Kerabu Kacang Botol

#goldenapron #minggu22 #saturesipisatupohon #CookpadderPerak
Assalammualaikum sahabat semua. ❤️
Ini adalah resipi yang CN buat untuk pertandingan Chilli Saba Ayam Brand tempoh hari. Bukan saja kerabu ini enak dan mudah disediakan, malah ia juga menyihatkan.
Apa tidaknya, ia menggunakan kacang botol yang sering dijadikan ulaman dan kaya khasiat sebagai bahan utama. Ditambah pula dengan kelazatan Chilli Saba yang segar dan manis rasa ikan Mackerelnya masih terasa. Tidak sedar nasi bertambah pula 😅😂. Jom cuba resipi CN ini. 🌶️🌶️🌶️
Kerabu Kacang Botol
#goldenapron #minggu22 #saturesipisatupohon #CookpadderPerak
Assalammualaikum sahabat semua. ❤️
Ini adalah resipi yang CN buat untuk pertandingan Chilli Saba Ayam Brand tempoh hari. Bukan saja kerabu ini enak dan mudah disediakan, malah ia juga menyihatkan.
Apa tidaknya, ia menggunakan kacang botol yang sering dijadikan ulaman dan kaya khasiat sebagai bahan utama. Ditambah pula dengan kelazatan Chilli Saba yang segar dan manis rasa ikan Mackerelnya masih terasa. Tidak sedar nasi bertambah pula 😅😂. Jom cuba resipi CN ini. 🌶️🌶️🌶️
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan seperti berikut.
- 2
Satukan kacang botol, bawang merah, cili padi dan lobak merah di dalam mangkuk.
- 3
Masukkan pula Chilli Saba Ayam Brand.
- 4
Masukkan garam secukup rasa dan gaul sebati. Kemudian perahkan jus limau nipis.
- 5
Gaul kerabu sehingga sebati.
- 6
Sedia untuk dinikmati.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Otak-Otak Saba Otak-Otak Saba
#goldenapron #minggu21 #saturesipisatupohon #CookpadderPerakAssalammualaikum sahabat CN ❤️Hari ini CN kongsikan resipi Otak-Otak versi mudah yang CN buat untuk pertandingan Saba Je La Ayam Brand tempoh hari. Ia sangat mudah, cepat dan sedap. Selamat mencuba ya.#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Kerabu Kerang Ala Thai Kerabu Kerang Ala Thai
#goldenapron #minggu23 #saturesipisatupohon #CookpadderPerakAssalammualaikum sahabat Cookpadders CN. 🙋♀️🥰Nampaknya CN sudah berada di hari akhir bagi peraduan #GoldenApron ini. Alhamdulillah. Sepanjang 23 minggu CN konsisten menyediakan menu untuk rujukan sahabat semua. Diharapkan ia memberi manfaat ya. ♥️Untuk menu terakhir ini, CN kongsikan resipi Kerabu Kerang Ala Thai yang sememangnya viral sejak setahun lepas. CN seorang penggemar kerang. Dan apabila dibuat kerabu, bertambah-tambahlah CN suka dan jatuh cinta 😂Resipi Kerabu ini CN ambil dari Google saja. CN olah mengikut citarasa sendiri. CN gunakan gula perang sebab dirumah memang sudah terdidik menggantikan gula kastor dengan gula perang untuk menjaga kesihatan. Maklumlah CN ni comel orangnya 😆😍Sejujurnya bagi CN, Kerabu Kerang Ala Thai ini memang sedap dan menyelerakan. Bertambah-tambah nasi dibuatnya. Ramuannya pun mudah dibuat. Jadi CN harap kawan-kawan dapat mencubanya nanti ya. Terima kasih kawan-kawan kerana menyokong CN selama 23 minggu di Golden Apron ini. Semoga kita dapat bertemu lagi di cabaran Golden Apron 2020 yang akan datang. Insya Allah Aamin.🤲Terima kasih dari hati ♥️#CNdidapur #sejakMei2019 #7bulan Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Cucur Bawang CN Cucur Bawang CN
#sarapan #goldenapron #minggu14 #minggukeempatbelasAssalammualaikum sahabat CN ♥️Pejam celik, pejam celik rupanya sudah minggu ke-14 CN menyertai Golden Apron ini. Alhamdulillah, CN masih konsisten dan bersemangat menamatkan pertandingan hebat ini.Baiklah, untuk meraikan pertandingan Sarapan antara Malaysia, Thailand dan Vietnam yang akan tamat pada hari ini, CN nak kongsikan resipi sarapan paling ringkas yang CN buat sendiri. Alhamdulillah Encik Suami pun suka.Resipinya ialah Cucur Bawang yang sangat mudah dibuat. Rasanya rangup dan manis-manis bawang juga terasa. CN dan Encik Suami amat suka menikmati cucur bawang ini. Kami makan begitu saja. Terasa enak dan mengenyangkan.Jemput cuba ya. ♥️#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Teh Susu Boba Teh Susu Boba
