Puding Labu

ha.lim39
ha.lim39 @pandan
Kelantan,Malaysia.

#kelantan
#goldenticket
#cookpadmy1stbday
#cookpadmalaysia
Hari Rabu lepas kita beli sebiji Labu Kuning,dot bertapalah dalam bungkusan plastik tu sebab kita tak berapa sihat.Hari ni bila rasa dah ok barulah mood datang nak 'melabu',kebetulan pula ada cabaran untuk #cookpadmy1stbday dengan tema Oren.Kita gunakan 1/4 bahagian labu sahaja untuk dijadikan puding.Bakinya disimpan untuk projek seterusnya,macam-macam menu boleh dibuat nanti.
Puding Labu ini sudah beberapa kali kita buat,alhamdulillah semua suka.Sedap dimakan sejuk apalagi dalam cuaca panas lik-lik sekarang.Nyamannya sejuk-sejuk masuk tekak!alhamdulillah...

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 20 gramagar-agar tali
  2. 1 1/2 literair
  3. 1 helaidaun pandan disimpul
  4. 300 gramgula perang (Better Brown)
  5. 260 gramisi labu kuning siap dikukus dilenyek hingga hancur
  6. 1 kotaksantan (UHT Ayam Brand)
  7. 2biji telur gred A
  8. 1 camcateh esen vanila
  9. 1/4 camcateh garam gunung
  10. Hiasan- buah Strawberry

Cara Memasak

  1. 1

    Siapkan bahan-bahannya.

  2. 2

    Rendam agar-agar tali dalam air sebentar sehingga lembut,toskan airnya.

  3. 3

    Masukkan agar-agar ke dalam periuk bersama air dan daun pandan.Masak hingga agar-agar larut.

  4. 4

    Sementara menunggu agar-agar larut,tuang santan ke dalam mangkuk.Masukkan telur dan esen vanila.Pukul kesemuanya hingga sebati.

  5. 5

    Tapis campuran yang telah dipukul ke dalam bekas lain.

  6. 6

    Masukkan gula perang,labu lenyek,santan dan garam gunung.

  7. 7

    Kacau agar-agar hingga mengelegak dan adunan bercampur sebati.Tutup api.

  8. 8

    Keluarkan daun pandan.Tuang puding labu ke dalam acuan.Biarkan puding beku sebelum disejukkan di dalam peti sejuk.

  9. 9

    Keluarkan puding dari acuan.Hias dengan buah strawberry dan lain-lain mengikut citarasa.Siap untuk dinikmati.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
ha.lim39
ha.lim39 @pandan
pada
Kelantan,Malaysia.
Suka menu simple tapi sedap.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya