Tauhu Bergedil

#goldenapron2020
#bazaarramadan
Menu di penghujung ramadhan
Buat balasan bekas untuk jiran tetangga.
Mudah saja untuk membuatnya
Jom buat 😍
Tauhu Bergedil
#goldenapron2020
#bazaarramadan
Menu di penghujung ramadhan
Buat balasan bekas untuk jiran tetangga.
Mudah saja untuk membuatnya
Jom buat 😍
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan. Potong kentang kecil-kecil. Goreng sebentar dia atas kuali dengan api yg sederhana. Ketepikan
- 2
Angkat kentang dan masukkan bawang yg sudah dicincang. Goreng sebentar. Masukkan ayam pula. Goreng hingga isi ayam masak. Ketepikan.
- 3
Ambil kentang yg telah digoreng tadi. Tumbuk dalam batu lesung.
- 4
Setelah ditumbuk, masukkan ke dalam besen sedikit besar. Campurkan bersama ayam yang telah digoreng, hirisan daun sup dan bawang, garam, gula, lada sulah dan sedikit perasa. Gaul hingga sebati.
- 5
Ambil tauhu, keluarkan isi dan campurkan kedalam kentang tadi. Gaul sebentar dan boleh lah diisi ke dalam tauhu yg telah di gunting dibahagian tengah itu. Isi sehingga padat barulah enak bila dimakan.
- 6
Celup kedalam bancuhan telur. Dan goreng guna minyak yg telah panas. Api sederhana.
- 7
Cabai dikisar bersama kicap dan bawang putih sehingga sedikit hancur. Terpulang jika mahukan hancur semua.
- 8
Sedia untuk dihidang bersama tauhu bergedil. 😍
Resipi Sepertinya
-
Tauhu Bergedil Tauhu Bergedil
Kalau dulu orang selalu buat tauhu sumbat, tapi yang ni lain sikit. Tauhu begedil menggunakan tauhu kering dan intinya pula seakan-akan begedil (kentang lenyek yang dimasak bersama isi ayam atau daging).Bayangkan sajalah, bila digigit tu rasa rangup di luar, bila dikunyah pula empuk dan lembut di dalam. Makin syok pula bila dicicah dengan sos yang sedap.Mudah saja sebenarnya penyediaannya.Sesuai sangat untuk minum petang. Bahannya simple, cara buat pun senang kan? Rugi tak cuba tau!#goldenapron2020 Nora Hj Talib -
Tauhu bergedil Tauhu bergedil
Masak apa tahun baru?Yg baca pun tergelak agaknya😂Tauhu bergedil? 🤣Sbb sy suka sangat makan tauhu bergedil, suka yg sgt2 sampai blh kata tiap minggu oder sampai 2-3 bekas, sekejap je licin ngap sorang..Astagfirullahalazim 😁Betul ni..Resepi bersepah tp x pernah terpikir nak buat sbb dah terbiasa oder je, lagipun rasa mcm renyah jer, bizi ngan kek lagi 😅Nah inilah menu tahun baru yg saya berjaya buat dan berjaya makan sepinggan sekali hadap 🤣🤣🤣Adoiiii.. Pandai buat lagi bahaya sebenarnya sbb bila sekali buat byk2, boleh sejuk bekukan dan tiap2 hari makan, habis stok ni kompom kena buat lagi, hmmm.. Xde azam diet atau kurus2 la klu jumpa bergedil ni😁 Atie SweetChocbakeries -
Tauhu Bergedil Tauhu Bergedil
A good taste come in a better bites 😍 #goldenapron2020 The Artisan Kitchen -
Bergedil kentang simple Bergedil kentang simple
#goldenapron2020 #minggu19Bergedil kentang ini saya sediakan kerana ingin menghabiskan stok bawang goreng yang banyak saya sediakan sebelum ini. Resipinya cukup mudah. Jom lihat resipi ini. Zareena Shahmarudin -
Tauhu Bergedil Tauhu Bergedil
#goldenapron2020#cooksnap#mentorloveDah lama tak makan tauhu bergedil.Kalau nak beli, sikit. Tak puas makan, maklumlah rakyat ramai.Pergi kedai nampak pula tauhu kering ni. Iman beli sampai 3pax. Punyalah tamak. Hahahaha. Tapi takpa, makanan ni confirm habis.Macam biasa sebelum masak, Iman cari resepi dulu. Jumpalah resepi Sis Najwa ni.Kebetulan Iman masak untuk sarapan pagi, petang tu mak mertua dan adik-adik ipar sampai.Dapatlah depa merasa sikit. Siap puji kata sedap. Alhamdulillah, kembang sekejap iman. Hahaha Iman Hasanah Musa -
Tauhu Berlauk Goreng Tauhu Berlauk Goreng
#goldenapron2020Tauhu berlauk ni boleh makan macam tu saja selepas dikukus, goreng atau pelbagai hidangan lain. Saya lebih suka goreng dan makan bersama sambal kicap macam tu saja sambil tengok tv😂Resepi asal #cooksnap dari Cikgu Faez. Terima kasih Cikgu💐 RH Kitchens -
Tauhu Bergedil Tauhu Bergedil
#bazaarramadan #minggu3#goldenapron2020 #minggu2Ramadan tahun 2020 memang sangat mencabar disebabkan pkp. Banyak makanan yang tekak mamaell nak makan memang terpaksa buat sendiri. Kali ini mamaell masak tauhu bergedil. Walapun bahan amat terhad di pasaraya, mamaell cari juga barang gantian janji sedap bergedil. Kita buat dia kan? Jadi kita buat sampai jadi and sedap😊. Jom ikut mamaell lihat resepi dibawah jom! 👇👇👇 Ell Sakimin -
Tauhu Bergedil Tauhu Bergedil
2nd resipi #recook & #cooksnap Cookpader 'S' : MinSha.Suka sangat bila dapat buat sendiri.Yani gunakan bahan yang ada di rumah sahaja.Jom lihat resipinya. Nur Azliani Amer -
-
Tauhu bergedil Tauhu bergedil
#goldenapron#bonussoyaSuka sangat buat untuk minum petang.jadi kegemaran anak2 dan juga suami.klau tak sempat kami beli.pastinya ada untuk juadah minum petang Lily Suryani Mohd Ali -
Tauhu Bergedil Ayam Tauhu Bergedil Ayam
Kalau di Sabah, segala macam bergedil termasuk tauhu bergedil adalah sejenis lauk (sayur) yang dimakan bersama nasi. Unik bukan?Enaknya tauhu bergedil itu sebahagian besarnya bergantung pada isi yang kita sumbat masuk ke dalamnya. Kena ada rasa kenyalnya dahing, rangupnya bawang goreng, wanginya daun sup dan lembutnya kentang lenyek.Jom saya kongsikan resepi tauhu bergedil cara yang diajar oleh mak mertua saya di Sabah 🌹#goldenapron2020 #week3#phopxcookpad2029 @kamekmizah -
Tauhu Tulip Isi Ayam #MunahMasak Tauhu Tulip Isi Ayam #MunahMasak
Sesuai untuk hidangan kudapan petang, enak dan cantik untuk di jadikan hidangan keraian majlis.#MunahMasak Kak Wan
Lebih Banyak Resipi
Komen