Masak lemak cendawan kukur bersama terung telunjuk#fayeKusairi

Ila Dila
Ila Dila @cook_16418313
Seremban N.sembilan

Saya juga penjual kulat sisir organik menu mestilah masak lemak cendawan kukur. Kulat sisir organik senang nak memasaknya kerana ia bersih, mudah dan sedap, tak seperti kulat sisir liar.. dimana proses membersihnya mengambil masa . 😂 kali ni masak lemak juga , biasalah orang negeri sembilan 🙈nasib suami pun suka . Kali ini saya masak lemak cendawan kukur dengan terung telunjuk sangat enak dimasak dengan cendawan kukur kerana rasa terung lemak 😋. Suami pulak bawa balik petai dari kebun bolehla rebus atau bakar makan dengan masak lemak cendawan sedapnye. Keenakkan masak lemak bergantung pada santan yg kita pakai 😉 & resepi masak lemak negeri sembilan tak letak bawang.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

15minit
2@3 hidangan
  1. 100 gcendawan kukur
  2. 1 batangserai
  3. 1/2genggam ikan bilis
  4. 8biji cili padi yg di tumbuk(ikut kepedasan)
  5. 250 gsantan (1 biji kelapa)
  6. Terung telunjuk(jika suka)
  7. Garam dan gula secukupnya
  8. 2 kepingasam keping
  9. 1/2sudu kecil kunyit serbuk (kunyit hidup lg sedap)

Cara Memasak

15minit
  1. 1

    Sediakan bahan bahan.Masukkan santan cili api kunyit dan serai, Serta asam keping. Setelah itu masukan cendawan(yang telah dicuci dan di rendam).

  2. 2

    Kemudian masukkan ikan bilis, kacau biarkan ia mengelelegak sebentar.Akhir sekali masukkan terung telunjuk dan masaklah ia sehingga masak.

  3. 3

    Selamat menikmati

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Ila Dila
Ila Dila @cook_16418313
pada
Seremban N.sembilan

Komen (3)

Cempaka Putih
Cempaka Putih @ticer_cem
Sedapnyer ila. Sini x der la plak cendawan kukur

Resipi Sepertinya