Sambal Hijau

Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
Subang Jaya

Hari-hari makan sambal belacan pun jemu.Sesekali cuba tukar selera kepada sambal hijau.Sambal ini sedap dimakan bersama ikan atau ayam yang di goreng garing.Saya memang tidak menggunakan belacan dalam resipi ini.Tetapi kalau anda suka,anda boleh tambah belacan yang sudah dibakar atau digoreng.Sesiapa yang mempunyai alahan pada belacan,resipi ini sangat sesuai untuk anda.
Selamat Mencuba 😘

#kl/selangor #25ogos

Sambal Hijau

6 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 cawancili padi
  2. 1biji cili hijau besar
  3. 1biji bawang merah
  4. 2 ulasbawang putih
  5. Minyak (untuk menggoreng)
  6. 1/2sudu kecil garam
  7. 1/2sudu kecil gula
  8. Secubit Ajinamoto

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan.Buang tangkai cili, basuh dan toskan.Panaskan minyak,goreng cili dan bawang hingga layu.(Jangan lupa tutup ketika menggoreng.Elakkan peperangan ketika memasak).Baki minyak gorengan jangan dibuang.

  2. 2

    Bila cili dan bawang layu,angkat dan masukkan ke dalam layah atau lesung batu.Campurkan garam,gula dan ajinamoto.Gesek atau tumbuk sehingga lumat.Panaskan minyak baki tadi,tuang sesenduk minyak panas ke dalam cili yang sudah digesek atau ditumbuk tadi.Sedia dihidang!!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
pada
Subang Jaya
🇲🇾
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya