Masak Lemak Cili api Batang Keladi #phopbylinimohd

NurAini Razi @cook_16765119
Menu ringkas dari Sayur keladi yang diolah menjadi satu resepi yang menyelerakan bagi penggemar masakan kampung
Masak Lemak Cili api Batang Keladi #phopbylinimohd
Menu ringkas dari Sayur keladi yang diolah menjadi satu resepi yang menyelerakan bagi penggemar masakan kampung
Cara Memasak
- 1
Masukkan ke dalam periuk batang keladi yang telah direbus terlebih dahulu.Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar seperti bawang merah,serai,kunyit hidup dan cili padi.Masak dalam api yang sederhana.
- 2
Setelah menggelegak sedikit masukkaan santan, asam keping dan perasakan dengan garam...masak sehingga menggelegak.
Resipi Sepertinya
-
Asam Pedas Rebus Keladi Asam Pedas Rebus Keladi
Masakan keladi sangat digemari oleh kebanyakan orang. Batang Dan ubinya sangat sedap apabila dibuat sayur. Teksturnya Yang kenyal Dan lembut membuatkan penggemar keladi tidak pernah jemu untuk memakannya. Normie Amin -
Masak Lemak Cili Api Sayur Keladi Masak Lemak Cili Api Sayur Keladi
Resipi lama dalam galeri fon.Cooksnap daripada adik @cook_16765119Sayur favourite saya dan suami. Selalu masak asam rebus. Jarang masak lemak kerana suami saya kurang gemar. Kalau masak lemak terpaksa buat yang kurang sikit santan nya sebab perut dia alah pada santan. Sedap nya dimakan dengan nasi putih, gandingkan bersama ikan masin goreng dan sambal belacan serta ulam-ulaman. Dapur Yusfarisyia -
Masak Lemak Cili Padi Siput Sedut dan Keladi Masak Lemak Cili Padi Siput Sedut dan Keladi
#goldenapron2020#minggu26Ramai sebenarnya yang suka makan siput sedut ni, tapi malas nak sediakan sebab proses mencuci siput ni agak renyah. Hujung siput pula perlu dipotong dengan betul supaya isi siput senang disedut. Salah potong memang sampai kesudah le isi siput tak.keluar-keluar. Pernah tengok kat FB ada pelanggan kedai makan merungut bila siput yang disediakan, tak dipotong hujungnya. Memang seksa la nak menyedutnya.Lagi satu, kalau beli siput ni kena simpan elok-elok dalam bekas yang mempunyai pengaliran udara yang baik dan penutup bekas tu pulak ditutup rapat dan diletak pemberat. Saya letak lesung batu je. Kalau tak tutup rapat, esok pagi tinggal bekas kosong je. Semua siput keluar dari bekas dan merayap satu rumah. Tak pasal-pasal pulak nak kena cari dan kutip siput merata-rata.Ronda-ronda kat pasar pagi ni jumpa siput sedut. Dah lama tak makan. Beli 2 kg. Pastu ambik keladi kat rumah mak. Maka bersatulah siput sedut dan keladi ni di dalam periuk. Rose Nani Nizah Nayan -
Ikan Parang Masak Lemak Cekur Ikan Parang Masak Lemak Cekur
Hujan lebat diluar, perkarangan rumah sudah dinaiki sedikit air. Fikiranku terus menjalar ke peristiwa banjir teruk di Chaah beberapa tahun yang lalu. Kesian atok-atok yang rumahnya di tenggelami air kerana sudah banyak hari air tak surut-surut.Dari banjir, terkenang pula masakan orang Jawa yang sedap ni. Dulu seronok juga balik kampung sebab dapat rasa masakan Jawa dari nenek. Salah satunya Ikan Masak Lemak Cekur. Cekur ini nama sejenis tumbuhan, senang hidup. Kebetulan Yani ada tanam cekur di dalam pasu, bolehlah Yani masak masakan nostalgia ini. Jika tiada cekur, rasa masakan orang Jawa ini hilang. Ia akan jadi macam masak lemak biasa.Jom ikut resepi yang Yani masak ini.😃 Nur Azliani Amer -
Gulai tempoyak keladi Gulai tempoyak keladi
#phopxcookpad2020 Bila masak sayur keladi pastinya saya akan teringat arwah nenek.inilah menu kegemaran dia.Berbandiang dengan asam pedas,nenek lebih suka makan sayur keladi yg dimasak tempoyak. Lily Suryani Mohd Ali -
👩🍳Lala Masak Lemak Cili Api🌶 👩🍳Lala Masak Lemak Cili Api🌶
Lama juga tak memasak lala. Alhamdulillah hari ini dapat bekalan lala yang berisi padat; mesti lala grade A😂.Sungguh sedap masak lemak cili api inspirasi resipi yatie kitchen dari buku resipi keluaran beliau. Memang menjadi habis💪🥰. Jom cuba. Mahadiah -
Asam Pedas Keladi Asam Pedas Keladi
#goldenapron2020Favourite kami sekeluarga. Lama mencari keladi ni. Bila dah jumpa memang terus beli. Henny Suhaina -
Gulai Keladi Gulai Keladi
#goldenapron2020#week15Gulai Keladi atau Masak Lemak Keladi cili api campur tempoyak, sis dibesarkan dengan lauk2 kg yang ternyata amat sedap dan tak jemu dimakan. 😘😊 Nur Nadiah -
Masak Lemak Cili Api ketam dengan Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Api ketam dengan Pucuk Ubi
Resepi dari ibu saya, sukatan semua ikut citarasa sendiri Fatin Khairunnisa -
Tumis Asam Batang Keladi Tumis Asam Batang Keladi
#goldenapron #minggu11.Dulu sebelum kawen tak suka pun makan asam keladi ni. Tak tau kenapa sekarang suka pulak.Mungkin faktor usia😂. Asal balik kampung je mesti suruh mak ambilkan keladi kat tepi rumah tu. Daun kesum pon kutip je kat kg tu.Makan pon tak sedar bertambah nasi. Asz Haniey -
Asam Tempoyak Sardin Batang Keladi Asam Tempoyak Sardin Batang Keladi
Keladi ratah atau keladi lambuk, sedap dibuat ulam atau sayur, kali ni chik Ha masak asam tempoyak campur dgn sardin... Faziha Mohd Ali -
Lemak siput sedut batang keladi #kchup Lemak siput sedut batang keladi #kchup
Menu rare susah nak jumpa sekarang. Nak dapat siput sedut dengan batang keladi pun susah sekarang geng. Tapi kalau dah dapat. Fuhh padu ni geng. Izzatdin Ismail
Lebih Banyak Resipi
https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/8543485
Komen