
Challenge ini telah tamat
Countdown to 7! 🥳🎫
.
Sempena menyambut ulang tahun Cookpad Malaysia yang ke-7 pada 1 Februari 2026 nanti, minmin nak bagi hadiah istimewa pada semua Cookpaders yang masih setia bersama Cookpad! 🎉🎊
.
Hantar hanya SATU (1) resipi setiap minggu selama 4 minggu berturut-turut, dan dapatkan 3 x PASS PONTENG 🎫🎫🎫 yang korang boleh gunakan untuk Cookpad Global Challenge tahun ni.
.
Satu Pass Ponteng korang boleh gunakan untuk cuti satu minggu Global Challenge 2026 tanpa perlu buat PlayOff. Jadi kalau korang berjaya hantar satu resipi setiap minggu sepanjang bulan ni, korang akan dapat 3 Pass Ponteng yang korang boleh gunakan untuk cuti selama 3 minggu! Best tak? Best kheeennnzzz!
.
Kalau tercicir hantar resipi seminggu macam mana? Kalau tercicir tak dapat ler Pass Ponteng. Korang nganga je ler tengok kengkawan yang lain claim pass memasing esok. Kena hantar resipi untuk kesemua 4 minggu bulan ni untuk claim Pass Ponteng korang. Tercicir walau satu minggu sekali pun, tak dapat langsung Pass Ponteng. Sebarang resipi makanan dan minuman diterima!
.
Jom korang! Kita countdown sama-sama ke anniversary ke-7 Cookpad Malaysia sesambil kumpul pass untuk kesenangan masa hadapan! 💪💪💪
.
🔸 Korang boleh hantar seberapa banyak resipi yang korang nak, nak hantar 100 pun boleh.
🔸 Gambar-gambar yang korang guna mesti la korang punya - jangan curi orang lain punya tau.
🔸 Kalau korang nak share link resipi korang kat IG atau FB boleh je tak sapa marah. Yang kita orang marah kalau curi gambar orang lain.
🔸 Kalau korang curi jugak, kita orang akan delete atau sembunyikan resipi korang. Haaa kalau resipi korang hilang 🎵 ha ha tak tau 🎶
🔸 Resipi korang semua kekal tersimpan dengan selamat dalam Cookpad walaupun challenge dah habis.
🔸 Walaupun korang tak boleh guna gambar orang lain, tapi kita orang boleh guna gambar korang untuk tujuan promosi atau mana-mana aktiviti Cookpad eh. Jangan terkejut pulak kalau jumpa gambar korang dalam newsletter, blog atau banner Cookpad.



































