Tauhu Bergedil

The Artisan Kitchen
The Artisan Kitchen @theartisankitchen
Terengganu, Malaysia

A good taste come in a better bites 😍 #goldenapron2020

Tauhu Bergedil

7 orang bercadang membuatnya

A good taste come in a better bites 😍 #goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
4 orang
  1. 1bungkus tauhu kering
  2. 3biji ubi kentang
  3. 1biji bawang holland
  4. Daunsup / daun bawang
  5. Cili padi
  6. Serbuk lada sulah
  7. Garam halus secukupnya
  8. Daging lembu / ayam kisar
  9. Serbuk lada hitam
  10. Telur 3 biji untuk menyalut tauhu sebelum goreng
  11. Bahan untuk sambal kicap
  12. Kicap manis
  13. Bawang putih
  14. Cili api secukupnya

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Tauhu dibelah empat tetapi tidak putus. Isi tauhu dikorek keluar sedikit untuk disumbat dengan inti daging dan kentang nanti.

  2. 2

    Ubi kentang direbus dahulu hingga empuk. Tunggu sejuk seketika. Lenyekkan.

  3. 3

    Bawang holland dipotong dadu, tumis hingga naik bau. Masukkan daging / ayam kisar. Tumis hingga daging agak kering. Masukkan lada sulah, serbuk lada hitam, garam secukupnya. Kacau sebati.

  4. 4

    Masukkan ubi kentang yang telah dilenyek. Kacau sebati. Akhir sekali masukkan daun bawang / daun sup. Padamkan api. Tunggu sejuk untuk mudahkan ketika membentukkan inti kentang.

  5. 5

    Kemudian, masukkan inti kentang tadi ke dalam tauhu kering yang dibelah empat tadi. Celupkan telur sebelum goreng.

  6. 6

    Untuk sambal kicap, goreng dahulu cili api bersama bawang putih. Angkat dan toskan. Kisar bersama kicap. Tambah sedikit gula jika terlalu pedas.

  7. 7

    Tips sambal kicap yang sedap: tambahkan sedikit bawang goreng semasa kisar. InshaAllah sedap. Selamat mencuba!! 💝

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
The Artisan Kitchen
The Artisan Kitchen @theartisankitchen
pada
Terengganu, Malaysia
Bercinta dengan dunia pendidikan, berkasih dengan dunia masakan. Berbagi hati dengan dunia seni jahitan dan penulisan sastera.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya