Serawa Pulut Durian

#perakpenang #1september #goldenapron #mingguketiga #cookpadpotluck #dutacookpad #5sesi3negeri1memori #CookpadMalaysia #CookpadderPerak
Assalammualaikum semua. Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha pada hari ini, 11 Ogos 2019. ♥️
Musim durian di tempat CN masih ada lagi. Justeru sebagai orang yang 'gilakan' durian, CN dan suami memang takkan lepaskan peluang menikmati durian kampung yang dibeli dari orang kampung di pesisiran jalan.
CN juga buatkan Serawa Pulut Durian yang menjadi kegemaran suami CN. Rasanya memang sedap. Gabungan pulut kukus dan serawa durian sememangnya tepat sekali.
Selamat mencuba ya. ❤️
Nota:
1. Jangan letakkan gula pasir terlalu banyak. Elakkan rasa yang terlalu manis. CN hanya guna sedikit saja gula.
2. Didihkan serawa sehingga pekat dengan api sederhana. Sebaiknya ia dididihkan lama untuk elak basi.
3. Serawa durian juga enak dinikmati bersama roti.
Serawa Pulut Durian
#perakpenang #1september #goldenapron #mingguketiga #cookpadpotluck #dutacookpad #5sesi3negeri1memori #CookpadMalaysia #CookpadderPerak
Assalammualaikum semua. Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha pada hari ini, 11 Ogos 2019. ♥️
Musim durian di tempat CN masih ada lagi. Justeru sebagai orang yang 'gilakan' durian, CN dan suami memang takkan lepaskan peluang menikmati durian kampung yang dibeli dari orang kampung di pesisiran jalan.
CN juga buatkan Serawa Pulut Durian yang menjadi kegemaran suami CN. Rasanya memang sedap. Gabungan pulut kukus dan serawa durian sememangnya tepat sekali.
Selamat mencuba ya. ❤️
Nota:
1. Jangan letakkan gula pasir terlalu banyak. Elakkan rasa yang terlalu manis. CN hanya guna sedikit saja gula.
2. Didihkan serawa sehingga pekat dengan api sederhana. Sebaiknya ia dididihkan lama untuk elak basi.
3. Serawa durian juga enak dinikmati bersama roti.
Cara Memasak
- 1
Bahan-bahan yang perlu disediakan.
- 2
Basuh beras pulut dengan bersih. Rendam selama tiga jam. Setelah itu toskan. Panaskan air di dalam pengukus. Masukkan daun pandan. Letakkan beras pulut dalam pengukus. Sebaiknya alaskan dengan daun pisang. Tetapi CN tiada daun pisang dan letak di dalam loyang anti lekat.
- 3
Kukus pulut selama lebih kurang 15 minit. Keluarkan pulut yang separuh masak, tuangkan santan yang telah dicampur dengan garam. Kaup balikkan pulut. Kukus semula pulut tadi selama lebih kurang 15 minit. Apabila siap masak, keluarkan pulut dari pengukus. Hidangkan di dalam pinggan.
- 4
Untuk membuat Serawa durian pula, masukkan isi durian, daun pandan dan gula melaka ke dalam periuk. Tambahkan air secukupnya.
- 5
Didihkan sehingga gula melaka larut. Masukkan santan pekat dan kacau sebati. Kemudian masukkan sedikit gula pasir. Jangan terlalu manis ya.
- 6
Setelah kuah sebati, masukkan garam dan dikacau rata. Tutup periuk dan biarkan kuah mendidih sekejap. Pastikan api sederhana.
- 7
Akhir sekali, hidangkan kuah serawa durian bersama pulut kukus tadi. Sedia untuk dinikmati.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Serawa Durian & Pulut Kukus Serawa Durian & Pulut Kukus
Bukan selalu dapat makan serawa durian ni. Maklumlah harga durian yang sangat mahal. Tp sebab ank nk sangat, kita sebagai orang tua cuba lah tunaikan juga. Tapi kalau makan macam tu je macam sekejap sangat habis kn. Jadi 1 biji kita buat lah serawa ni. Dapat makan puas sikit. Lepas tu darah tinggi ku naik 🤭😆 ok jom cekidot cara2 saya buat serawa durian ni. ani skmn -
👩🍳Pulut Serawa Durian 👩🍳Pulut Serawa Durian
Serawa durian boleh dimakan begitu saja ataupun dimakan dengan makanan lain seperti roti jala, roti putih, nasi putih dan juga pulut.Saya paling suka makan dengan pulut. Memang ngam habis!Golden Apron 2023 Week11Week 11 (18 hingga 24 September):1. Pisang Raja2. Edamame3. Selada Air4. DURIAN5. Daun Mulberi#GoldenApron23#pejuang2KResipi#Week11#Durian1609/2K Mahadiah -
Serawa Durian Serawa Durian
#goldenapron2020Musim durian hujung-hujung ni anak-anak dah tak termakan durian. Apa-apa menu pun sedap dengan durian ni. Tambah-tambah lagi kalau serawa durian. Serawa durian selalunya disajikan dengan pulut kukus, roti putih atau roti jala. Kali ni kami makan serawa durian dengan roti. Syima Yusof -
Serawa durian Serawa durian
Serawa durian atau pulut durian adalah pulut yang dimakan bersama kuah lemak durian, memang enak disediakan untuk minum petang sambil bersantai bersama keluarga. Atie SweetChocbakeries -
Bebola serawa durian Bebola serawa durian
