Salad Campur

ha.lim39
ha.lim39 @pandan
Kelantan,Malaysia.

'Latepost'baru sempat kongsi hari ini.Cuaca yang panas di luar,mulut rasa lemau semacam,rasa nak makan yang masam-masam sahaja.
Terjadilah Salad Campur menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur,resepi mudah dan sedap.Cuma potong dan hiris,gaul rata semua ramuan,sejukkan sekejap di dalam peti ais,ianya siap untuk dinikmati.
Resepi mudah dan sihat,sesuai untuk yang tengah berdiet juga.
Salad ini sedap diratah atau dihidangkan sebagai pembuka selera bersama nasi dan lauk- pauk yang lain.

Salad Campur

1 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 3 ulasisi limau Bali,carik-carikkan
  2. 3biji limau mandarin,potong dua isinya,buang biji
  3. 2biji epal hijau dihiris nipis memanjang
  4. 3 batangbunga kantan dihiris nipis
  5. 1 batanglada merah dihiris
  6. 5 batangcili padi dipotong kecil
  7. 10ekor udang siap direbus
  8. 3/4mangkuk kacang goreng ditumbuk kasar
  9. 4-5 camcabesar air lemon
  10. 1 camcateh penuh garam gunung Saji
  11. 1 camcabesar gula perang (Better Brown)

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahannya.

  2. 2

    Campurkan gula perang dan garam gunung di dalam mangkuk.

  3. 3

    Masukkan air perahan lemon,kacau hingga larut,ketepikan.

  4. 4

    Masukkan semua bahan yang dipotong dan dihiris bersama udang rebus ke dalam mangkuk besar.

  5. 5

    Masukkan campuran air lemon,gula perang dan garam gunung tadi.

  6. 6

    Gaul semua bahan.

  7. 7

    Masukkan kacang goreng tumbuk.Gaul hingga bercampur rata.Seimbangkan rasa,siap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
ha.lim39
ha.lim39 @pandan
pada
Kelantan,Malaysia.
Suka menu simple tapi sedap.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya