Ayam Percik Utara

77/2022/RoadtoWorldRecipes/1195
❤️Berbuka Ala UTARA❤️
Walapun cabaran ni telah lama berlalu pergi, tapi hakak teruskan sahaja upload resipi 😅 Masa cabaran ni berlangsung minggu lalu, memang jadual agak padat. Masak tu sempat je. Nak duduk taip resipi tu sedikit mencabar. Tu tak dan upload resipi tu. Tak pela yer.. lambat pun tak pe. janji upload juga 🤭
.
Resipi ni inspirasi daripada Sis Hawa Blog. Hakak follow jela resipi dia. Cuma part membakar tu, hakak guna kuali je. Resipi asal guna arang. Biasanya ayam percik ni bakar guna arang lagi sedap dan harum baunya. Tapi nak buat macam mana, mampu bakar atas dapur dalam kuali je (sebab ketika masak ni hujan tengah lebat). jadi kita indoor aja ya buk 😬
.
Jika dilihat beza antara Ayam Percik Utara dengan dengan Ayam Percik Pantai Timur adalah dari segi warna iaitu ia berwarna merah berbanding Pantai Timur yang berwarna putih. Tapi bagi hakak dua-dua pun sedap. Setiap satu punyai kelebihan rasa tersendiri 😋

Cara Memasak
- 1
Bahan Ayam :
Peha ayam direbus sehingga empuk. Kemudian digaul garam dan serbuk kunyit. Perapkan seketika. - 2
Bahan Kuah :
Bawang merah, bawang putih, halia, serai, cili kisar, serbuk kunyit dan air rebusan ayam dimasukkan ke dalam mesin pengisar. Kisar halus. Kemudian panaskan minyak masak dan tumis sehingga naik bau. - 3
Masukkan santan, gula nise, gula perang dan garam. Kacau sebati dan didihkan seketika. Tutup api.
- 4
Resipi asal bakar guna arang, hakak guna periuk sahaja. Bakar sehingga kedua-dua permukaan peha ayam garing.
- 5
Kemudian letak sedikit demi sedikit kuah percik tersebut. Teruskan bakar sehingga sebati rasa ayam dengan kuah. Kemudian tutup api.
- 6
Sedia untuk dihidangkan.
- 7
Selamat mencuba ☺️
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen