Gambar Puding Jagung Sihat

Puding Jagung Sihat

Nihadriz Niha
Nihadriz Niha @Nihadriz
Bandar Baru Salak Tinggi

Tanpa pewarna dan perisa tiruan. Juga sesuai untuk mereka yang ada alahan terhadap produk tenusu.
#goldenapron2020 #glutenfree #dairyfree #vegan #tanpagluten #tanpatenusu

Puding Jagung Sihat

8 orang bercadang membuatnya

Tanpa pewarna dan perisa tiruan. Juga sesuai untuk mereka yang ada alahan terhadap produk tenusu.
#goldenapron2020 #glutenfree #dairyfree #vegan #tanpagluten #tanpatenusu

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

5-6 orang
  1. 1 cawanjagung yang telah direbus, dikisar kasar
  2. 2 cawanair
  3. 5 helaidaun pandan, disimpul (boleh digantikan dengan ekstrak vanila asli)
  4. 2 cawansantan segar atau susu badam
  5. 1/2 cawangula tebu organik (lebihkan sekiranya suka manis)
  6. 1/2sudu kecil garam
  7. 3/4 cawantepung jagung Non-GMO dibancuh dengan 1/2 cawan air
  8. 1/2sudu kecil serbuk kunyit

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan loyang atau bekas bersaiz 8 inci yang dilapik dengan plastik atau dilenser dengan sedikit minyak.

  2. 2

    Panaskan air dalam periuk atas api kecil dan masukkan jagung, daun pandan, garam dan gula. Renih dengan api kecil 15-30 minit.

  3. 3

    Masukkan santan dan kacau supaya santan tidak pecah minyak selama 15 minit.

  4. 4

    Keluarkan daun pandan, masukkan bancuhan tepung jagung dan kunyit ke dalam periuk. Kacau sehingga adunan pekat dan tutup api.

  5. 5

    Tuang adunan tadi ke dalam loyang dan biarkan sejuk selama 4 jam di dalam peti sejuk.

  6. 6

    Potong dan hidangkan sejuk.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nihadriz Niha
Nihadriz Niha @Nihadriz
pada
Bandar Baru Salak Tinggi
Peneraju When Makcik Bakes.Mak anak 4.Suka baking dan fotografi.Ikuti tips dan resipi bebas gluten di Instagram @whenmakcikbakes atau Facebook Page When Makcik Bakes.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya