Focaccia Bread #RayaHiTea #Selangor

Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
Subang Jaya

Focaccia adalah roti kegemaran saya.Bau rosemarry yang harum menusuk ke hidung membuatkan saya asik mengunyah roti ni.Sampai penat rahang mengunyah roti ni sebab teksturnya liat apabila sejuk tapi kalau dihidang ketika panas,tak usah dicerita.Laju sahaja tangan mengambil dan masukkan terus ke mulut.
Simpan sajalah angan-angan nak kurus.😂

Focaccia Bread #RayaHiTea #Selangor

Focaccia adalah roti kegemaran saya.Bau rosemarry yang harum menusuk ke hidung membuatkan saya asik mengunyah roti ni.Sampai penat rahang mengunyah roti ni sebab teksturnya liat apabila sejuk tapi kalau dihidang ketika panas,tak usah dicerita.Laju sahaja tangan mengambil dan masukkan terus ke mulut.
Simpan sajalah angan-angan nak kurus.😂

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 300 gramtepung roti
  2. 1/2sudu kecil yis (mauripan)
  3. 3/4sudu kecil garam halus
  4. 200 mlair suam
  5. (Topping)
  6. 4-5sudu besar minyak olive
  7. 5-6biji tomato ceri (dipotong 2)
  8. 1-2tangkai daun rosemarry
  9. 1biji bawang besar (di mayang)
  10. Garam kasar (untuk tabur)

Cara Memasak

  1. 1

    Dalam satu cawan.Campurkan yis dan air.Gaul sebati dan biarkan sehingga yis berbuih.

  2. 2

    Dalam satu mangkuk yang lain.Campurkan tepung dan garam.Kemudian campurkan pula yis yang sudah berbuih tadi kedalam mangkuk tepung.Gaul menggunakan senduk kayu sehingga sebati kemudian uli adunan diatas permukaan yang rata dan ditabur tepung.Uli doh sekadar sebati dan bentukkan menjadi bulat.

  3. 3

    Oleskan minyak olive dikeliling mangkuk,letakkan doh di dalam mangkuk itu dan tutup dengan menggunakan plastic wrapping.Rehatkan selama 1 jam atau sehingga doh mengembang 2 kali ganda.

  4. 4

    Panaskan oven mengikut suhu masing-masing.Lapikkan loyang dengan baking paper

  5. 5

    Keluarkan doh dari mangkuk.Dengan perlahan-lahan,bentukkan doh leper (flat)seperti doh pizza.Tidak perlu di uli kerana kita tidak mahu merosakkan bubble yang ada pada doh.

  6. 6

    Dengan menggunakan jari kedua-dua tangan anda,cucuk perlahan atas doh supaya berbentuk seperti lubang-lubang dan berlekuk.Tuangkan rata minyak olive diatas permukaan doh kemudian susun Topping.

  7. 7

    Bakar selama 30minit hingga keperangan.Setelah selesai dibakar,taburkan sedikit garam kasar.

  8. 8

    Sedia di hidang 😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
pada
Subang Jaya
🇲🇾
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya