LONTONG MEMORIES😢

#lontong #goldenapron2020 #minggu8 Percubaan memasak kali ke 2 demi menyahut cabaran Cookpad Malaysia.
Pertama kali masak hanya untuk memenuhi permintaan arwah Bonda Mahyun, dia teringin sangat nak makan Lontong alhamdulillah dapat buatkan tapi masa tu memang tak pandai masak😢
Masa tu arwah Bonda memang dah sakit.
Menjadik juga rupa Lontong tu tapi rasanya kurang memenuhi citarasa arwah Bonda.
Walaupun arwah Bonda makan tapi dia tak komen apa-apa pun. Kita sendiri rasa memang tak sesedap Lontong mak Azizah kawan ofis.
Memang masa tu buta skill memasak😢
Alhamdulillah sekarang campak-campak je menjadik😍
Moga arwah Bonda Mahyun aman di sana dan ditempatkan di Syurga Firdausi.
Moga arwah Bonda Mahyun bangga dengan anaknya yang kini dah boleh memasak walaupun tak SEHEBAT CheWan, Chefzam dan ramai lagi.
Aamiin
LONTONG MEMORIES😢
#lontong #goldenapron2020 #minggu8 Percubaan memasak kali ke 2 demi menyahut cabaran Cookpad Malaysia.
Pertama kali masak hanya untuk memenuhi permintaan arwah Bonda Mahyun, dia teringin sangat nak makan Lontong alhamdulillah dapat buatkan tapi masa tu memang tak pandai masak😢
Masa tu arwah Bonda memang dah sakit.
Menjadik juga rupa Lontong tu tapi rasanya kurang memenuhi citarasa arwah Bonda.
Walaupun arwah Bonda makan tapi dia tak komen apa-apa pun. Kita sendiri rasa memang tak sesedap Lontong mak Azizah kawan ofis.
Memang masa tu buta skill memasak😢
Alhamdulillah sekarang campak-campak je menjadik😍
Moga arwah Bonda Mahyun aman di sana dan ditempatkan di Syurga Firdausi.
Moga arwah Bonda Mahyun bangga dengan anaknya yang kini dah boleh memasak walaupun tak SEHEBAT CheWan, Chefzam dan ramai lagi.
Aamiin
Cara Memasak
- 1
Rebuskan nasi impit bersama air hingga masak. Toskan dan setelah sejuk potongkan dadu nasi impit.
- 2
Bahan masakan. Potong nipis tempe lalu gaulkan dengan sedikit garam. Potong dadu ubi kentang dan isi ayam. Gorengkan semuanya sampai garing. Semasa menghidang kuah lodeh dan nasi impit, bahan goreng boleh dimakan bersama bagi menaik rasa.
- 3
Tumbukkan cili padi, belacan dan udang kering hingga lumat. Titikkan serai. Masukkan bahan tumbuk dan serai bersama santan cair ke dalam periuk lalu gaulkan rata sehingga mendidih. Masukkan pula sayur-sayuran yang telah dipotong memanjang.
- 4
Gaulkan rata dan biarkan masak sampai keluar air sayur. Masukkan pula air lalu gaulkan rata dan biarkan sehingga mendidih. Masukkan fucuk dan soon yang telah direndam terlebih dulu. Gaulkan sebati.
- 5
Masukkan santan pekat dan kacau rata. Setelah mendidih masukkan pula gula, asam keping dan garam. Gaulkan lagi biarkan masak selama 5 minit atau sehingga masak. Kuah siap untuk dihidangkan.
