Cendawan hitam masak sos tiram bersama ayam#fayekusairi

Dapur Eyra
Dapur Eyra @cook_16613722

Kalau nak tahu cendawan hitam ni,susah nak dapat,ada antara pasaraya yg terpilih je yg jual,tak semua pasaraya ada.Cendawan ni asalnya kering kalau nak masak kita kena rendam sekejap dalam air biasa dan dia akan mengembang.Kebiasaannya cendawan hitam ni sangat familiar dengan orang kaum cina mereka,.mereka gemar memasak cendawan ni dengan pelbagai resepi,tapi...sapa cakap orang melayu pun tak pandai masakkan?jom kita pun cuba buat,mudah dan sedap tau....

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 3-4ketul ayam mentah
  2. segenggam cendawan hitam
  3. 3-4 ulasbawang putih
  4. 1sudu tepung jagung dibancuh
  5. 2-3sudu sos tiram
  6. 4-5biji cili kering ikut kepedasan
  7. kiub ayam
  8. 1biji bawang merah potong bulat
  9. 1sudu kecil serbuk lada hitam

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan yang diperlukan..

  2. 2

    Tumis bawang putih,cili kering yg dipotong-potong sehingga kekuninggan.Kemudian masukkan ayam yg dipotong kecil-kecil, biarkan ayam kecut sedikit barulah masukkan kiub ayam.

  3. 3

    Kemudian masukkan sos tiram,cendawan hitam dan bancuhan air tepung jagung untuk memekatkan kuah..

  4. 4

    Akhir sekali bolehla ditaburkan dengan bawang potong dan sedia dihadangkan dengan nasi.panas-panas...uummmhhhh sedapnya!!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Dapur Eyra
Dapur Eyra @cook_16613722
pada

Komen

Resipi Sepertinya