#goldenapron #bonusair #saturesipisatupohon #CookpadderPerakAssalammualaikum sahabat CN ❤️❤️❤️Wahhh makin teruja CN berkongsi resipi air berasaskan Pearl Boba ya. 😂 Untuk resipi #BonusAir ketiga ini pula, CN kongsikan resipi Teh Susu Boba pula. Idea ini CN dapat dari Minuman Teh Susu dari CoolBlog yang viral itu. Resipi ini CN dapat dari Mr. Google dan diolah sendiri. Alhamdulillah ia menjadi. Jemputlah cuba ya kawan-kawan. 😘#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Wanpaku Sando Tuna ala CN Wanpaku Sando Tuna ala CN
#goldenapron #wanpaku #minggu16 #minggukeenambelas #CookpadderPerakAssalammualaikum sahabat Cookpadders CN 😍Baiklah hari ini CN akan kongsikan resipi Wanpaku Sando Tuna ala CN. Maklumlah sejak kebelakangan ini, Wanpaku Sando kerap kali melintas wall Facebook CN dan menjadi viral. 🤣Benda baik kenapa tak nak ikut kan? Lagipun makanan ini baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi aneka sayuran segar yang kaya nutrisi. Dek kerana nak tahu sangat tentang Wanpaku Sando ini, CN siap Google lagi 😂.Rupa-rupanya ia sejenis sanwic tebal yang berasal dari Jepun dan mula terkenal di Malaysia sejak tahun 2018 lagi! . Wah hebat kan? Cuma sejak akhir-akhir ini, ia muncul semula mewarnai dunia makanan kita. Ternyata makanan dan orang Malaysia tak dapat dipisahkan 🤣Untuk pengetahuan sahabat Cookpadders semua, resipi Wanpaku Sando Tuna ini CN ambil dari Youtube seorang wanita Jepun. Pun begitu, CN telah ubah suai resipinya mengikut selera orang kita. Harap ia menepati citarasa semua ya.Selamat 'berWanpaku Sando'❤️#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Popia Carbonara versi Cepat dan Mudah Popia Carbonara versi Cepat dan Mudah
#bonuspastry #goldenapron #saturesipisatupohon #CookpadderPerakAssalammualaikum sahabat CN.Petang - petang begini terasa ingin menikmati kudapan kan? Tetapi kalau boleh biarlah yang mudah disediakan. Betul tak? Tidaklah renyah dan paling penting mengenyangkan 😂Baiklah, hari ini CN nak kongsikan resipi Popia Carbonara cara CN yang cukup mudah disediakan. Hanya menggunakan sos Carbonara yang ada dijual di pasaraya.Kulit popia adalah sejenis pastri yang nipis. Ia antara ramuan utama yang perlu ada dalam peti sejuk CN. Macam-macam boleh dibuat dengan kulit popia ini. Selain popia Carbonara, CN juga selalu membuat popia Sira Sambal, kerepek popia dan murtabak mini. Bolehlah dijadikan menu kudapan untuk dihidangkan buat tetamu yang tiba-tiba datang bertandang kan? ❤️Baiklah, selamat mencuba resipi ini. 💖#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Murtabak Mini NuMee Murtabak Mini NuMee
#goldenapron #minggu15 #minggukelimabelas #CookpadderPerakAssalammualaikum sahabat CN ❤️Wow tak sangka kita sudah pun berada di minggu ke-15 bagi pertandingan Golden Apron. Alhamdulillah gembira sungguh rasa hati CN kerana dapat berkongsi resipi air tangan CN dan suami di Cookpad 😍Kali ini CN kongsikan resipi Murtabak Mini NuMee yang CN cipta dengan hanya menggunakan 11 bahan saja menerusi pertandingan NuMee baru-baru ini. Pertama kali membuatnya, CN begitu teruja. Rasanya memang sedap. Tak sangka cepat habis dimakan oleh Encik Suami. Tidak hanya rangup malah ia mengenyangkan. Alhamdulillah. ♥️NuMee ini tidak perlu dimasak lama kerana tekstur nya yang lembut. Cukup sekadar dicelur dengan air panas selama 10 saat saja. Selain itu, inti murtabak ini boleh dipelbagaikan mengikut citarasa anda. CN lebih sukakan saiz murtabak yang mini kerana lebih terasa rangup kala digigit.Selamat mencuba ya 😍#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Cucur Udang Geragau Sailor Cucur Udang Geragau Sailor
#goldenapron #minggukesebelas #minggu11 #CookpadMalaysia #CookpadderPerakAssalammualaikum sahabat Cookpadders yang dihormati sekalian. Alhamdulillah kali ini CN berpeluang untuk berkongsi resipi Cucur Udang Geragau kesukaan Encik suami CN.Beliau memang 'Hantu' udang geragau. Setiap kali CN nak memasak, beliau akan tanya, "Ada tak udang geragau?" Alamak CN jadi tak sampai hati pula untuk menghampakan permintaan Encik suami. Jadi, CN cuba olah resipi cucur ini dengan memasukkan udang geragau ke dalamnya. Tetapi hati-hati dengan sukatan garam ya. Sebab udang geragau sudah pun masin. Sebab itu CN rendamkan seketika untuk mengurangkan rasa masinnya. Malah CN gunakan serbuk perasa Secukup Rasa bagi menggantikan garam. Alhamdulillah Encik suami pun suka. Sedap katanya. Kawan-kawan bolehlah mencuba resipi ini. 😍😍😍#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Sambal Daging Kambing Sambal Daging Kambing
#goldenapron #minggu18 #saturesipisatupohon #CookpadderPerakAssalammualaikum sahabat CN. Apa khabar semuanya? Diharap sihat-sihat sahaja ya.Baiklah untuk Golden Apron Level 18 ini, CN kongsikan resipi Sambal Daging Kambing yang menjadi kegemaran CN. Untuk makluman semua, CN memang sukakan daging kambing. Selain dimasak sambal, CN juga gemarkan kambing panggang atau Lamb Grill. Walah sedap sungguh rasanya 😍Pun begitu, CN sedia maklum ada yang tidak sukakan daging kambing kerana baunya yang sedikit hamis kan? CN ada terbaca petua dari seorang Cookpadders bernama Aznie Khasri. Petuanya cukup mudah. Rendam daging kambing untuk tempoh masa yang lama untuk membuang darahnya. Ini kerana darah daging kambing itulah yang menimbulkan bau hamis tersebut. CN juga lumurkan tepung gandum pada daging kambing dan membasuhnya bersih-bersih.Alhamdulillah setakat ini, kaedah ini berkesan untuk CN. Kawan-kawan boleh cuba petua dari Aznie Khasri ini ya. Terima kasih Aznie ❤️#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Piza Seafood Maggi Piza Seafood Maggi
#goldenapron2020 #minggu36 #CookpadderPerak #PizaMaggiAssalammualaikum sahabat Cookpadders. ❤ Akhirnya kita telah tiba di minggu terakhir Peraduan Golden Apron 2020. Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada sahabat-sahabat yang berjaya mengakhiri peraduan ini.Untuk menu terakhir Golden Apron 2020, CN kongsikan resipi Piza Seafood Maggi yang CN pertaruhkan untuk Peraduan #SnekMacamPro anjuran Nestle.Alhamdulillah. Piza ini sedap dan mudah disediakan. Sahabat semua boleh cuba nanti ya. CN gunakan sebungkus Maggi saja dan ia sudah pun cukup mengenyangkan. Untuk topping, boleh gantikan dengan isi ayam, daging atau sosej mengikut citarasa anda.Selamat mencuba dan jumpa lagi di Golden Apron 2021. Insya Allah ❤#CNdidapur #34bintang #2020 Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Strawberry Punch Sunquick Select Strawberry Punch Sunquick Select
#bonusair #goldenapron #saturesipisatupohon #CookpadderPerakAssalammualaikum sahabat CN. ♥️Berikut adalah resipi #BonusAir terakhir dari CN ya. Menggunakan produk terbaru dari Sunquick iaitu Sunquick Select Jambu Merah dan Strawberi. Mmm rasanya memang sedap. Ada kombinasi buah jambu merah dan strawberi. Masam manis enaknya. Hilang rasa dahaga dan tekak yang kering. Sungguh nyaman sekali! Jemput cuba ya kawan-kawan ❤️#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Kerabu Epal Kerabu Epal
#goldenapron#1post1hope.Resipi ini bukan saja menyihatkan malah membuatkan kita rasa kenyang dalam tempoh yang lama. Silalah mencubanya kerana ianya cukup mudah. Zareena Shahmarudin
Lebih Banyak Resipi
Komen