saya guna iaitu English Parsley (curly parsley).

Sedap sangat sebab rasa:

✅ Refreshing
✅ Boleh tambah bahan ikut selera masing-masing
✅ Tak berminyak atau berlemak sangat

4. Pasta
10. Tomato

#CookpadApron2025
#CA2025
#Week21

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
4 orang
  1. Bahan-bahan untuk masak pasta:
  2. 1/2 pekpasta spiral (lebih kurang 200 gram)
  3. 1 mangkukbesar air
  4. 1 sudu besarminyak masak
  5. 1/2 sudu tehgaram
  6. Bahan-bahan untuk masak daging:
  7. 4 kepingburger daging
  8. 1 bijibawang Holland (hiris)
  9. 4 bijibawang putih (hiris)
  10. 1/2 sudu tehserbuk lada hitam
  11. 1 bijitomato (hiris)
  12. 1/2 sudu tehchilli coarse
  13. 1/4 sudu tehserbuk spaghetti bolognese herb blend (campuran basil dan oregano)
  14. 1/2 sudu tehgaram
  15. Bahan-bahan untuk buat 2 jenis sos:
  16. 1/2 bekasGreek yogurt (+/-70gm)
  17. 1/2 sudu tehgaram
  18. 4 bijibawang putih (cincang)
  19. 3 sudu besarmarjerin
  20. 1/4 sudu tehchilli coarse
  21. Bahan-bahan hiasan:
  22. 1 bijitomato (cincang)
  23. 1 pokokkecil parsley (buang batang dan hiris daunnya)

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Cara masak pasta:

  2. 2

    Panaskan air di dalam periuk. Masukkan minyak masak dan garam.
    Air dah mendidih, masukkan pasta spiral.
    Pasta spiral dah masak, angkat dan toskan.

  3. 3

    Cara masak daging:

  4. 4

    Panaskan kuali.
    Masukkan burger daging dan terbalik-balikkan sehingga masak.
    Cincang burger dengan sudip.
    Masukkan bawang holland, bawang putih dan tomato.
    Kacau.

  5. 5

    Masukkan spaghetti Bolognese herbs, serbuk lada hitam, chilli coarse dan garam.
    Hidangkan dalam satu mangkuk.

  6. 6

    Cara sediakan dua sos:

  7. 7

    Masukkan marjerin ke dalam mangkuk lain.
    Panaskan marjerin dalam microwave selama 30 saat atau sehingga marjerin cair.
    Letakkan sedikit chilli coarse dan kacau.

    Masukkan Greek Yogurt ke dalam satu mangkuk.
    Kacau Greek yogurt dengan garam dan bawang putih.

  8. 8

    Cara hidangan:

  9. 9

    Hidangkan pasta ke dalam mangkuk.
    Kemudian, letakkan sos Greek Yogurt, sos marjerin cair, daging, tomato dan parsley.

  10. 10

    Jemput makan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Alia Ali
Alia Ali @alia_ali
pada
Subang Jaya, Selangor.

Komen (6)

Rozita Jaafar Sekdek
Rozita Jaafar Sekdek @Rozita
Oooh boleh try. Lain daripada yang lain!

Resipi Sepertinya