Jelly Kurma Sos Kastard

Zarns Dir
Zarns Dir @zarnsdir1311

#goldenapron2020
#week5

Assalammualaikum.

Lagi dua hari inshaallah kita akan menyambut Syawal. Moga kita semua tabah ya yang tak dapat balik kampung macam saya. Huhuhu.

Nak masak apa hari ini?

Dah lama tak makan agar2 dan puding. Hari ini, rasa teringin pulak nak makan. Nak puding berkuah tapi tak nak yang versi ada telur tu. Kurang minat.

Stok kurma masih banyak so kerajinan ada datang sedikit, jadinya dapat lah saya buat Jelly Kurma Sos Kastard ni di tengah kesibukan menyiapkan kuih raya. Buat simple je janji sedap!

Alhamdulillah anak pun suka jelly kurma sos kastard saya buat. Untuk anak2 yang tak suka kurma tu, ibu2 boleh cuba resepi ni. Ada coklat chip lagilah boleh menarik selera diorang.
Saya sendiri pun semangkuk tak kan cukup! Hahahaha

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan untuk Agar2:-
  2. 9biji kurma medjool (dibuang biji) - pilih kurma jenis isinya lembut
  3. 1/2paket agar-agar kering (1/2 paket serbuk agar2)
  4. 4 cawanair (1.2L)
  5. 2senduk kecil gula perang (+/- 60g)
  6. 1senduk kecil gula pasir (+/- 35g)
  7. Bahan Untuk Sos Kastard:-
  8. 1 tinsusu cair
  9. 1 cawanair (300-320ml)
  10. 3senduk kecil gula pasir @ 90g (boleh kurangkan kpd 2 senduk jika tak suka manis)
  11. 1/2sudu besar tepung jagung
  12. 1 1/2sudu besar tepung kastard
  13. 2sudu kecil esen vanilla
  14. coklat chip

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan. Masukkan air dan agar-agar kering ke dalam periuk. Masak sehingga agar-agar hancur sempurna. Tiada ketulan.

  2. 2

    Lenyekkan atau kisar kurma sehingga lumat. Kalau kisar, letak sedikit sahaja air untuk memudahkan proses kisar. Jangan sampai cair.

  3. 3

    Kemudian masukkan gula perang dan gula pasir, kacau dan masak sehingga gula larut.

  4. 4

    Masukkan kurma. Kacau sebati. Masak sehingga mendidih seketika.

  5. 5

    Kemudian tuang ke dalam acuan yang disukai. Sejukkan di luar dan apabila sudah keras, boleh simpan dalam peti ais.

  6. 6

    Setelah itu, sediakan periuk. Masukkan susu cair, gula dan air. Masukkan juga esen vanilla. Guna api yang perlahan. Masak sehingga mendidih seketika. Selalu kacau kuahnya untuk mengelakkan hangit didasarnya.

  7. 7

    Bancuhkan tepung kastard dan jagung bersama sedikit susu tadi. Larutkan. Kemudian, masukkan ke dalam periuk berisi susu tadi. Masak sehingga mendidih dan sedia untuk disejukkan. Simpan dalam peti ais.

  8. 8

    Apabila jelly kurma dan sos kastard cukup sejuk. Hidangkan bersama taburan coklat chip. Anak pasti suka. Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Zarns Dir
Zarns Dir @zarnsdir1311
pada
KONGSI RESEPI SIMPLE & ALA KADAR.Salam perkenalan semua.Saya Roza.Cookpad ini saya jadikan sebagai buku resepi peribadi saya untuk abadikan resepi yang saya selalu hidangkan untuk anak dan suami.Manalah tahu bila saya sudah tua atau tiada, anak boleh tengok resepi menu yang saya pernah sediakan untuknya.Saya ini tidaklah pandai memasak lauk pauk yang sedap macam kedai atau pakar masak. Begitu juga kuih muih.Kepakaran saya lebih terarah kepada cookies, kuih raya dan kek.Tapi hari demi hari terus mencuba menjadikan menu harian lebih sedap dari sebelumnya untuk dihidangkan menjadi santapan keluarga.Boleh follow Instagram saya :-foodtography : zarnsdir_mycakes & dessert : rozadelightsjuga Facebook saya : zarns dirTerima Kasih
Baca lagi

Komen (4)

Cempaka Putih
Cempaka Putih @ticer_cem
Penyejuk tekak ni. Memang kena cuba.

Resipi Sepertinya