Kerabu Kerang Ala Thai

Secubit Rasa Cik Nani🌷
Secubit Rasa Cik Nani🌷 @cndidapur
Kampar, Perak

#goldenapron #minggu23 #saturesipisatupohon #CookpadderPerak

Assalammualaikum sahabat Cookpadders CN. 🙋‍♀️🥰
Nampaknya CN sudah berada di hari akhir bagi peraduan #GoldenApron ini. Alhamdulillah. Sepanjang 23 minggu CN konsisten menyediakan menu untuk rujukan sahabat semua. Diharapkan ia memberi manfaat ya. ♥️

Untuk menu terakhir ini, CN kongsikan resipi Kerabu Kerang Ala Thai yang sememangnya viral sejak setahun lepas. CN seorang penggemar kerang. Dan apabila dibuat kerabu, bertambah-tambahlah CN suka dan jatuh cinta 😂

Resipi Kerabu ini CN ambil dari Google saja. CN olah mengikut citarasa sendiri. CN gunakan gula perang sebab dirumah memang sudah terdidik menggantikan gula kastor dengan gula perang untuk menjaga kesihatan. Maklumlah CN ni comel orangnya 😆😍

Sejujurnya bagi CN, Kerabu Kerang Ala Thai ini memang sedap dan menyelerakan. Bertambah-tambah nasi dibuatnya. Ramuannya pun mudah dibuat. Jadi CN harap kawan-kawan dapat mencubanya nanti ya. Terima kasih kawan-kawan kerana menyokong CN selama 23 minggu di Golden Apron ini. Semoga kita dapat bertemu lagi di cabaran Golden Apron 2020 yang akan datang. Insya Allah Aamin.🤲

Terima kasih dari hati ♥️

#CNdidapur #sejakMei2019 #7bulan

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

10 minit
3 sajian
  1. 1 kgkerang - direbus dan dibuang sebelah cangkerangnya
  2. 1biji tomato - dipotong dadu
  3. 1tangkai daun ketumbar - dicincang kasar
  4. 1biji bawang merah besar - dimayang
  5. 1/2 cawanair asam jawa
  6. 1biji limau nipis - diperah jusnya
  7. 3 sudu makansos ikan
  8. 1 sudu makangula perang atau gula pasir
  9. 1 sudu makangaram - ikut citarasa
  10. Bahan Tumbuk:
  11. 10tangkai cili padi
  12. 1tangkai cili merah
  13. 1inci belacan
  14. 3 ulasbawang putih

Cara Memasak

10 minit
  1. 1

    Sediakan bahan-bahan seperti berikut.

  2. 2

    Tumbuk cili padi, cili merah, bawang putih dan belacan bakar sehingga lumat.

  3. 3

    Masukkan garam secukup rasa. Tumbuk lagi sehingga sebati.

  4. 4

    Satukan bahan tumbuk tadi bersama kerang rebus, bawang merah besar dan tomato yang telah didadu tadi.

  5. 5

    Masukkan air asam jawa, sos ikan dan perahan jus limau nipis.

  6. 6

    Masukkan gula perang dan sesuaikan rasa kerabu iaitu manis, masam dan masin. Gaul sebati.

  7. 7

    Akhir sekali, taburkan daun ketumbar yang dicincang kasar dan sebatikan.

  8. 8

    Sedia untuk dinikmati bersama nasi putih. Selamat mencuba ♥️

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Secubit Rasa Cik Nani🌷
pada
Kampar, Perak
Assalammualaikum🥷🏽CN di sini. Ex Wartawan RASA & Editor Buku Resipi Alaf 21. Minat memasak, mencipta resipi, Foodstyling dan Food Photography 📸✍🏻Join CookPad sejak 14 Mei 2019🎬Follow & Subscribe CN di YouTube (Secubit Rasa Cik Nani) dan TikTok (CNDidapur) untuk video masakan terkini.📱Foodstyling & Food Photography (KaryaJiwa byNSZ) ❤️ & Nanilicious Wonderful by NSZ (since 2014)💻IG: cndidapur | karyajiwa_bynsz🍋Lemon8: @CNdidapur🍭Cari resipi CN gunakan #CNdidapur
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya