Ikan Siakap Stim Limau Mudah #phopbylinimohd #batch18

Nuraliyah Mn
Nuraliyah Mn @nuraliyah_mn

Di rumah saya, anak-anak berlima masih kecil dan tak suka makan pedas. Takkan asyik nak makan ayam goreng je kan?

Saya teringat beberapa tahun dulu sewaktu pertama kali makan ikan siakap stim limau. Waktu itu, keluarga ramai-ramai berkumpul di restoran untuk makan malam bersama. Antara lauk yang dicadangkan oleh pekedai yang sesuai untuk kanak-kanak adalah siakap stim limau, sebab tak pedas.

Sedap rupanya, dan sangat menepati rasa anak tekak saya dan juga anak-anak. Tapi bila membayar, telan air liur juga harganya!

Selepas kejadian itu, saya cuba mencari resepi di internet, dan memasak sendiri di rumah. Ada anak yang memuji, “Mak masak sedaplah, macam di kedai!”

Mak mana yang tak kembang kan? 😬😬😬

Sejak dari itu, menu ini menjadi salah satu menu wajib untuk dihidangkan buat suami dan anak-anak.

Okay, tak nak buang masa lagi. Ini dia langkah demi langkah untuk menyediakan Siakap Stim Limau yang mudah tapi sedap!
Selamat mencuba.

#phopbylinimohd
#batch18
#PhopByNuraliyahMn
#cookpadmalaysia
#phopbylinimohdbatch18
#goldenapron

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

<45minit
  1. Bahan-bahan:
  2. 1ekor ikan siakap (siap dibersihkan - buang insang & isi perut serta dibuang sisik)
  3. 1-2sudu asam jawa atau 4-5 biji limau kasturi/nipis (untuk mencuci ikan)
  4. Bahan A
  5. 3 ulasbawang putih - ditumbuk
  6. 1/2sudu kecil garam
  7. Bahan B
  8. 1/2labu bawang besar
  9. 1/2inci halia
  10. 1raut akar daun ketumbar
  11. 2biji limau kasturi
  12. 1 cawanair tapis
  13. 3-4sudu sos tiram (resepi asal - sos ikan)
  14. 1sudu kecil garam (saya guna garam pink himalaya)
  15. Bahan C (Untuk ditabur)
  16. 2 batangdaun ketumbar
  17. 2 batangcili merah (jika ingin pedas)
  18. Peralatan Memasak
  19. Periuk kukus untuk mengukus ikan
  20. Kuali/periuk kecil untuk memasak kuah
  21. Aluminium foil atau daun pisang & lidi untuk membalut ikan

Cara Memasak

<45minit
  1. 1

    Lumurkan sedikit asam jawa pada ikan siakap yang telah dibersihkan. Biarkan lebih kurang 5-10 minit, dan kemudian cuci bersih. Langkah ini untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan. Boleh juga digunakan perahan limau nipis atau limau kasturi.

  2. 2

    Lumurkan ikan siakap dengan Bahan A. Peramkan sebentar lebih kurang 10 minit.

  3. 3

    Balut ikan dengan daun pisang. Kukuskan ikan dalam pengukus selama 15 minit atau sehingga ikan masak. Ikan sudah cukup masak jika isi ikan menjadi lembut dan tidak lagi kemerahan dan sedikit liat/kental. Tips: jika tiada pengukus, gunakan periuk/kuali dan tenggekkan tungku besi kecil di dalamnya (seperti dalam gambar)

  4. 4

    Sementara menunggu ikan dikukus, bolehlah siapkan bahan-bahan membuat kuah (rujuk Bahan B). Hiriskan bawang besar. Racikkan halia. Ketukkan sedikit akar daun ketumbar. Perahkan jus limau kasturi ke dalam secawan air. Jika mahu kuah lebih, boleh tambah sedikit lagi air.

  5. 5

    Masukkan kesemua Bahan B ke dalam periuk kecil dan didihkan di atas api. Perasakan dengan sedikit garam (letak secubit dua dahulu dan serasikan dengan rasa lidah. Tambah mengikut citarasa masing-masing).

  6. 6

    Apabila ikan sudah cukup masak, hidangkan ikan di dalam mangkuk/bekas besar dan curahkan kuah ke atasnya. Taburkan Bahan C yang diracik ke atas ikan siakap kukus. Sedap dimakan bersama nasi panas.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nuraliyah Mn
Nuraliyah Mn @nuraliyah_mn
pada
Dari Dapur Nuraliyah Mn‘Masak ringkas-ringkas je’Saya bawakan resepi-resepi mudah dari bahan yang senang didapati. Siapa yang baru berjinak-jinak nak masuk dapur, atau yang sukakan resepi yang simple, jom ikuti laman saya. Sambil berkongsi resepi, saya akan selitkan juga tips-tips yang mungkin dianggap remeh untuk yang dah biasa di dapur, tapi agak penting untuk mereka yang baru nak biasakan diri memegang senduk.#DariDapurNuraliyahMn#masakringkasringkasje
Baca lagi

Komen

Nuraliyah Mn
Nuraliyah Mn @nuraliyah_mn
Ada yang sudah mencuba resepi ini? Share sikit feedback awak kat sini ya..

Resipi Sepertinya