Bebola Pulut dan Mangga

#leftover
#saturesipisatupohon
#goldenapron
Level 21
Hari minggu banyak masa untuk masak. Masa ni lah anak-anak minta nak makan apa-apa yang umi tak sempat masak pada hari bekerja. Pulut mangga memang kegemaran mereka. Selalunya santan akan habis dulu, yang tinggal hanya pulut berbaki. Nak buang masih elok, tak banyak pulak tu. Umi kena kreatif nampaknya. Terhasillah Bebola Pulut dan Mangga. Serius sedap!
Bebola Pulut dan Mangga
#leftover
#saturesipisatupohon
#goldenapron
Level 21
Hari minggu banyak masa untuk masak. Masa ni lah anak-anak minta nak makan apa-apa yang umi tak sempat masak pada hari bekerja. Pulut mangga memang kegemaran mereka. Selalunya santan akan habis dulu, yang tinggal hanya pulut berbaki. Nak buang masih elok, tak banyak pulak tu. Umi kena kreatif nampaknya. Terhasillah Bebola Pulut dan Mangga. Serius sedap!
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan.
- 2
Satukan santan, gula kabung dan garam. Kacau diatas api kecil sehingga gula larut. Ketepikan dan biarkan sejuk.
- 3
Masukkan pulut ke dalam mangkuk. Tuangkan santan tadi dan gaul sebati. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit. Ini untuk mengelakkan pulut menjadi lembik ketika dibentuk.
- 4
Sapukan tangan dengan sedikit minyak. Ambil sedikit pulut dan letakkan mangga didalamnya. Bentukkan menjadi bebola dan gaul di dalam tepung beras. Goreng di dalam minyak yang panas hingga kekuningan.
- 5
Angkat, toskan dan sedia untuk dihidang. Tuangkan susu pekat manis ke atas bebola pulut tadi jika suka. Selamat mencuba!
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Pulut Mangga Pulut Mangga
Ada banyak pulak stok mangga kat rumah. Anak tiba-tiba kata nak makan pulut mangga. Hmmmm... sindrom emak-emak ni kan, pantang dengar anak nak makan apa, mesti nak buat. Maka terjadilah... pulut mangga as requested.#goldenapron2020 #juliescookingwithluv Julie Mangsor -
Pulut mangga ข้าวเหนียวมะม่วง Pulut mangga ข้าวเหนียวมะม่วง
Pulut mangga atau Nasi melekat mangga adalah pencuci mulut tradisional Thailand yang dibuat dengan beras pulut, mangga segar dan santan, dan dimakan dengan sudu atau kadang-kadang tangan.enak dimakan bila-bila masa sahaja. Noraini Hamid -
Pulut Mangga Rice Cooker Pulut Mangga Rice Cooker
Hack Your Rice Cooker!Buah mangga diberi oleh kakak ipar. Beras pulut pun masih ada berbaki lagi. Hari ini saya #ChooseToCook resipi pulut mangga inpirasi daripada @dapurdee tetapi saya menggunakan rice cooker #RiceCookHack Dapur Yusfarisyia -
Pulut Mangga Pulut Mangga
#bazaarramadanPulut mangga ni sangat popular di kalangan orang2 sebelah utara semenanjung ni. Nak pikat hati ibu mertua kena pandai buat pulut mangga ni.Jom kita buat. Hamidah binti Mokhtar -
Pulut Mangga Pulut Mangga
#goldenapron2020#minggu1#bazaarramadan#minggu2Menu wajib bila tiba bulan Ramadan. Selalu mak yang buatkan pulut. Rasa lemak pulut dan santan membangkitkan selera. Aroma mangga susu dan warna kuning menggoda dan menggamit kenangan berbuka puasa di kampung halaman bersama ahli keluarga tercinta.Sebenarnya tak rancang pun nak buat pulut mangga ni. Tapi pagi tadi time beli barang dapur, terpandang berat pulut ni. Fikir jugak apa la menu yang nak dimasak. Tapi ambik jugak.. Saja kan.. Nak penuhkan bakul. Balik je dari pasar, simpan je semua barang-barang yang dibeli. Ehhh tiber pulak ada bunyi hon.. COD mangga susu rupanya. Encik suami beli mangga susu. Pastu buat ayat "Kalau makan dengan pulut pun sedap ni" Ting! Terus teringat kat beras pulut tadi. Maka terjadi la menu Pulut Mangga ni. Moh le kita kenyangkan perut Encik Suami. Rose Nani Nizah Nayan -
Pulut mangga Sempoy Pulut mangga Sempoy
Tetiba teringin sangat nak makan pulut mangga...suami pulak da beli sekilo buah mangga.... #cooksnap tq @sesimpleLoralin eiii_lalalala🍪 -
Pulut Mangga Pulut Mangga
Pantang jumpa mangga mesti cari pulut. Pulut yang lemak digabung dengan buah mangga yang manis dapat makan sikit pun ok dah kan. Bulan puasa ni bulan makan banyak sangat. Kita buat juadah yang senang-senang je.Juadah hari ke12 Ramadhan#goldenapron2020#cookpadmalaysia#makeeverydaycookingfun#cookpadMY#phopbyazitaadnan#alumniapc azita adnan -
Pulut mangga purple Pulut mangga purple
Masih menu mangga 😊 musim mangga kan. Kali ni saya buat pulut mangga purple sebab menggunakkan beras pulut biasa dengan beras pulut hitam. Ke kedai tadi jumpa beras pulut yg hancur mak kata sedap. Wlapun hancur tapi kualitinya bagus dan sedap, berasnya cantik kembang. Selamat mencuba❤️Bahagian atas sya letak kacang hijau yg telah disangai sedap ranggup². Kisahnya masa beli kacang hijau tu ingatkan kacang dal terus ambil dan tak lihat terus masuk dalam troli, masa nk buat gulai dalca raya tahun lepas baru baca tu adalah kacang hijau bukan kacang dal. 😊😊🤣. KAM -
Pulut mangga Pulut mangga
En. Suami bawa balik 2 biji buah mangga harum manis, katanya bos bagi. Dia request nak makan pulut mangga. Azizah Mansor -
Pulut mangga versi mudah Pulut mangga versi mudah
teringin nak makan pulut mangga. Kalau dulu masa belajar senang la nk cari pulut mangga, tapi sekarang susah nak dapat kat Ranau. Jadi kalau nak makan tu kena rajin buat sendiri. @RASA _KITCHEN -
Pulut mangga Pulut mangga
Assalamualaikum, resepi pertama yang saya ingin berkongsi ialah pulut mangga. Saya menggunakan resepi Dari @Mamy_Nurul. Alhamdulillah resepi ini menjadi dengan hendakNya..Terima kasih @Mamy_Nurul . Fatiah Haz -
👩🍳Pulut Mangga Bersantan 👩🍳Pulut Mangga Bersantan
Cookpad Apron 2025 Week 8COOKPAD MAGIC CART WEEK 8🛒Mangga🛒Beras pulut🛒SantanPaling mudah dan cepat disediakan. Beras pulut tak perlu rendam, tak perlu kukus , hanya guna Rice Cooker. Kuah santan pun sangat mudah disediakan tak ambil banyak masa. Resipi cepat siap macam ni lah paling digemari🤭 Inspirasi tt izyanmusa🌹#CookpadApron2025#CA20252466/3K90/2025 Mahadiah
Lebih Banyak Resipi
Komen