Mango float ice cream#pinkboxcereal

Dapur Eyra
Dapur Eyra @cook_16613722

resepi ni lebih kurang mcm kita buat ice cream,sedap dimakan sejuk-sejuk sesuai dijadikan desert untuk santai-santai...cubalahh!!

Nota: Mango float ini mudah cair ya, macam ais krim. Jadi, tak boleh terbiar lama dalam dalam suhu bilik. Masa nak makan baru keluarkan dan hidang..

Mango float ice cream#pinkboxcereal

resepi ni lebih kurang mcm kita buat ice cream,sedap dimakan sejuk-sejuk sesuai dijadikan desert untuk santai-santai...cubalahh!!

Nota: Mango float ini mudah cair ya, macam ais krim. Jadi, tak boleh terbiar lama dalam dalam suhu bilik. Masa nak makan baru keluarkan dan hidang..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

20minit
5-6orang
  1. 1 cawanwhipping cream non dairy
  2. 1/2 tinsusu pekat manis (nak manis letak lebih)
  3. 200 gmcream cheese
  4. 1/2peket biskut jacobs weetameal
  5. 4biji mangga (dihiris memanjang)
  6. 2 kepingbiskut jacobs (hancurkan)
  7. Loyang segi 4 tepat atau bekas yang bersesuaian
  8. Aluminium foil
  9. Susu segar/kotak (untuk rendam biskut bagi lembut)

Cara Memasak

20minit
  1. 1

    Sediakan bahan-bahan yang diperlukan...

  2. 2

    Putar whipping cream hingga pekat, masukkan cream cheese dan susu pekat manis dan putar lagi. Kalau tak ada mixer, boleh juga guna blender. Tunggu hingga kembang dan sebati.

  3. 3

    Dah siap ketepikan,sementara itu balutkan loyang dengan aluminium foil. Nak gunakan bekas lain tanpa aluminium foil pun boleh.
    Rendam biskut dalam susu segar kemudian masukkan kepingan biskut didalam loyang

  4. 4

    Masukkan adunan cream cheese dan ratakan.
    Kemudian aturkan hirisan mangga diatasnya. Ulang langkah sehingga habis.

  5. 5

    Untuk lapisan atas, selepas cream cheese diratakan, tabur biskut jacobs yang telah dihancurkan. Baki hirisan mangga dihiris dadu dan ditaburkan diatas bahan tadi.

  6. 6

    Beginilah hasilnya...
    Akhir sekali, sejukkan di dalam freezer selama sekurang-kurangnya 3 jam, lagi lama lagi bagus,dan selepas itu mango float bolehlah dihidangkan.
    Inilah rupanya selepas dikeluarkan dari freezer dan dipotong-potong. Terliur kan?

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Dapur Eyra
Dapur Eyra @cook_16613722
pada

Komen

Resipi Sepertinya