Kuih nona manis (kuih tradisi)

Hazila Baharudin
Hazila Baharudin @cook_16469801
KUANTAN PAHANG

Asalnya resipi google. Di praktiskan sampai jadi cantik dan sumber rezeki

Kuih nona manis (kuih tradisi)

Asalnya resipi google. Di praktiskan sampai jadi cantik dan sumber rezeki

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30biji
  1. bahan a
  2. 1/2 cawangula castor
  3. 1 bijitelur gred A
  4. 1 cawansantan
  5. 1 cawantepung gandum
  6. bahan b
  7. 1/2 cawansantan pekat (sy guna santan kotak jenama kara)
  8. 1/2 cawanair pandan
  9. 1/4tepung jagung
  10. Secubitgaram
  11. Sedikitpewarna hijau
  12. inti
  13. 1 cawansantan pekat
  14. 1 sudu besartepung gandum
  15. 1/2 sudu kecilgaram

Cara Memasak

  1. 1

    Cara Penyediaan Bahan A
    Kisar semua bahan A sehingga kembang dan sebati

  2. 2

    Cara Penyediaan Bahagian B (Warna Hijau)
    Ambil 6 helai daun pandan dan kisar bersama setengah cawan air. Kemudian tapiskan.Campurkan air pandan tadi bersama dengan gula, santan, tepung jagung, garam, dan pewarna hijau.Kacau sehingga tiada tepung yang berketul.Kemudian masak campuran ini sehingga kelihatan berkilat.Satukan Adunan Bahan A dan Bahagian B (Warna Hijau)

  3. 3

    Cara Penyediaan Bahan Inti
    Satukan kesemua bahan inti dan masakkan sehingga menjadi likat.Apabila sudah masak, biarkan suam kemudian masukkan ke dalam piping bag(saya guna botol sos)

  4. 4

    Cara Penyediaan Kuih Nona Manis Secara Keseluruhan
    Sediakan periuk kukus dan kukus air sehingga periuk panas.Sebelum tu sapukan minyak ke dalam acuan supaya kuih tidak lekat.Tuangkan Adunan yang berwarna hijau tadi memenuhi 3/4 acuan kuih lompang.Masukkan adunan untuk inti yang telah dimasukkan ke dalam piping bag (saya guna botol sos)tadi ditengah-tengah acuan.

  5. 5

    Balut tutup periuk kukus dengan kain supaya air tidak menitik. Kukus 7-8minit sahaja. Dah siap kukus biarkan sejuk. Baru keluarkan dari acuan. SELAMAT MENCUBA.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Hazila Baharudin
Hazila Baharudin @cook_16469801
pada
KUANTAN PAHANG
asalnya suka makan. pastu mencuba resipi google menjadi akhirnya jadi punca rezeki.
Baca lagi

Komen (6)

Hanisah Abdul Latif
Hanisah Abdul Latif @NisaLatif71
Assalam sis..mcmana nak letak inti ni elok2 kat tengah ye..mcm yg sis buat tu

Resipi Sepertinya