
Misi Rasa Malaysia 🇲🇾
Korang tahu tak, Malaysia ni kaya betul dengan variasi masakan ikut negeri dan kaum..
Apa yang biasa kat kampung korang, boleh jadi sesuatu yang baru dan asing kat negeri sebelah pulak. Sedapnya masakan Malaysia ni sebab pelbagai. Dari Utara ke Selatan, dari Semenanjung sampai ke Sabah dan Sarawak, semua ada citarasa istimewa masing-masing.
Untuk Misi Rasa Malaysia kali ni, korang kena keluar dari zon selesa korang sikit:
❶ Cari kat Cookpad resipi masakan/minuman dari negeri atau kaum yang BUKAN asal korang. Contohnya korang orang Selangor, cari resipi Laksa Sarawak. Kalau korang orang Sabah, boleh try resipi Nasi Kerabu Kelantan atau Asam Pedas Melaka pulak. Yang penting, kena luar dari negeri korang sendiri!
❷ Cooksnap dan cuba masak ikut cara dia, then share pengalaman korang, apa yang best, apa yang mencabar, dan macam mana rasanya berbanding masakan korang sendiri.
❸ Post resipi tu, jangan lupa mention resipi asal & author tu ye, sebagai tanda hormat dekat empunya resipi asal 🧡 juga guna hashtag #MisiRasaMalaysia kat cerita resipi
Jom kita jelajah rasa Malaysia sekali ni, satu negeri, satu masa!
Selamat memasak dan Selamat Hari Malaysia yang ke-63! 🧡🌺🇲🇾
Terma & Syarat
1. Resipi mestilah menggunakan foto milik anda sendiri (dilarang menggunakan foto resipi orang lain)
2. Resipi yang dikongsi boleh disiarkan di media sosial Cookpad
3. Resipi tidak boleh digabungkan dengan #CookpadApron2026
3. Resipi yang diterbitkan di luar tempoh Challenge tidak akan dikira sebagai penyertaan
Tempoh Challenge: 1-30 September 2026





