- 6
Masukkan kuah kacang segera ke dalam kuali bersama air lalu gaulkan rata. Masakkan hingga pekat. Kuah kacang dihidangkan bersama kuah lodeh. Selamat mencuba guys 😍
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Lontong Kuah Lodeh Untuk Aku Lontong Kuah Lodeh Untuk Aku
Seumur hidup ini pertama kali aku masak #lontong kuah lodeh ni. Aku orang Pantai Timur memang ini bukan makanan tradisi kami. Kalau hari raya tu memang takkan jumpa la menu ni.Selepas kawin dengan orang N9 selalu la jumpa menu ni masa hari raya. Aku boleh makan tapi tak suka sangat. Tapi demi Cookpad aku gigih google resepi dan masak. Kononnya buat tak banyak sebab dah tau anak anak tak makan. Banyak sayur kan.Sekali lepas masak semua berebut nak makan sampai tak cukup pulak. Alahai siannya. Anak siap suruh masak lagi malam ni banyak banyak. Sedap katanya. So lepas ni boleh la melontong selalu. 😍#lontong#goldenapron2020#minggu8#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini -
Lontong Kubis Bunga Sayur Lodeh Lontong Kubis Bunga Sayur Lodeh
#lontongLontong kubis bunga juga sedap dimakan bersama sayur lodeh. Versi mamaell ikotlah apa bahan yang ada dalam peti ais, kita masak. Kita masak dia kan, bukan die masak kita.....??? Hmmmm🤔🤔😂😂😂. Apa apa lah yer janji hasil dia memang kebabom , makan pon boleh bertambah😊. Lontong kering sudah, sekarang lontong berkuah pula. Jom kita lihat resepi campak campak mamaell jom!👇👇👇 Ell Sakimin -
Agar-Agar Sirap Bonda Agar-Agar Sirap Bonda
#goldenapron#minggu11 Teringatkan arwah bonda, rindu dengan masakan airtangan arwah bonda. Agar-agar sirap ni arwah bonda selalu buat. Terlalu merindui arwah bonda 😢 lantas terhasillah Agar-Agar Sirap Bonda.Moga roh arwah bonda tenang di sana dan ditempatkan di Syurga Firdausi, Aamiin. Selamat mencuba guys. Roselina Hanid -
Lontong Lontong
Sebelum tok, makan lontong kalau pergi rumah terbuka atau di kedai sahaja. Kinek, sebab semakin minat memasak, belajar dari youtube dan resepi dari sahabat-sahabat cookpad, boleh idang menu lontong dari dapur, tok la kali pertama masak lontong. Paduhal ada kunyit hidup, pikir serbuk jak ada. 😱😅#lontong#goldenapron2020 Karl -
Lontong Kuah Lodeh Lontong Kuah Lodeh
Day152/366/2020/Mei/31#goldenapron2020 #minggu6 #cookpadmalaysiaMenu ni hakak masak pada hari Raya ke3. Lepas balik beraya dari rumah MIL. Kami beraya kat rumah sendiri. Tapi beraya berdua jela 🤭 Tu gigih hakak masak lontong ni. Macam biasa masak sendiri memang puas hati. Alhamdulillah untuk rezeki ini 😊 Salina Jalaludin -
Lontong Mudah Dan Sedap Lontong Mudah Dan Sedap
#Lontong#goldenapron2020'Lontong' antara makanan yang sering dihidangkan dimusim perayaan. Saya suka makan lontong, tapi biasanya beli aja ataupun makan yang dihidangkan ketika berkunjung ke rumah orang lain.Ini kali pertama saya masak sendiri makanan ni. Rupanya tak lah sesukar yang saya bayangkan. Selama ni saya fikir macam renyah sangat nak membuatnya 🤭Mujur Cookpad anjurkan contest #Lontong 😉. Jadi saya berpeluang menyediakannya sendiri. Belum cuba belum tahu. Dah cuba, rasanya saya akan lebih kerap memasak lontong selepas ini ☺️.Saya menggunakan resepi yang diolah daripada blog Azie Kitchen. Menurutnya ada macam2 bahan yang boleh dimasukkan kedalam kuah lontong. Apapun kita boleh ubahsuai ikut bahan-bahan yang ada didapur kita. Norashikin Rahmat -
Lontong goreng cilipadi Lontong goreng cilipadi
#lontong #goldenapron2020Dulu² tak pernah makan dan tahu yang lontong/ nasi impit yg lebih boleh diguna pakai.. kalau dulu mesti buang.. ( membazir nya 😫😫 )Lepas kahwin dan stay dengan mertua (arwah FIL mmg tukang masak kat rumah ) dia buat resepi lontong goreng cilipadi paling sedap didunia dan paling pedas.. tapi saya makan bertambah² kot..So sejak dari tu saya dah jatuh cinta dengan lontong goreng cilipadi.. azah zara -
Lontong Pecal Daun Pisang Lontong Pecal Daun Pisang
Lontong ni lagi best tau...asalnya pecal yang dibungkus dlm daun pisang...pecal ni saya suka makan berkuah lodeh...maka jadilah #lontong pecal ... bungkus daun pisang lagi mesra semua bahan-bahan dan kuah...sedap sangatlah ... jom tengok resipi mudah ni...kuah lontong mesti semua dah pandai buat...resipi ni cuma nak tunjuk cara lain makan #lontong 😃 Mamamikael Oven -
-
Lontong ala Johor Lontong ala Johor
#lontong#goldenapron2020Ini kali pertama akak masak lontong. Akak orang Terengganu, kat sini makanan ni sangat lah rare. Kalau hari raya pun, jiran akak dari Kelantan yang bagi tiap-tiap tahun.Akak kenal lontong pun lepas kahwin dengan en.suami. Pernah tolong mak mertua buat tapi sekali je, dan tak rasa nak belajar pun sebab tak biasa makan.Kebetulan ada contest ni, dan rumah mak ada buku resepi, akak kaji la buku tu. Best nya, dia ada resepi setiap negeri. Dan ada dua negeri dia letak lontong ni. Akak kaji jugak la, negeri Selangor, cara dia kena tumis dulu. Kalo negeri Johor, tak perlu tumis. Jadi, akak pun ikut resepi Johor.Alhamdulillah, bagi mak ayah makan pun, diorang kata sedap. Jadi, simpan sini untuk akak refer. Mana tau in the future nak buat lagi kan. 😊 AeJaa 📸
Lebih Banyak Resipi
Komen