Musim durian dah start. Orang jual durian merata rata. Beli lebih sedikit nak try buat serawa bebola durian. Mazlina Tarmizi -
Bubur Kacang Durian #DurianRuntuh #PeraduanResipi #CookpadMY Bubur Kacang Durian #DurianRuntuh #PeraduanResipi #CookpadMY
Assalammualaikum ❤️Wah musim durian muncul lagi 😍. Di tempat CN iaitu di Kampar ni, mudah sangat menjumpai orang menjual durian. Ada yang menjual di pasar, ada juga di kaki jalan. Tak kurang juga yang berniaga secara online. Betul-betul laris. 😁CN sebenarnya 'hantu durian'. Menu yang CN paling suka berkaitan durian ialah Tempoyak dan Bubur Kacang Durian. Hahaha... Menu nostalgia yang selalu dimasak oleh Mak Endang iaitu Mak CN. Sedap air tangan Mak. 😋Selalunya kami sekeluarga makan Bubur Kacang Durian sebagai minum petang. Dicicah dengan roti Gardenia dan air kopi O. Jika musim hujan, lagilah syahdu dan sedap rasanya. Hihi.Justeru, kali ini CN kongsikan resipi Bubur Kacang Durian yang paling CN suka untuk sahabat mencubanya.Semoga berjaya! 😉Nota:1. Untuk rasa bubur yang lebih enak, pastikan santan tidak pecah minyak. Ia mesti dikacau selalu dan dididihkan selama lebih kurang lima minit saja.2. Enak juga dicampur sagu mata ikan. Bubur akan menjadi lebih pekat.3. Sebaiknya air gula dimasukkan sedikit demi sedikit dan sesuaikan rasa manisnya dengan isi durian.#CNdidapur #DurianRuntuh #PeraduanResipi #CookpadMalaysia #CookpadMY Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Pulut Durian Pulut Durian
184/2024 (1736/2K)Global Apron Challenge 17: Sukahati#GlobalApron2024Cookpad Magic Pantry List:Durian, santan, gula melakaMIL ada kat rumah. So ajak family belah suami menjamu pulut durian kuah santan putih cara tradisi kebanyakkan keluarga belah Kelantan & Terengganu. Yang penting, pulut durian ni dimakan dengan tangan macam makan nasi 😄.Kalau bubur serawa durian, duriannya dah lebur dalam kuah santan siap. Tapi pulut durian kuah santan ni, kena ada feel kerenyek2 durian tu dengan jari jemari dalam pinggan pulut bersama santan dan gula.Teringat masa mula kawin, Uchu sediakan sudu untuk setiap orang dalam pinggan. Huhuhu..arwah ayah mertua tanya ‘nok wak gapo sudu nih?’ 😂😂😂 Sesimple Loralin -
Serawa Durian bersama mantou Serawa Durian bersama mantou
Hubby bawa balik durian kampung, bau nya semerbak satu rumah. Apa lagi kopek dan terus ngap. Yang lebih ini kita masak serawa cicah dengan mantou, roti di kukus ataupun pulut. Emm jelera molek#ChooseToCook Ani Delighted -
Serawa Durian Serawa Durian
Bile musim durian tiba, inilah antara menu yang selalu dimasak. Kebetulan suami ada beli durian dan banyak yang tak habis dimakan. Jadi kita pun masaklah serawa ni. Anak nombor 2 memang suka sangat la kalau durian ke, serawa durian ke...bersempena dengan street photography task yang kena submit, bile tengok gambar anak nombor 2 ni, teringat kenangan membeli durian di Pantai Batu Buruk lepas balik dari temujanji doktor pakar di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Suka sungguh dia dapat beli durian.#phopxcookpad2020#cookpadmalaysiaTask4#phopbylinimohd#newbie#goldenapron2020 Juanita -
Serawa Durian Serawa Durian
Musim durian wajib buat serawa. Sedap tau dimakan dengan pulut mahupun roti.Cookpad Apron 2025 week 16DurianSantan#cookpadapron2025#week16#playoff Julia ALeen Aireish -
Roti Jala dan Serawa Durian Roti Jala dan Serawa Durian
Bila musim durian tiba,serawa durian adalah menu wajib yang ada dalam list.Rasanya yang lemak manis,dimakan bersama roti jala sangat menyelerakan.Selain dimakan bersama roti jala,serawa durian boleh juga dimakan bersama pulut atau roti putih biasa. Gyna Elenna -
Pulut Durian Pulut Durian
#goldenapron2020 #week9 Beberapa hari lepas suami belanja durian..hadiah hari lahir katanya..dia beli sehari sebelum hari lahir saya..memang suka sgt la dpt durian sebab dah lama anak tekak mengidam..durian asyik lalu lalang kat wall fb..mau tak teliurnya 😆 Seperti biasa kalau beli durian mesti suami minta saya buatkan pulut durian yg menjadi kegemarannya. Kebanyakannya org sebelah utara makan macam ni..suami saya pun org utara..saya belajar makan selepas berkahwin dgnnya..berbeza cara saya, org pantai timur makan pulut bersama pengat/serawa durian iaitu santan di masak bersama gula melaka & daun pandan. Demi penuhi permintaan suami, jadi saya ikutlah seleranya buat pulut yg di makan bersama santan putih saja yg di panaskan dgn sedikit garam, di tuang ke atas pulut & tabur dgn gula..memang sedap..lemak2 manis gitu.. Nor Al Fatihah
Lebih Banyak Resipi
Komen