Sup Daging Korban

Ell Sakimin
Ell Sakimin @ell_sakimin710

#KamBu
#goldenapron
#minggu4
Menu biasa biasa, yang jadi luar biasa sebab daging fresh dari daging korban aidiladha. Rasa segar dan manis... di masak pula dengan kasih sayang mama.. pheeewitttttt!!!! 🥰🥰🥰 Moh lekaih tengok resepi di bawah moh! Uolls pun boleh buat sup sedap dan senang ni. Moh kiter!👇👇👇

Sup Daging Korban

10 orang bercadang membuatnya

#KamBu
#goldenapron
#minggu4
Menu biasa biasa, yang jadi luar biasa sebab daging fresh dari daging korban aidiladha. Rasa segar dan manis... di masak pula dengan kasih sayang mama.. pheeewitttttt!!!! 🥰🥰🥰 Moh lekaih tengok resepi di bawah moh! Uolls pun boleh buat sup sedap dan senang ni. Moh kiter!👇👇👇

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

5@6orang
  1. Bahan rebus
  2. 1 kgdaging segar @ daging korban
  3. 21/2inci halia
  4. Air secukupnya
  5. Bahan kisar
  6. 3biji bawang besar*
  7. 7 ulasbawang putih*
  8. 1inci halia*
  9. 1pkt sup bunjut tulang(apa brand pun boleh)
  10. 1ketul kiub daging
  11. Bahan lain
  12. 1biji bawang holland
  13. Garam ikut citarasa
  14. Perasa
  15. Bihun
  16. Sayur sawi
  17. Daunsup
  18. Daunbawang
  19. Bawang goreng

Cara Memasak

  1. 1

    Untuk stok daging. Basuh daging korban, masukkan kedalam periuk. Rebus bersama air dan hirisan halia. Sesudah empuk, asingkan daging dan hiris nipis nipis. Air rebusan daging akan digunakan untuk stok sup.

  2. 2

    Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan yang ada didalam peket bunjut tulang. 4sekawan(pelaga, kayu manis, cengkih, bunga lawang). Tumis hingga naik bau. Masukkan bahan kisar yang bertanda *. Teruskan tumis hingga sedikit garing(caramelised). Jangan sampai hangus yer🤭.

  3. 3

    Kemudian masukkan sedikit air rebusan daging, campak seketul kiub daging bersama😊. Kacau. Masukkan lagi air rebusan daging hingga habis dan masukkan sekali bunjut tulang.

  4. 4

    Masukkkan daging yang dihiris kedalam sup. Rebus hingga mendidih. Perasakan dengan garam dan perasa. Tutup api dan masukkan sejemput hirisan daun sup dan bawAng. Bawag holland dimayang kasar dan masukkan sekali. Sup siap.

  5. 5

    Boleh dimakan begitu sahaja: jika ingin makan bersama bihun. Rebuskan sedkit bihun, celur sedikit sayur sawi yAng berpotong. Saya kurang menggunakan sayur lain sebab ingin menikmati lebih kemanisAn daging korban. Sup daging boleh dimakan bersama sambal kicap. Memang terangkat perut makannya nanti😬.

  6. 6

    Penyediaan bihun sup. Letak sedikit bihun dalam mangkok. Letak sedikit sawi. Tuang kuah sup bersama sedikit hirisan daging ke atas bihun. Taburkan daun sup dan daun bawang dan juga sedikit bawang goreng. Selamat mencuba😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Ell Sakimin
Ell Sakimin @ell_sakimin710
pada

Komen

Resipi Sepertinya