Wanpaku Aku Terpaku

Dunia Hanya Sementara Fy
Dunia Hanya Sementara Fy @yatiefy
Bandar Baru Salak Tinggi

Anak anak tidak makan sayuran tapi ibu ayahnya sukanya sayuran.Makan sandwich wanpaku ini membuatkan ibu ayah kenyang sampai ke petang.Ianya sangat sesuai bagi yang selalu terlupa makan sebab kesibukan membuat kerja.Wanpaku Aku Terpaku diberi nama kerana makan setengah membuatkan kita kenyang dan tidak boleh nak bangun seperti dipaku😬😬 #wanpaku #goldenapron #saturesipisatupohon

Wanpaku Aku Terpaku

1 orang bercadang membuatnya

Anak anak tidak makan sayuran tapi ibu ayahnya sukanya sayuran.Makan sandwich wanpaku ini membuatkan ibu ayah kenyang sampai ke petang.Ianya sangat sesuai bagi yang selalu terlupa makan sebab kesibukan membuat kerja.Wanpaku Aku Terpaku diberi nama kerana makan setengah membuatkan kita kenyang dan tidak boleh nak bangun seperti dipaku😬😬 #wanpaku #goldenapron #saturesipisatupohon

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2 kepingroti
  2. 2 kepingnagut ayam tempura (digoreng)
  3. 2 batangsosej ayam (di rebus)
  4. 1 kepingCheese
  5. 1sudu besar butter/ majerin
  6. 1/2 batangtimun (sagat memanjang)
  7. 1/2 batanglobak merah (potong memanjang)
  8. 2 potongtomato (potong dadu)
  9. 4hirisan nenas (saiz kecil)
  10. Sehelai daun salad
  11. Mayonis
  12. Sos cili
  13. Plastik wrap

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan semua bahan bahan

  2. 2

    Letak plastik wrap terlebih dahulu

  3. 3

    Kemudian letak sekeping roti dan sapukan majerin/butter ke atas roti tadi.ke dua dua keping roti hendaklah disapu majerin/ butter.

  4. 4

    Kemudian letak salat di atas roti.

  5. 5

    Kemudian letak lobak yang dihiris memanjang di atas salad

  6. 6

    Setelah itu diletak hirisan nenas

  7. 7

    Kemudian letak mayonis diatasnya.

  8. 8

    Setelah itu baru kita letakkan sosej dan nagut

  9. 9

    Kemudian letak sos di atasnya.

  10. 10

    Kemudian letak timun yang di sagat memanjang

  11. 11

    Selepas itu letak tomato yang dipotong dadu.

  12. 12

    Kemudian letak mayonis

  13. 13

    Setelah itu letak sekeping cheese

  14. 14

    Dan letak la sekeping roti tadi di akhir susunan tersebut.

  15. 15

    Setelah proses siap,boleh la di bungkus /wrap roti tersebut.

  16. 16

    Setelah itu barulah dipotong kepada dua bahagian menggunakan pisau yang tajam.Jangan tekan kuat dengan kuat ketika memotong.

  17. 17

    Inilah hasilnya setelah di potong.

  18. 18

    Setengah potong dah cukup kenyang bagi saya.

  19. 19

    Boleh lah memakannya.Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dunia Hanya Sementara Fy
pada
Bandar Baru Salak Tinggi
Pencinta Makanan😍😍😍
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya