Ubi Ungkep #ChefZam

Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
Subang Jaya

Bila sebut ubi kayu,pasti akan mengimbas kembali memori semasa Saya kecil,ubi kayulah yang menjadi hidangan yang wajib ada tak kira pagi ataupun petang.Sampai tak lalu makan bila buka tudung saji je,nampak ubi kayu.Tapi bila sudah dewasa,berumah pula di tengah bandar,ubi kayu sudah jadi hidangan istimewa kerana tiada siapa lagi yang akan sediakan,terpaksalah saya masak sendiri.Nasib ada mertua yang masih sudi mengajar untuk menyediakan ubi ungkep.Terima kasih Mak!!

Ubi Ungkep #ChefZam

3 orang bercadang membuatnya

Bila sebut ubi kayu,pasti akan mengimbas kembali memori semasa Saya kecil,ubi kayulah yang menjadi hidangan yang wajib ada tak kira pagi ataupun petang.Sampai tak lalu makan bila buka tudung saji je,nampak ubi kayu.Tapi bila sudah dewasa,berumah pula di tengah bandar,ubi kayu sudah jadi hidangan istimewa kerana tiada siapa lagi yang akan sediakan,terpaksalah saya masak sendiri.Nasib ada mertua yang masih sudi mengajar untuk menyediakan ubi ungkep.Terima kasih Mak!!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2 batangubi kayu(dikupas dan dibelah 2)
  2. 5 ulasbawang putih
  3. 3biji bawah merah kecil
  4. Segenggam ikan bilis (di basuh dan di toskan)
  5. 4sudu besar ketumbar (dikisar)
  6. 1sudu besar jintan manis+jintan putih
  7. 1sudu kecil Serbuk kunyit
  8. Garam (secukupnya)
  9. Minyak untuk menumis
  10. Air (secukupnya)

Cara Memasak

  1. 1

    Tumbuk bawang putih,bawang merah dan ikan bilis.Kisarkan ketumbar dan campuran jintan.

  2. 2

    Panaskan minyak.Tumis bawang dan ikan bilis yang sudah ditumbuk sehingga naik bau dan sedikit garing.Masukkan ketumbar dan jintan yang sudah dikisar.Masukkan pula garam dan Serbuk kunyit.Kemudian tuangkan air.Biarkan tumisan mendidih.

  3. 3

    Bila tumisan sudah mendidih,masukkan ubi kayu.Gaul rata.Biarkan ubi kayu masak sehingga empuk.Jangan lupa tutup kuali itu agar ubi cepat empuk.Sesekali,gaul-gaul kan ubi kayu supaya tidak hangus di bawah.

  4. 4

    Bila ubi sudah empuk,keringkan kuahnya dengan api kecil sambil gaul perlahan-lahan supaya ubi tidak hancur.

  5. 5

    Sedia dihidang bersama kopi atau teh panas.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
pada
Subang Jaya
🇲🇾
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya