👩🍳Ikan Bawal Tiga Rasa

Cookpad Apron Challenge 2026: Week 11
Tema Minggu 11: Masak Ikan Jom!
Ikan bawal hitam sedap dimasak Tiga Rasa. Lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng garing, kemudian dicurah sos tigarasa, memang sedap!
👩🍳Ikan Bawal Tiga Rasa
Cookpad Apron Challenge 2026: Week 11
Tema Minggu 11: Masak Ikan Jom!
Ikan bawal hitam sedap dimasak Tiga Rasa. Lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng garing, kemudian dicurah sos tigarasa, memang sedap!
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan.
- 2
Buat beberapa kelar badan ikan. Lumur ikan dengan garam dan kunyit. Ketepikan. Panaskan minyak masak. Goreng ikan hingga garing.
Semasa menggoreng, curah-curahkan minyak diatas ikan. - 3
Angkat ikan bila kedua-dua belah sudah garing/ keperangan. Tos minyak dan letak atas pinggan sesuai. Ketepikan.
- 4
Panaskan sedikit baki minyak ikan goreng tadi. Tumis halia dan bawang-bawang sampai naik bau.
Masukkan cili kisar. Goreng cili hingga pecah minyak.
- 5
Masukkan sos tiga rasa dan sos tiram. Jika kuahnya pekat, boleh tambahkan sedikit air. Tunggu mendidih.
Masukkan sayur campur, cili merah dan tomato. Gaul rata. Bila sayur sudah masak, sesuaikan rasa dengan tambahan garam dan gula secukupnya. Kacau rata. Tutup api.
- 6
Tuang sos ke atas ikan yang digoreng tadi. Tabur daun bawang.
Sedia untuk dinikmati
Carian Teratas bagi
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi


















Komen